Thursday 15 September 2016

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Hye....
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai gambarajah seperti di atas. Saya nak tanya kepada pembaca sekalian, cuba lihat sekeliling anda, ada tidak pendidikan  berlaku dan cuba bagi tahu di mana pembelajaran itu boleh berlaku. Ye, pembelajaran itu boleh berlaku bila-bila masa dan ketika.

Merujuk kepada gambarajah di atas, kotak warna hijau itu adalah pendidikan yang dialami diperingkat rendah, menengah dan universiti oleh setiap individu selebihnya peranan pendidikan orang dewasa berlaku kepada manusia. Boleh dikatakan belajar sepanjang hayat. 

Jadi, kita kena tahu apa makna pendidikan dewasa? Ertinya satu proses yang mana seseorang individu tidak lagi berada dalam sistem persekolahan mengikuti sesuatu aktiviti pendidikan secara tidak formal bertujuan untuk membawa perubahan daripada segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dan seterusnya dapat membuka jalan ke arah  penyelesaian masalah individu sendiri serta komuniti.

Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan dan bos bos dalam organisasi perlu mewujudkan suasana pembelajaran dan menyedia infrastruktur sebagai galakan kepada orang ramai.

Pembelajaran boleh berlaku dalam bentuk formal, informal dan tidak formal. Sebenarnya pembelajaran sepanjang hayat telah lama dipratikkan di zaman Rasulullah SAW seperti memberi tunjuk ajar cara kehidupan mengikut syariat, memberi tazkirah sebagainya.

Contoh zaman sekarang, pembelajaran seperti meningkatkan kemahiran kewanitaan belajar menjahit, memasak, meningkatkan fardu ain dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, belajar melibatkan kos yang tinggi. Tidak penah pendidikan di Malaysia ini free sebab jika ingin enrolmen kolej komuniti pun kena membayar yuran dan kos bahan. Bukan mudah ye nak belajar melibatkan bayaran dan terpaksa berkorban masa, kos pengangkutan..

Hakikatnya Malaysia masih jauh lagi untuk menjadi seperti negara Jerman free education hingga PhD.....



Thursday 8 September 2016

PENCEN BUKAN HAK MUTLAK KAKITANGAN AWAM


Kebanyakan kakitangan sektor awam mungkin tidak menyedari akan hakikat sebenar hak mereka berkaitan dengan pencen. Ramai yang menjangkakan bahawa setelah dilantik memegang jawatan dalam sektor awam, maka hak mereka terhadap pencen adalah mutlak kerana ia merupakan amalan biasa kerajaan. Hakikat sebenarnya mungkin tidak seperti mereka harapkan. Setelah dilantik memegang jawatan dalam sektor awam, hak kakitangan tersebut terhadap pencen mash tidak terjamin. Kakitangan awam ini tidak menyedari bahawa keadaan adalah sebaliknya.
Hak berkaitan dengan pencen untuk kakitangan awam diperuntukkan di bawah Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan Perlembagaan Persekutuan  adalah merupakan undang-undang tertinggi nagara bolehlah dikatakan bahawa hak terhadap pencen ini diberi perlindungan yang tertinggi di Negara ini. Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan juga jelas memperuntukkan bahawa mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah batal setakat mana ia bercanggah. Oleh itu undang-undang yang memperuntukkan perihal pencen di Malaysia mestilah mengambil kira hak ini. Sepatutnya hak pencen tidak diketepikan dengan begitu mudah kerana ia penting kepada kesejahteraan hidup seseorang kakitangan awam.
Undang-undang yang mengawal perihal pencen di Malaysia terdiri daripada Akta Pencen. Akta ini terpakai ke seluruh Malaysia kepada:
  • Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah memilih skim ini
  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang telah dilantik di bawah skim
  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang terikat dengan skim  ini  atas  pilihan mereka
  • Pegawai-pegawai sementara dalam perkhidmatan awam sebelum 1 Januari 1976 dan yang tidak mempunyai peluang untuk memilih skim baru ini yang berkuat kuasa pada tarikh tersebut
Perkataan “pegawai” ditakrifkan sebagai pekerja sepenuh masa dalam perkhidmatan awam yang diputuskan oleh Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sebagai perkhidmatan awam di bawah Akta ini ialah:
a)      Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
b)      Perkhidmatan awam di bawah kerajaan persekutuan
c)       Pasukan polis
d)      Perkhidmatan Pendidikan
e)      Perkhidmatan awam bersama antara kerajaan pusat dan satu atau lebih kerajaan negeri
f)       Perkhidmatan setiap negeri
g)      Perkhidmatan Parlimen
h)      Lain-lain perkhidmatan yang diputuskan oleh (YDPA)
Status “pegawai pencen” di bawah Seksyen 7 Akta Pencen boleh diberikan kepada kakitangan awam yang telah disahkan dalam jawatan dan mesti telah berkhidmat tidak kurang dari 3 tahun.
Apakah Pencen Hak Mutlak Kakitangan Awam?
Seksyen 3 (1) Akta Pencen memperuntukkan “Tiada pegawai yang mempunyai hak mutlak terhadap pencen, gratuiti atau faedah lain di bawah Akta ini”. Jelas dari peruntukan tersebut yang hak terhadap pencen bukanlah mutlak bagi setiap pegawai awam. Ini adalah kerana  untuk mengetepikan hak tersebut masih lagi diperuntukkan oleh Akta. Seksyen 3 (2) menyatakan bahawa YDPA boleh mengurangkan jumlah pencen atau menahan pencen, gratuity atau faedah lain yang sepatutnya layak dimiliki oleh mana-mana pegawai jika baginda berpuas hati bahawa pegawai tersebut bersalah melakukan kecuaian, ketidakpatuhan atau salah laku (negligence, irregularity or misconduct). Berdasarkan peruntukan tersebut, YDPA mempunyai kuasa untuk mengetepikan hak terhadap pencen. Perkataan “layak” digunakan di dalam seksyen 3 (2). Berdasarkan penggunaan perkataan di bawah seksyen menyimpulkan bahawa undang-undang tidak berniat untuk memberikan hak mutlak kepada kakitangan awam terhadap pencen.

