Monday 28 November 2016

TOP MANAGERIAL COMPETENCIES



Jawatan pengurusan tertinggi di dalam organisasi sangat penting bagi mencapai visi dan misi organisasi. Oleh itu, pelbagai kompetensi perlu ada di dalam kumpulan top management yang lebih dikenali High Performance Manager (HPM). Tugas-tugas nereka mestilah mempunyai effective and efficiency dalam melaksanakan tugas harian.

Effectiveness    
-doing the right things
– Important element is quality
Efficiency
– ability to make the best use of available resources
 – involves in minimising cost

Berdasarkan kepada kajian, kompetensi top management telah menunjukkan min adalah tinggi bagi setiap kompetensi yang diperlukan oleh HPM seperti di bawah:
                   
No.
Competencies
Mean
1
Achievement orientation
4.74
2
Integrity / honesty
4.74
3
Problem solving & decision -  – making skills
4.66
4
High self-esteem/self-confident              
4.62
5
Inspiring
4.62
6
Conceptual skills
4.60
7
Proactively/initiative
4.59
8
Fostering teamwork      
4.55
9
Planning & organising Developing others
4.51
10
Good communication skills
4.50
11
Persistence
4.47
12
Getting along well with people & managing conflict constructively
4.46
13
Self-objectivity & lifelong learning
4.42
14
Managing time successfully
4.40
15
Self-control       
4.38
16
Assertiveness
4.33
17
Networking
4.33
18
Creativity
4.20
19
Technical expertise/job-specific Expertise skills
4.19
20
Tracking performance   
4.19
21
Flexibility
4.17
22
Managing quality            
4.17
23
Thoroughness/attention to detail
3.94
24
Computer literacy           
3.77




Thursday 17 November 2016

PENGURUSAN KONFLIK


Konflik adalah fitrah semula jadi dalam kehidupan manusia. Konflik terjadi apabila satu pihak menghalang, menekan atau memaksa pihak lain yang kemudiannya terasa tergugat dengan tindakan pihak yang pertama. Meskipun konflik boleh diselesaikan oleh pihak-pihak berkonflik namun kerapkali ia memerlukan pihak ketiga untuk menyelesaikannya.

Apa yang dimaksudkan dengan konflik? Konflik boleh dipandang dalam sudut positif dan negatif. Definisi konflik menurut pandangan positif adalah persaingan manakala negatif pula ketidaksecocokan. 

Dalam diri manusia juga mempunyai konflik dalam diri perseorangan (Intrapersonal) seperti nilai, kefahaman, sahsiah, sikap, budaya dan Latar belakang. 

Konflik antara perseorangan pula apabila mempunyai krisis dengan indivisu lain seperti 
selisih faham, priority yang berbeza, tiada kerjasama antara rakan pekerja, organisasi birokrasi......

Contoh

Organisasi – matlamat sistem
Individu – matlamat keperluan diri
Pentadbir orang tengah – jurucakap organisasi

Konflik intraorganisasi melibatkan 2 atau lebih pihak. 

Apa sebenarnya menjadi Punca Konflik:
Konflik tentang hal yang tidak praktikal
Perselisihan bidang kuasa / terhalang kerjasama dendam mendendami
Negatif terhadap aktiviti orang lain
Berebut sumber (menang – kalah)
Cara melaksanakan tugas 
Peraturan organisasi – punca dan batasan (individu ikut norma kumpulan)

Konflik Negatif
Tidak berfungsi
Merosakkan
Hancurkan perhubungan
Mengganggu pencapaian matlamat
Masa terbuang bertengkar
Hasilkan kenangan menyakitkan
Mendendami
Syak wasangka / dengki
Pengetua dipecat / dipindah

Konflik Positif
Konflik beri manfaat
Merangsang, beri idea baru menganalisa nilai diri dan organisasi
Menguatkan identiti dan komitmen
Bekerja keras / bersaing
Mengukuhkan perpaduan dalam sistem social

Penyelesaian Konflik adalah berbeza mengikut situasi. Antara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik seperti berikut:

i. Mengelak
                - tidak peduli
                - mengurus secara langsung atau mengelak diri?

