Tuesday 14 March 2017

KRISIS DAN IMPAK KE ATAS PERSEKITARAN




Krisis persekitaran atau lebih dikenali sebagai krisis alam sekitar ialah ancaman kepada alam sekitar disebabkan aktiviti korporat dan krisis alam.  Apa pun sebabnya apabila berlaku ancaman terhadap alam sekitar, maka organisasi akan menerima kesannya sama ada secara langsung atau tidak.  Aktiviti organisasi yang memerlukan bahan mentah daripada kayu-kayan menyebabkan pokok di hutan ditebang tanpa kawalan sehingga mengancam keseimbangan ekosistem. 

Kesannya, kawasan tadahan air menjadi berkurangan, air hujan tidak dapat menyerap ke dalam bumi sebaliknya menyebabkan banjir kilat, banjir lumpur dan keadaan seumpamanya. Lapisan ozon pada hari ini semakin nipis disebabkan pencemaran udara yang berleluasa. 

Persoalannya apakah yang menyebabkan pencemaran udara?.  Pengeluaran karbon dioksida dan mono-oksida yang berlebihan hasil daripada aktiviti kilang-kilang pengeluaran dan juga daripada kenderaan yang semakin banyak di jalan-jalan raya. 

Aktiviti organisasi ini memberi kesan seperti pengeluaran gas toksid, hujan asid, dan akhirnya persekitaran menjadi tidak sesuai untuk kehidupan. Bagaimana harus krisis sebegini ditangani? dan  Apa peranan organisasi dalam mengurus krisis yang mungkin berlaku?

Dua Kategori Krisis Alam Sekitar

Kesan operasi korporat terhadap persekitaran
*  Tindakan/kurang tindakan beri kesan terhadap persekitaran.
*  Krisis lapisan ozon, gas toksid, hujan asid, “global warming”.

Krisis persekitaran/krisis semulajadi
*Fenomena alam sekitar seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut, tanah runtuh, banjir, kemarau.
*Risiko dalam persekitaran yang perlu diambil kira dalam merancang pengurusan krisis.
* Boleh jangka bencana yang mungkin berlaku.

 PERSOALAN TENTANG KRISIS PERSEKITARAN DISEBABKAN AKTIVITI KORPORAT
Kenapa krisis persekitaran berlaku?

Apakah peranan organisasi dalam mengurangkan krisis persekitaran?

Apakah peranan pihak berkuasa/kerajaa dan juga NGO dalam hal ini?

Apakah peranan masyarakat dalam mengurus krisis persekitaran?

Apakah akta dan undang-undang mengawal krisis alam sekitar daripada berlaku?

Apakah krisis persekitaran yang berlaku di Malaysia masa kini dan kemungkinan berlaku masa hadapan?

Krisis Love Canal

Krisis alam sekitar disebabkan pembuangan sisa toksid di satu kawasan lapang di Love Canal, New York, 1977. Organisasi yang terlibat ialah Hooker Chemical Company yang telah membuang anggaran 21 000 tan sisa toksid di kawasan lapang. Selang beberapa tahun sebuah sekolah telah dibina di situ. Kanak-kanak sekolah selalu bermain berhampiran kawasan terdapat bahan hitam berminyak yang timbul di permukaan tanah di kawasan berkenaan. Kesan pencemaran adalah pembawa penyakit seperti barah, keguguran, penyakit jantung, leukemia sering menyerang penduduk berkenaan. Bagaimana masyarakat dan sektor perniagaan memberi tindakbalas terhadap krisis persekitaran. Contoh Love Canal.

Laporan penduduk terhadap masalah kesihatan-tiada tindakan pihak berkuasa tempatan.

Laporan pada wakil kongres dan White House-bersimpati, tiada tindakan, takut menjadi rujukan bagi kes-kes lain.

Penglibatan aktres Jane Fonda, aktivis - persidangan akhbar.

Tumpuan media-tiada bantahan.

Penduduk tahan 2 tebusan, tumpuan media-campur tangan White House janji tindakan kerajaan.

Bantuan kewangan supaya penduduk pindah.

Masa yang diambil untuk tindakan 6 tahun (1977-1983).

