Monday 25 June 2018

NIKMAT BERKELUARGA


Muslim couple, Muslima, Hijab, Sunset, Maghrib, sky, clouds, sun ...
















Anak adalah anugerah/nikmat/amanah. Syukur banyak-banyak. Sebab mereka ada sekeliling dan menceriakan hidup kita. Dapat nikmat ucap syukur dan melaksanakan syukur itu kerana terdapat tanggungjawab terhadap anak. Antaranya tunjuk ajar/ mengajar anak kerana ia bukan pemberian atau hadiah kerana itu adalah hak anak daripada kita. 
Pendidikan adalah tanggungjawab ibubapa. Wajib mendidik anak secara mulut atau perbuatan.

Hak anak daripada ibubapa adalah mendapat kasih sayang, pelindungan dan pendidikan. Ibubapa mesti bersungguh-sungguh mendidik anak mengenai tauhid, akhlak, syariah, solat, baca Quran, doa. Siapa boleh ukur kesungguhan mendidik anak? Kita sendiri yang boleh mengukur kesungguhan itu. Berapa banyak memberi nasihat, agama, menegur, ajar ilmu dan sebagainya. Berikan masa untuk mengajar dan mendidik. Jangan sampai menjadi ibubapa derhaka iaitu tidak menyediakan ibu solehah, tidak menamakan anak yang baik-baik dan mengajar anak alQuran. 

Bermulalah pencarian isteri solehah atau usaha mencari wanita baik/solehah. Lelaki perlu dan wajib menyediakan isteri solehah. Anak berhak mendapat ibu solehah. Lelaki/suami mesti cari wanita solehah/baik untuk meletakkan spermanya. Antara ciri-ciri yang disarankan oleh Nabi SAW untuk mencari isteri iaitu cantik, harta, keturunan atau agamanya. Ambillah/pilihlah yang ada agama kerana semuanya akan menjadi cantik. Apa maksud wanita solehah/agama?. Wanita yang jaga imam, ilmu, kehormatan, akhlak dan amal ibadatnya.

Asma binti Yazid Anshari r.ha adalah seorang sahabiah. Pada suatu ketika, ia mendatangi Nabi SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, aku datang sebagai utusan kaum wanita. Sungguh, engkau adalah utusan Allah untuk kaum lelaki dan juga wanita. Untuk itu kami sebagai kaum wanita telah beriman kepada Allah dan kepadamu. Kami kaum wanita selalu tinggal di dalam rumah saja, tertutup dalam hijab-hijab dan sibuk menunaikan keperluan serta keinginan suami. Kami selalu mengasuh anak-anak, sedangkan kaum lelaki selalu mendapat pekerjaan yang memborong pahala. Mereka dapat menghadiri solat jumaat, dapat berjamaah solat lima waktu, dapat menjenguk orang sakitmenyertai jenazahpergi haji, dan yang paling utama mereka dapat berjihad di jalan Allah. Jika mereka sedang mengerjakan haji, umrah, atau jihad, kamilah yang menjaga harta mereka, menjahitkan baju mereka dan memelihara anak-anak mereka. Maka, apakah kami tidak mendapatkan pahala yang sama dengan mereka?“

Rasulullah saw. Mendengarnya dengan penuh perhatian. Kemudian berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda. “ Pernahkan kalian mendengar sebuah pertanyaan agama yang lebih baik daripada pertanyaan wanita ini?” Para sahabat r.a berkata, “ Ya Rasulullah, bahkan kami tidak menduga bahwa kaum wanita akan dapat bertanya seperti itu.” Lalu baginda saw. Berpaling kembali kepada Asma r.ha dan bersabda, “Dengarlah dengan baik dan perhatian, lalu sampaikan kepada para wanita muslimah yang telah mengirimmu kesini. Apabila para isteri berbuat baik kepada suaminya, mentaatinya, melayaninya baik dan berusaha membuat suaminya selalu bergembira, maka itu adalah sesuatu yang sangat berharga. Jika semua itu dapat kalian kerjakan, kalian akan mendapatkan pahala yang sama dengan kaum lelaki.Mendengar jawaban Nabi saw. itu, hati Asma r.ha sangat bergembira. Kemudian ia segera kembali menjumpai kaumnya.


Hadis lain, sabda Rasulullah SAW:
“Apabila seorang wanita solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dari zina, dan taat kepada suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” [HR. Ibnu Hibban dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Shahihut Targhib: 1931]
Pentingnya menjaga solat dan solat awal waktu. Banyakkan doa teguhkan solat.
A040
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 14:40)

Taat Suami. Kalau betul dan pandangan baik maka ikutlah kata suami. Benda yang baik, ikutlah untuk kebaikan dunia akhirat. Suami penolong kita untuk menjadi baik.

Pemilihan lelaki/suami/bapa - baik agamanya
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)



Wednesday 6 June 2018

SOLATLAH

Image result for nur fazura

A014
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.(Taha 20:14)

A132

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.(Taha 20:132)

Tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak solat dan melihat perbuatan solat anak itu menepati syarak atau tidak. Selalu buat pemeriksaan agar anak solat dengan betul.

Ibubapa mengharapkan doa anak sekiranya anak tidak solat macam mana untuk mendapat kan doa dari anak jika ibubapa tidak mengajar serta pantau.

Langkah didik anak solat
a) Ada orang yang benar-benar solat.Biasakan anak melihat anak solat

Image result for doa nabi ibrahim
b) Biasakan dengan kebaikan 

3) Ajar anak rukun dan hukum solat. Ibubapa mengajar dan menjadi tok guru kerana sebahagian amalan jariah

4) Nilai/perhatikan solat anak
5) Ajak anak solat bersama/jemaah
6) Sealu menjelaskan roh dan pengisian solat

Usia paling baik mengajar anak apabila anak pandai bercakap ajar anak  baca surah AlFatihah (hukum qauliah), 

Anak beza tangan kanan kiri / tahu beza baik buruk- ajar anak perbuatan solat

Ajar anak solat usia 7 tahun dan pukul anak tidak solat ketika usia 10 tahun.

Tunjuk nilai tinggi solat dan ibubapa perlu tekan sangat penting solat dan marah anak tidak solat.

Adab untuk menghukum anak tidak solat
-Rotan (sangat penting pendidikan) untuk mengajar sikit je
-Tanda penting solat untuk rotan
-Rotan dapat merangsang deria akibat solat dan faham/pemusatan otak akibat solat
- Rotan tersorok di bahagian paha ke bawah


Tuesday 5 June 2018

WAJIB TAHU LELAKI

Image result for fazura

Lelaki perlu menguasai:

a) Boleh jadi imam
b) Baca doa selepas solat
c) Baca surah Mulk dan Sejadah
d) Solat Jenazah
e) Tahlil