                KESANNYA?
                - menyekat perhubungan kakitangan
                - perlu beri perhatian
                - pentadbir perlu bekerjasama, so pilih antara dua, terlibat atau tidak?

ii. Pendamaian 
                - berkorban / menyerah diri
                - kita berdamai saja
                - perlu berbaik
                - sesuai untuk konflik antara individu
                - konflik antara organisasi – individu
                - guru mengalah pada pentadbiran (letak jawatan)

iii. Penguasaan
                - enggan bekerjasama
                - menang kalah situasi
                - menundukkan lawan
                - konflik membinasa

iv. Tolak ansur
                - dapat sebahagian daripada apa yang kita    hendak
                - tolak ansur perlu untuk kepuasan kedua dua pihak

v. Integrasi
                - lebih baik dari tolak ansur
                - tolong menolong
                - menang – menang
                - bekerjasama untuk memuaskan secara keseluruhan

Sebenarnya kita boleh mengelak konflik jika:
Kedua – dua pihak sikap terbuka tentang motif dan objektif masing – masing
Dapat menghargai niat setiap pihak
Memahami lawan dengan baik
Mematuhi undang – undang situasi
Ketepikan istilah kita – mereka


Monday 14 November 2016

HALANGAN PERUBAHAN (FORCE FIELD ANALYSIS)


Analisis Tekanan Lapangan Kurt Lewin (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan. Dalam model tersebut, terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain.

Tekanan memacu (driving forces) - Tekanan menganjak kearah perubahan dan membantu (facilitate) usaha perubahan.

Tekanan menahan (restraining forces)  - akan menarik daripada arah perubahan tersebut. Tekanan ini cuba untuk mengelak perubahan itu berlaku.

Walaupun menghadapi tekanan ia seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan tercapai. Tujuan model ini adalah untuk mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran bagi membolehkan agen perubahan mengambil tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya perubahan dapat dicapai.

Tekanan persekitaran dapat diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan yang bertindak keatas individu dan keperluan untuk berubah. Tekanan ini lebih kepada persepsi individu terhadap tekanan. 

Contoh, melakukan sesuatu kerja yang ketua kita suruh kerana persepsi kita terhadap kuasa yang ada pada beliau. Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu dengan lebih cepat dan teliti. Tetapi, sekiranya pekerja mempunyai persepsi rendah terhadap kuasa ketua maka besar kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi keutamaan. Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua. Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu. Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas tersebut, kita dilekakan oleh rakan kita yang mengajak kita minum teh tarik, maka tekanan menahan wujud dalam keadaan tersebut.

Menurut Lewin, tingkahlaku seseorang itu merupakan fungsi personaliti ditakrifkan sebagai motivasi serta keperluan. Suasana atau persekitaran atau tekanan seperti kesibukan kerja akan menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan yang tidak membolehkan kerja tersebut dilaksanakan. Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan dengan kebolehan  untuk meningkatkan tekanan memacu atau mengurangkan tekanan menahan.

Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita untuk maju dalam kerjaya. Untuk mengurangkan tekanan yang menahan atau meningkatkan tekanan memacu kita dapat menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah garisan yang di ingini.

Model ini dapat digunakan untuk menganalisi perubahan supaya dianalisis dan tindakan dapat diambil dalam usaha mengurus perubahan. Ianya dapat gambaran jelas berkaitan perubahan yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja.

Sunday 13 November 2016

OUTLINE : PERANCANGAN PERNIGAAN


Bagi mereka yang sudah ada idea untuk memulakan perniagaan, tentu sekali memerlu sedikit idea bagaimana untuk menulis Business Plan Outlines. Sebagai panduan: 
  • Title Page and Table of Contents
  • Executive Summary (perlu jelas misi dan visi pernigaan dan sedikit ringkasan perniagaan anda)
  • General Company Description (Perniagaan anda menawarkan perkhidmatan/produk apa yang diperlukan pelanggan kini secara umum)
  • Products and Services (Terangkan terperinci keunikan produk/perkhidmatan yang ditawarkan)
  • Marketing Plan
  • Operational Plan, (operated on a day-to-day basis
  • Management and Organization,(jenis struktur syarikat)
  • Financial Plan,(model for finances and your need from investors)

Tuesday 8 November 2016

DEMING


Deming telah memperkenalkan satu sistem pengurusan menyeluruh yang mencontohi stail pengurusan Jepun pada tahun 1950. Total Quality Management (TQM) menggunakan kaedah statistik kawalan kualiti  sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti produk secara berterusan. Falsafah Deming adalah produktiviti akan meningkat melalui pengurangan kerosakan. Deming juga menganjurkan penglibatan pekerja dalam membuat keputusan. 

