Friday 23 February 2018

KEYAKINAN





Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.(7)


-Tafsir ayat ini mengandungi 2 arahan (Susukanlah dan letakkanlah dia di dalam peti dan lepaskanlah dia ke laut;), 2 larangan (janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita;) dan 2 kebaikan (mengembalikannya kepadamu dan menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami

-Hikmah ayat ini mengajar kepada ibu kerap menyusu anak dan biasakan menyusu anak

- Kita mesti ada keyakinan bahawa manusia akan mati dan menunggu giliran  untuk kearah itu. Apabila kita yakin, maka kita bersungguh untuk melakukan persediaan untuk kematian itu iaitu menjadi baik, taat suami, menjadi anak solehah dan menjadi manusia yang bermanfaat.  



Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah. (8)

-Jangan takabur dan sombong kerana Allah SWT boleh mendatangkan balasan pelbagai cara.

-Firaun silap strategi dan silap langkah



Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).(9)

- Wanita ada peranannya dalam kehidupan ini
- Hikmah Allah SWT tidak menyebut nama isteri adalah supaya kita mengenali personaliti/karekter kerana wujud sepanjang zaman.
-Psikologi untuk lelaki kerana isteri firaun merayu untuk membesarkan anak lelaki yang ditemuinya. Untuk melembutkan lelaki, wanita perlu ada keyakinan dengan cara mengambil berat perihal suami (makan,minum), jawab balas dengan suami bahasa yang lembut, 
- Wanita jangan merasa diri lebih pandai dari suami, jangan memberi arahan kepada suami, jangan pandang lekeh kepada suami, 
-Firaun merasa isterinya hormat kepada dirinya sebagai suami
-isteri diberi Perlindungan Dan suami dihormati
-pujuk rayu isteri firaun akur APA Yang berlaku

Kesimpulan, keyakinan kita kepada Allah SWT akan membawa perjalanan hidup lebih terarah, objektif dan terbimbing seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Yakin dengan janji Allah SWT walaupun kita telah menahan sabar lebih 30 tahun kerana perangani suami, sakit dan sebagainya kerana keyakinan. Jangan ragu kerana orang seperti ini akan merasa cemas, tidak terbimbing dan perasaan bimbang.

Thursday 22 February 2018

PERJALANAN PERKAHWINAN


1) Jelaskan matlamat rumahtangga seperti dalam surah Al-Azhab ayat 28. Lakukan untuk keredaan Allah, ikut sunnah Rasulullah dan membawa perkahwinan masuk ke syurga

2) Lakukan semua aktiviti kerana Allah SWT. Ada pembalasan daripada Allah SWT.  Sabda Rasulullah SAW:

RASULULLAH SAW bersabda, “Sesungguhnya, di antara perbuatan dosa, ada yang tidak dapat dihapus oleh (pahala) shalat, sedekah, atau pun haji. Namun hanya dapat ditebus dengan kesungguhan dalam mencari nafkah penghidupan.”

-Allah SWT mengkafarahkan dosa/hapus dosa kerana penat lelah mencari nafkah untuk keluarga
- Tugas utama suami mencari nafkah
-Kepimpinan suami menjaga keluarga elok-elok

3) Amalkan doa :


Monday 19 February 2018

JANGAN PERLEKEHKAN SUAMI


Suami adalah ketua atau pemimpin keluarga. Oleh itu, isteri yang taat dan hormat kepada suaminya sesuai rangking selepas Allah SWT, Nabi SAW akan mengubah sudut pandang dunia atau perlakuan orang lain terhadap suami kita. Orang sekeliling akan hormat suami kita setinggi mana isteri hormat suaminya. Jangan perlekeh suami kerana dunia akan perlekeh suami kita. Sebenarnya, wanita yang hebat bukan kerana ilmu, pangkat, kedudukan atau harta tetapi benda-benda yang simple je.

BUAT BAIK KEPADA IBUBAPA



As-Sajdah

A021
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat. (21)


----------------------------

Contoh dosa dibayar segera didunia seperti menghina Nabi SAW dan menderhakakan kepada ibubapa. Untuk mendapatkan keberkatan kita kena muliakan kedua ibubapa dan meletakkan kedudukkan suami yang sepatutnya. Fikirkan bagaimana untuk melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa. 

Buatlah ketaatan dan kebaikan kepada ibubapa yang terbaik. Tunjukkan cara kepada anak-anak untuk membuat kebaikan. Contohnya apabila kita pulang kerumah atau menziarahi ibubapa, carilah kedua ibubapa dahulu dan salam dahulu janganlah buat aktiviti lain. Laung laungkan panggil ibubapa tunjukkan bahawa kita sangat hargainya sekira kita tidak menemui ibubapa didalam rumah. Bila kita melakukan sedemikian, ibubapa sangat gembira dan ceria. InshaAllah apabila kita lakukan kebaikan Allah SWT curahkan kelapangan dan kegembiraan. Selesaikan pertemuan ibubapa dahulu. Bantu ibubapa contoh memasak, bersembang dengannya dan sebagainya. Kerap hubungi ibubapa nyatakan kerinduan pada dirinya.

Nabi SAW berkata " Allah SWT merahmati kepada ibubapa yang ajar anak bagaimana untuk berbakti kepada ibubapa". Letakkan ibubapa pada tempat yang tinggi.




NASIHAT SUAMIKU




Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. (28)

----------

Pemimpin atau suami perlu ada sifat tegas. Sebagai pemimpin perlu jelaskan tujuan rumahtangga sekiranya si isteri banyak kerenah. Beritahu dengan jelas rumahtangga itu untuk dibawa kemana. Apabila jelas, si isteri akan kurang kerenahnya. 

Suami, rajinlah menuntut ilmu dan rajin hadir ke majlis ilmu. Disitu banyak cara atau solusi untuk menyelesaikan masalah. Jangan malas menuntut ilmu mudah-mudahan Allah beri keberkatan. Kalau tiada ilmu payah nak bawa rumahtangga ke arah baik. Untuk didik isteri dan anak pun payah.

Suami isteri sentiasa nasihat menasihati contohnya yang halal dihisab dan yang haram di azab. Dengar nasihat suami, si isteri akan dengar dan rasa selamat jer.

Saturday 17 February 2018

BERAT TUGAS LELAKI


Allah SWT menjadi sifat lelaki yang berani, gagah dan sabar. Peranan seorang lelaki sangat berat iaitu perlu bertanggungjawab kepada:

- Diri Sendiri

- Ibu

-Isteri

-Anak-anak

-Nabi

- Dakwah

Wanita pula, perlulah memberi sokongan dan dokongan untuk lelaki melaksanakan tugas itu dengan baik dan dipermudahkan. 

Thursday 8 February 2018

SUKA ONLINE





Cinta perlu dicari. Hidup tanpa cinta bagaikan taman tidak berbunga. Pelbagai cara boleh mencari cinta antaranya atas talian (online). Mudah untuk kita kenal tetapi perlu berhati-hati kerana niat manusia macam-macam. Ada yang mencari pasangan hidup, ada yang suka-suka, bosan dan test market. Kalau ada yang ikhlas, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, bertabahlah. Lelaki akan berusaha mengenali perempuan seramai-ramainya. Keluar dengan perempuan sebanyak-banyaknya. Sekiranya mendapat tahu lelaki seperti itu, apa nak buat?. Undur diri dan hilangkan diri dari radar. ðŸ‘€ Jadilah perempuan yang dicari-cari oleh lelaki.