Kaedah Mengurus Krisis Persekitaran
Pengurangan (Mitigation):usaha kurangkan kerosakan.
Ø  Kenalpasti kelemahan/ risiko (e.g. banjir)
Ø  Ambil langkah bersedia:
                * respon struktur-bina benteng simen
                * respon persekitaran-tanam pokok
                * respon pasif-buat tempat berselindung
                * respon kajicuaca-pembenihan awan untuk  halang hujan berlebihan


Persediaan: usaha untuk tingkatkan keupayaan untuk respon.
Ø  Buat persediaan hadapi bencana:
#             tutup saluran minyak/ gas   #    beli insuran
#             “backup”                           #    pusat kecemasan
Ø  Sistem amaran awal
                #             kaedah saintifik untuk ramalan bencana.
                #             beri amaran kepada penduduk supaya berpindah.
Ø  Pendidikan umum
# beri maklumat penting rancangan menghadapi krisis. Cth: minum banyak air, jangan buat aktiviti di luar rumah dll

#  sebelum krisis beri kesedaran, maklumkan kepada pihak pengurusan

#   bentuk dan kekalkan saluran komunikasi umum: sediakan dan edarkan bahan cetak, buat temubual dengan pegawai pengurusan bencana.

#   libatkan masyarakat dalam merancang-edar pelan pada orang ramai, latih mereka kenali  amaran krisis, beri maklumat jelas.

Ø  Libatkan media
    #      beri maklumat awal
   #      beri amaran bencana
  #      beri maklumat dan panduan semasa krisis
Ø  Komunikasi organisasi
 #      sedia maklumat untuk pekerja dan orang awam panduan  hadapi bencana.
#       latihan untuk pekerja.

Ø  Latihan untuk tindakan bila berlaku bencana.

Respon: aktiviti yang diambil sejurus sebelum, semasa dan selepas kejadian untuk kurangkan kerosakan.

Ø  Peranan media
         #  amaran bencana seterusnya.
        #   beri maklumat kepada umum tentang tindakan.
       #    media perlu berusaha menyampaikan berita.

Ø  Masalah menjangka perlakuan pemindahan mangsa
     #  apa tindakan orang ramai bila berlaku krisis?
    #   adakah amaran untuk berpindah diikuti?
   # adakah pekerja organisasi membantu di pejabat atau balik membantu keluarga?
  #  perlu latih pekerja untuk tentukan tanggungjawab pada organisasi.

Ø  Kawalan sosial/ undang-undang
    #        kawalan keselamatan selepas bencana
    #        halang kecurian di pasaraya, masalah  sampingan spt. dadah, dsb
    #        libatkan tentera, polis dll

Pemulihan (Recovery): 
aktiviti untuk menstabilkan keadaan dan balik pada keadaan normal.

Ø  Aktiviti untuk stabilkan keadaan dan balik kepada keadaan normal
Ø  Kawal keadaan dan maklumkan kepada masyarakat organisasi bertindak tegas terhadap aktiviti yang menjejaskan alam sekitar
Ø  Tegaskan organisasi akan bantu benteras masalah yang timbul
Ø  Bantu organisasi pulih seperti sedia kala

Sunday 12 March 2017

KE MANA MANUSIA PERGI?





Setiap hari kita mendapat berita kematian saudara kita. Terfikir, cukupkah amalan terakhir kita itu?

Sebenarnya Allah SWT membiarkan kita hidup dunia ini untuk melihat kesungguhan manusia untuk kembali kepada Allah SWT. Sama ada manusia itu bersungguh dan ikhlas menuju Allah SWT.

Allah SWT akan menguji manusia dengan iman. Sama ada iman itu manis atau tawar. Kalau iman manis, kita rajin melaksanakan apa yang Allah suruh. Rasa seronok. Tetapi jika Allah menjadi iman kita tawar, sukar untuk kita melaksanakan jalan / pentunjuk Nabi/Allah. Itulah ujian. Maknanya apa, hidup manusia sehingga mati akan diuji untuk melihat sama ada kita ikhlas atau tidak ingin bertemu dengan Allah SWT. Marilah tengok /menilai diri. Allah memberi semua nikmat untuk melihat bagaimana kita menguruskan diri kamu wahai manusia.