TQM dalam organisasi tidak mengamalkan budaya mengarah sebaliknya mengamalkan budaya partisipatif (kerjasama) iaitu berasaskan kumpulan. Sangat menggalakkan penglibatan pekerja dan membudaya kerja secara teamwork. Oleh itu, TQM menggangap pekerja adalah pakar “kuasa minda” iaitu melibatkan semua pemikiran pekerja digabungkan dan bukan pemikiran seorang sahaja iaitu ketua/bos.

Pekerja dan organisasi mampu untuk bersaing dengan mengubah sistem ganjaran bagi menggalakkan teamwork & inovasi sebagai inisiatif kepada usaha kerja dengan meningkatkan prestasi kerja dan dapat mencapai KPI. Ganjaran dan prestasi atas insentif kapasiti teamwork berdasarkan kepada kejayaan seluruh "team". Sektor awam pula agak sukar melaksanakan kerana limitasi kewangan. Syarikat swasta boleh laksanakan. 

Untuk mendapatkan pekerja yang cemerlang, latihan pekerja seharusnya konsisten untuk meningkatkan kualiti dan mempertingkatkan pengetahuan pekerja kita antaranya meyediakan sokongan alat dan dapat melaksanakan ilmu yang dipelajari.

Jadikan “learning organisation” sebagai langkah meningkatkan kemahiran dengan menganggarkan 1-5% masa pekerja akan digunakan untuk latihan, adakan “cross” training untuk mengajar pekerja melaksanakan tugas lain juga. Disamping itu, sentiasa berkongsi maklumat dengan setiap orang dalam organisasi.

Jangan terlalu bergantung dengan ínspection’ untuk hasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti kerana akan menghasilkan tiada  peluang untuk penambahbaikan berterusan.

Budaya menyalahkan orang lain akan melemahkan pekerja dan mewujudkan ‘budaya’ takut berubah. TQM adalah untuk memperbaiki proses bukan untuk menyalahkan pekerja.
Usaha untuk penambahbaikan berterusan dalam semua proses/produk/perkhidmatan.


W. Edwards Deming 14 Prinsip TQM

  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk & perkhidmatan
  • Gunakan filosofi kualiti menyeluruh (a new way of thinking)
  • Perbaiki kesalahan apabila ia terjadi. Jangan tunggu di saat akhir  terlambat
  • Jangan fikirkan “harga” murah & korbankan kualiti
  • Amalkan penambahbaikan berterusan
  • Adakan latihan untuk meningkatkan kualiti staf
  • Adakan kepimpinan bukan jadi “bos” coaching, bukan controlling
  • Jangan tanamkan rasa takut – galakan staf beri cadangan
  • Hapuskan benteng pemisahan antara staf mereka mesti bekerjasama
  • Buangkan “slogan” atau “matalamat” yang superficial
  • Hapuskan kuota – hasilkan kualiti bukan kuantiti
  • Hapuskan faktor yang mengurangkan motivasi pekerja – adakan suasana untuk mendapat penghargaan
  • Adakan peningkatan pendidikan dan latihan staf – ajar mereka cara menambah kualiti
  • Ketua/pemimpin jadi model untuk berubah melalui TQM

EGOKAH AKU…



Manusia merupakan makluk sosial suka menjalin hubungan. Ingin menjadi menarik dan diberi perhatian oleh manusia lain. Tarikan akan dirasai apabila terdapat persamaan, boleh saling melengkapi, ingin membuat pendedahan kendiri, tempat mengadu dan berkongsi perasaan.

     Namun, wanita lebih baik dalam menjalinkan dan mengekal hubungan kerana kesetiaan. Suka mendedahkan maklumat peribadi kerana merasakan amat penting dalam menjalinkan hubungan peribadi berbanding dengan lelaki. Tetapi lelaki suka menjalin dan mengekalkan hubungan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama. Selalunya mereka yang ingin menjalinkan hubungan akan menunjukkan keikhlasan bukan cerita menipu atau rekaan. Orang yang berminat untuk menjalinkan hubungan akan saling membalas atau reciprocity iaitu kita suka orang yang sukakan kita.

       Berdasarkan kepada Teori Pertukaran Sosial, kita mahukan hubungan yang memberi faedah atau ganjaran dari segi tangible atau intangible. Manakala Teori Pertukaran (Homan, 1961) menyatakan kita mencari orang yang boleh berikan balasan atau reward (fizikal atau emosi).

