Thursday 17 August 2017

KEMAHIRAN BERFIKIR




Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat Proses Penaakulan Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.

Membentuk konsep: Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori. Memahami fenomena yang diperhatikan Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati. Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas. Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.
Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih  produktif. Penting kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.

Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan meningkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas. Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.

Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
Mengapa
Kenapa
Bagaimana

Soalan “aras rendah” :-
Siapa nama awak?
Bila

Siapa

Tuesday 1 August 2017

PSIKOLOGI



Psikologi merupakan bidang pengajian dan aplikasi yang melibatkan kajian saintifik tentang fungsi mental dan tingkah laku manusia. 

Matlamat utama dalam bidang psikologi adalah untuk memahami individu dan kumpulan melalui prinsip-prinsip umum berdasarkan teori dan kajian saintifik bagi memberi faedah kepada manusia sejagat. 

Pakar psikologi juga boleh dikenali sebagai saintis sosial, saintis tingkah laku atau saintis kognitif kerana mereka cuba memahami peranan dan fungsi mental dan tingkah laku sosial individu tatkala meneroka proses fisiologi dan neurobiologi yang menjadi asas kepada fungsi kognitif dan tingkah laku individu.

Antara konsep-konsep penting yang mendapat perhatian ahli psikologi adalah persepsi, kognisi, tumpuan perhatian, emosi, motivasi, fenomenologi, fungsi otak, personaliti, tingkah laku dan hubungan inter personal. 

Konsep-konsep ini banyak dikaji melalui kajian empirikal yang menyiasat hubungan antara konsep atau pembolehubah-pembolehubah psikologi ini. Bidang psikologi ini banyak memberi manfaat kepada penyelesaian masalah di peringkat individu, organisasi dan masyarakat. 

Kepentingan psikologi industri dan organisasi dalam pembangunan sumber manusia

Psikologi organisasi turut dikenali sebagai psikologi industri dan organisasi. Ia merupakan aplikasi prinsip-prinsip psikologi, teori psikologi, dan hasil-hasil penyelidikan psikologi di tempat kerja. Menurut Persatuan Psikologi Industri dan Organisasi (‘Society for Industrial and Organizational Psychology’), ahli psikologi industri dan organisasi adalah mereka yang memperakui hubungan kebergantungan dan interaksi di antara individu, organisasi dan masyarakat. Mereka juga memperakui impak faktor pengaruh agensi kerajaan, kesedaran pelanggan yang semakin meningkat, kekurangan kemahiran dan perubahan ciri dalam pasaran sumber manusia ke atas organisasi dan masyarakat.

Pemilihan dan Penempatan
Pembentukan ujian, pengesahan ujian, analisis kandungan tugas, pengenalpastian potensi pengurusan, justifikasi ujian dalam konteks perundangan
Latihan dan Pembangunan
Pengenalpastian keperluan latihan dan pembangunan, pembentukan, perlaksanaan dan penilaian program latihan, perancangan kerjaya
Pembangunan Organisasi
Analisis struktur organisasi, memaksima kepuasan dan keberkesanan personel, pengurusan perubahan organisasi
Pengukuran Prestasi
Pembangunan pengukuran prestasi, pengukuran faedah ekonomi berdasarkan prestasi, penilaian sistem prestasi kerja
Kualiti Kehidupan Bekerja
Faktor kepuasan kerja, pengurangan stres di tempat kerja, penilaian dan pembentukan semula rekabentuk kerja dan tugas
Kejuruteraan psikologi
Pembentukan persekitaran kerja, keberkesanan individu-mesin secara optimum, keselamatan persekitaran tempat kerja