Allah menurunkan Alquran sebagai hidayah di dunia sebagai panduan hidup mengikut kehendak Allah SWT.  Hidup ini perlu hidayah dan hidayah tidak diperlukan di dalam kubur. Dalam kubur, pahala diperlukan dan hidayah tidak lagi diperlukan seperti didunia. Membaca Alquran bertujuan adalah untuk tumpang pahala dan hidayah. Sebab itu kita kena berlajar alquran dan mengetahui makna alquran. Untuk memudahkan perjalanan ke akhirat. Tebas perjalanan untuk menuntut ilmu tujuan mengenali Allah SWT supaya mudah ke perjalanan akhirat.

Maka mari kita membaca beberapa ayat juzuk 30. Allah SWT memberitahu tentang manusia.

Surah Al-'Asr
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

-    -  Manusia lahir atau celik sebenarnya berada dalam keadaan rugi. Mengapa rugi? Sebab melaksanakan hidup tidak mengikut kehendak Allah SWT kecuali mereka yang beriman, beramal, berpesan-pesan dan bersabar.

Surah Al-Alaq
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengansebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.  (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).

-Manusia ini jika rasa cukup, mulalah melakukan benda tahgut. Rasa cukup segalanya tanpa ingat Allah SWT. Maka, ingatlah Allah, ingat mati dan ingat akhirat. Sebab hancur semua kelazatan yang ada dalam dunia.

Surah Adh-Dhuha -

Demi waktu dhuha,
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaan muadalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Dan sesungguhnyaTuhanmuakanmemberikanmu (kejayaandankebahagiaan di duniadan di akhirat) sehinggaengkaureda - berpuashati.
Bukankahdiamendapatiengkauyatimpiatu, lalu la memberikanperlindungan?
Dan didapatiNyaengkaumencari-cari (jalan yang benar), laluIamemberikanhidayahpetunjuk (denganwahyu - Al-Quran)?
Dan didapatiNyaengkaumiskin, laluIamemberikankekayaan?
Olehitu, adapun anak yatimmakajanganlahengkauberlakukasarterhadapnya,
Adapun orang yang meminta (bantuanpimpinan) makajanganlahengkautengkingherdik;
AdapunnikmatTuhanmu, makahendaklahengkausebut-sebutkan (danzahirkan) sebagaibersyukurkepadaNya.

Surah Asy-Syams -
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkanny adengan jela snyata;
Dan malamapabilaiamenyelubunginya (dengangelap- gelita),
Demi langitdan Yang membinanya (dalambentuk yang kuatkukuh - yang melambangkankekuasaanNya);

Manusia dia jadikan barang dalam iaitu roh. Roh ciptaan Allah dalam ilmu Allah. Allah bagi sikit tentang sikit roh. Tetapi kamu faham sikit. Bagaimana Allah sempurna kejadian manusia. Cita dia, lahir manusia dari 9 bulan, lemah kena ada bantuan susu ibu, makan suap tapi akhir kamu gagah hingga boleh jalan. Sampai masa akil baligh, Allah tunjuk jalan baik dan jalan buruk iaitu jalan ilham. Manusia boleh tentukan. Bahagian buruk gagah dengan nafsu, dunia lara, syaitan. Bahagian baik hantar malaikat, alquran, hadis, otak kalu guna molek baik. Dalam diri manusia ada fitrah. Asal manusia adalah surga atau neraka. Allah kata kalu nabi adam bua tsalahperl ubetul kat dunia ini dan akan masuk ke syurga. maka cuci diri manusia dengan zikir. Ingat Allah.
Surah Al-Balad
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
Demi manusia yang melahirkanzuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

-      Gagah benar, siapa yang lebih gagah lagi. Manusia bila harta banyak, mengukit  sumbangan harta. Tetapi Allah Tanya, tidak kah kamu tahu siapa yang melihat kamu. Menunjukkan harta dan tenaga, adakah manusia ingat Allah tidak lihat kamu. Dia tahu, dia tidak ikhlas. Allah je yang boleh ungkit. Jangan ungkit nikmat kita beri kepada orang lain.
Surah Al-'Aadiyaat -
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
Allah beri apa sahaja nikmat, masih lawan tidak bersyukur.


Kesimpulan, agama ini semuanya adalah tujuan untuk menjadikan tidak lara, leka atas dunia ini. Kita sedar, maka kita mesti menuruti jalan istiqamah. Nak jaga agama hingga dalam kubur, memang payah. Tapi terus belajar daripada Al-Quran. Kata-kata hikmah ulama sampai ke hati. Jangan jemu otak kita dengan benda lain selain daripada AlQuran