      Bukan semua orang suka untuk menjalinkan hubungan dengan kita kerana tidak serasi, status, pekerjaan dan sebagainya. Ada tanda-tanda orang tidak mahu menjalinkan hubungan antaranya senyap sepi, mengurangkan kontak tanpa penjelasan atau penjelasan yang samar-samar, kepura-puraan (pseudo-deescalation) atau ada yang menyatakan secara terus terang untuk tidak mahu menjalinkan hubungan tanpa mengira perasaan orang. Bagi mereka yang beradab menyatakan secara jujur keinginan untuk memutuskan huungan dan menghargai nilai hubungan dan diri individu itu.

Hasil hubungan ikut nasib….

Sunday 6 November 2016

ANALISIS IKLAN



Dunia perniagaan kini amat bergantung kepada periklanan yang boleh membantu memperkenalkan syarikat dan produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Selain untuk mendapatkan keuntungan,  syarikat-syarikat akan melaksanakan  pelbagai aktiviti dalam memastikan syarikat mereka mampu terus bersaing dan diterima masyarakat.  Ada syarikat membuat iklan untuk tujuan bantuan atau derma. Tujuan iklan yang mempunyai nilai adalah iklan yang boleh mendidik masyarakat.

Keperluan iklan syarikat perlu dibuat penyelidikan sebagai satu usaha yang membantu menentukan perkara yang perlu disampaikan dalam periklanan; membantu menentukan khalayak yang dituju, membantu menilai sejauh mana pelaksanaan komunikasi periklanan disampaikan dengan jayanya, dan membantu menilai sejauh mana wang untuk periklanan dibelanjakan dengan bermanfaat dan berkesan. 

Analisis iklan antaranya Penyelidikan pasaran sasaran, Penyelidikan aktiviti persaingan, Penyelidikan penghalaan (positioning), Penyelidikan mesej periklanan, dan Penyelidikan khalayak.

Pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat antaranya melalui Penyelidikan tinjauan (survey), Temubual mendalam (in-depth interview), Kumpulan fokus (focus group); Penyelidikan Pemerhatian (Observation); Penyelidikan Etnografi (Melibatkan penyelidik untuk turut serta dalam kehidupan seharian responden); dan Kaedah dairi (Merekodkan setiap aktiviti mereka menerusi penggunaan dairi).

Untuk apa membuat analisis iklan? Jawapanya adalah untuk melihat situasi pemasaran kini yang sentiasa berubah-ubah, mendapatkan maklumat tentang pengguna dan fikiran mereka bagi tujuan penentuan khalayak, Mendapatkan informasi tentang media sedia ada dan Membangunkan strategi mesej dan mengkaji keberkesanannya.


Hasil daripada analisis, perancang media syarikat dapat merangka bentuk iklan yang sesuai dan dapat menentukan saluran penyampaian mesej pengiklanan yang berkesan kepada pengguna.

Friday 4 November 2016

BIROKRASI BANYAK DI SALAH ERTIKAN



Kajian oleh Professor Geert Hofstede dalam Iclif Leadership & Governance Centre’s Asian Leadership Index 2014 telah melaporkan Malaysia adalah negara tertinggi Power Distance Index (PDI) of 100. Apa maknanya?. Birokrasi! 

Birokrasi telah di perkenalkan oleh Weber. Antara elemen-elemen yang diperkenalkan adalah:

Peraturan/prosedur
 - satu set peraturan yang yang abstrak disediakan untuk mencapai prestsi yang piawai

Pembahagian tugas yang ketara
- semua jawatan mesti diisi oleh pakar

Aktiviti berhierarki
- rantaian arahan jelas

Keupayaan teknikal
- pekerja dan kenaikan pangkat mesti bagi yang layak sahaja

Pengasingan pemilik
- pengurusan professional yang mengurus bukan pemilik yang mengurus organisasi

Hak jawatan yang disandang
- jawatan adalah berkait dengan organisasi bukan penyandang

Documentation
- mesti rekod peraturan, keputusan dan lain-lain


Sktrutur organisasi yang diwujudkan di dalam organisasi adalah untuk mencapai visi dan misi. Oleh itu, organisasi yang ideal mestilah mempunyai aktiviti/business yang jelas, pembahagian tugas jelas dan peraturan yang adil serta tidak berat sebelah . 

Organisasi yang mengamalkan birokrasi mempunyai pembahagian jawatan/division, mempunyai peraturan, pihak pengurusan mempunyai autotriti yang mana orang bawah mesti mematuhinya, jangan pilih kasih, jangan terlalu rapat dengan dengan kakitangan bawahan dan kenaikan pangkat hanya pekerja yang layak. 

Namun begitu, amalan birokrasi juga mempunyai implikasi kepada organisasi antaranya rigid, red tape, kerap mesyuarat, tertangguh kerja, banyak paper work dan tidak cekap. 

Adakah organisasi anda mengamalkan birokrasi?


Wednesday 2 November 2016

PENULISAN PENYELIDIKAN



Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera pelajar….hehe. 

Hari ini saya ingin berkongsi macam mana nak buat penulisan penyelidikan. Sekadar asas je. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk penulisan penyelidikan kepada pelajar yang sedang mengambil Diploma, Ijazah dan Master. 

BAB 1 : PENGENALAN
1.1        Tajuk Penyelidikan
Perlu menggambarkan masalah atau isu utama kajian, mempunyai maklumat yang ringkas dan padat. Ditulis dalam bentuk pyramid terbalik dan tidak <20 perkataan.

Contoh:
Title of the Research: Relationships between family background and family strengths with children’s social competence
Identify the 5 elements
Independent variable – Family background and family strengths
Dependent variable – Children’s social competence
Statistical term – relationships
Subject – children
Location – Not stated

1.2        Latar Belakang Kajian
Menerangkan tentang populasi yang dikajikan, Definisi DV, Isu semasa berkait dengan topik, kesan isu DV, Faktor yang menyumbangkan kepada DV (ketengah pembolehubah bebas – IV), bermula dengan persepktif yang luas kepada khusus
Lebih kurang 3-6 muka surat

1.3        Penyataan Masalah
Nyatakan masalah khusus, menyediakan focus dan arah kajian dan menerangkan masalah dan mengenalpasti pembolehubah

Contoh:
Kajian ini akan membanding, menilai, memeriksa isu…
Kajian ini bertujuan menentukan pembolehubah yang menerangkan perbezaan antara lelaki dan perempuan
Kajian ini direka bentuk untuk menentukan tahap tuntutan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan

1.4        Kepentingan Kajian
Menerangkan faedah yang diperolehi daripada kajian. Terangkan bauamana dapatan kajian berguna kepada kelompok khusus. Knowledge gap, program/polisi

1.5        Objektif
Objektif Am
Menerangkan, menghuraikan, menilai, memeriksa, menentu

Objektif Khusus
Tujuan adalah untuk menggambarkan kaedah yang akan digunakan untuk mencapai objektif dan mempunyai perkaitan langsung dengan hasil yang akan diperolehi.

1.6        Hipotesis
Jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah, hipotesis hanya perlu apabila penyelidik merancang untuk mengguna statistic inferensi

1.7        Kerangka Kerja Konseptual
Merujuk kepada model kerja kajian tentang pembolehubah kajian, kedudukan pembolehubah dana rah perkaitan

Kerangka kerja yang berkesan adalah yang menyediakan arah penyelidikan yang jelas.

1.8        Definisi istilah

Definisi konsep
Huraian umum semua kontruk, pembolehubah atau istilah yang    digunakan dalam kajian

Definisi Operational
Menerangkan secara tepat bagaimana konsep diukur atau  dimanipulasi dalam kajian

1.9        Limitasi Kajian
Responden, size sample, lokasi kajian, teknik persampelan dan pembolehubah dikaji




BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

Bab ini dimulakan dengan ‘Pengenalan’

Sorotan literatur sepatutnya membantu penyelidik memahami kajian, tunjukkan bahawa pengkaji lain memang menganggap kajian ini penting, dan telah menunjukkan bahawa pengkaji telah mengkaji dengan mendalam tentang dokumen-dokumen yang telah diterbitkan mengenai isu yang dikaji.

Ianya membantu penyelidik memahami isu kajian dan masalah kajian yang hendak dikaji daripada kajian terdahulu.

Pastikan bahawa a literature review is NOT a summary tetapi ianya adalah critical analysis of the relevant literature.

Sorotan literatur juga penting bagi membantu pembaca memahami objektifkajian kerana membaca sorotan literatur akan membantu pembaca menerima dan memahami objektif kajian

Sorotan literatur mestilah berciri dan berlandaskan objektif dan persoalan kajian atau hipotesis kajian. 

Sorotan literatur sudah boleh menjawab persoalan kajian hasil kajian-kajian lepas. Cuma kajian baharu ini dengan populasi dan kaedah yang berbeza

Pastikan bahawa sorotan literatur tidak pernah berakhir, kerana setiap kali terjumpa dapatan baru, maka sorotan literatur mengenainya perlu ditambah.

Tulisan juga perlu berkisar pada temaema, tajuk, pemboleh ubah 
berdasarkan persoalan kajian dan objektif kajian.  Pilihlah sub topik yang 
sesuai agar ianya boleh menjawab persoalan kajian.

Pastikan kenyataan mempunyai rujukan.

Perincian tajuk perlu bagi membolehkan perbincangan boleh dibuat
mengenai dapatan tersebut.
    

Susunan dapatan daripada literatur mengikut sub tema dan membincangkan secara kritis dapatan yang menyokong dan berlawanan dan rumuskan dapatan tersebut supaya boleh dikaitkan dengan kajian dibuat

Perlu bincang konsep utama, pemboleh ubah yang dikaji, teori dan model yang berkaitan

Rujuk dapatan utama, jurang dan isu yang dikaji secara menyeluruh.

Ringkasan:
Subtopik
DV
IV-DV
IV-DV
IV-DV
AV-DV

BAB 3 : METODOLOGI
3.1 Rekabentuk Kajian
Merupakan pelan, sktruktur dan strategi penyelidikan untuk mendapat jawapan bagi soalan kajian atau masalah kajian

3.2 Lokasi Kajian
Nyatakan kelompok yang ingin di kaji dan huraikan lokasi kajian dan alasan kenapa lokasi tersebut dipilih

3.3 Teknik Persampelan
Terangkan kaedah yang akan digunakan untuk menentukan sampel, nyatakan populasi dan saiz sampel dan bincangkan  proses pemilihan responden secara terperinci

3.4 Pengumpulan Data
Mendapatkan maklumat daripada situasi, masalah dan fenomena. Jenis data seperti pemerhatian, temuduga dan soal selidik

3.5 Pengukuran Dan Instrumentasi
a) Nyatakan jenis instrument dan pengukuran apa
b) macamana instrument  itu dibangunkan
c) berapa jumlah item? (List all the sub-scale if necessary dan termasuk number of items
d) Sediakan sample item (2 or 3)

3.6 Kajian Rintis

3.7 Pemprosesan Data Dan Analisis


Bab 4: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Memaparkan hasil analisis data

Memerlukan jadual-jadual yang meringkaskan dapatan hasil analisis

Sub topik adalah mengikut objektif dan soalan kajian/hipotesis

Membuat tafsiran kepada hasil analisis data dan membincangkan dapatan kajian ini dengan kajian sebelumnya. 
(Disyorkan penulisan bahagian ini dibuat mengikut objektif penyelidikan)

PERBINCANGAN
Whether the expected result are obtained or not, the implications of the results should be discussed, as well as considerations of accuracy and validity.

Any relevant remaining problems, or new ones revealed (i.e., suggested areas for further research) should be explored.

Pastikan sama ada dapatan adalah signifikan atau tidak perlu dinyatakan
dengan tulisan saintifiknya (e.g., p(2,11)=3.75, p<.05)

Pastikan keputusan yang penting ditonjolkan dan perkaitannya diterangkan dengan jelas terutamanya data yang mempunyai significant value.”

Penerangan menyeluruh tentang kenapa, dan bagaimana ianya sama atau 
berbeza dengan kajian lain perlu diterangkan.

Perbandingan dengan rujukan (dalam bab 2) daripada aspek persamaan atau perbezaan dapatan kajian

If a null hypothesis has been tested the slackness, or otherwise, of the confidence level should be commented upon. Comments on the robustness of any statistical techniques used, and whether others might have been better should be made.


Discussion should explain and ‘criticise’ the results.

It should address questions such as:
Was the sample representative?
How much generalization of the results is justified?
With the benefit of hindsight, what could have been, or should have been, done differently?
It should address questions such as:
      To what extent has the aim been achieved?
— What contributions of new knowledge does this thesis/report make?
      —What further research is suggested?

Bab 5: RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
1.Pengenalan
2.Implikasi keputusan.
3.Aplikasi keputusan.
4.Kesimpulan penyelidikan
5.Cadangan penyelidikan

Rumusan, Kesimpulan
The results of any hypothesis testing must be included.
They should show whether or not the research problems have been “solved” and want has been learn from the results and show this knowledge can be used.
Conclusion must be congruent with aim
No new material may be introduced at this stage
Any contributions to new knowledge should be stressed

Ya. Dah siap kajian