Hak Kakitangan Awam Jika Diketepikan
Tiada peruntukan khusus di bawah Akta Pencen yang memperuntukkan prosedur yang perlu dalam mengetepikan hak seseorang kakitangan awam terhadap pencen. Daripada peruntukan Akta Pencen dan juga Perlembagaan Persekutuan adalah jelas bahawa seseorang kakitangan awam memegang jawatan atas nama perkenan YDPA. Namun begitu hak keadilan semula jadi masih lagi diperuntukkan kepada kakitangan awam dalam proses menurunkan pangkat atau pemecatan. Sepatutnya prinsip keadilan semula jadi juga diberikan dalam menjalankan kuasa YDPA di bawah Akta Pencen untuk mengurangkan atau mengetepikan hak terhadap pencen. Ini kerana jawatan dan pencen mempunyai kepentingan yang besar terhadap kehidupan seseorang kakitangan awam.
Kesimpulan
Mungkin kakitangan awam mengharapkan pencen dijadikan hak mutlak. Namun, sekiranya tidak menjadi hak mutlak pun adalah wajar jika tindakan mengetepikan hak ini dilaksanakan dengan berhati-hati, telus dan memberikan hak keadilan semula jadi. Akta Pencen sepatutnya memperuntukkan prosedur jelas maksud bagi perkataan kecuaian, ketidakpatuhan dan salah lak di bawah seksyen 3 (2) yang mana merupakan alas an atau keadaan di mana pencen boleh diketepikan. Peruntukan persaraan wajib di bawah seksyen 10 Akta Pencen juga perlu memperuntukkan hak keadilan semula jadi kerana walaupun perkataan yang digunakan adalah “persaraan” dan bukan “pemecatan” peletakan jawatan kesannya masih lagi sama terhadap kakitangan awam iaitu kehilangan kerja. Oleh itu, Perkara 132 (2) Perlembagaan Persekutuan amatlah perlu digunakan pakai dalam menguatkuasakan peruntukan Seksyen 10 Akta Pencen.
Sekiranya seseorang kakitangan awam menghadapi keadaan di mana seseorang kakitangan awam akan kehilangan jawatan dan juga pencen, maka sepatutnya pendengaran kes dijalankan dua peringkat iaitu peringkat pertama menentukan kedudukan jawatan dan peringkat kedua menentukan kedudukan pencen. Dalam kedua-dua peringkat ini dicadangkan agar masa untuk membela diri atau member ketengan (hak keadilan semula jadi) diperuntukkan kepada kakitangan awam. Sekiranya kuasa yang terlalu luas diberi kepada YDPA adalah dikhuatiri setiap keputusan yang diambil tidak selaras walaupun fakta kes adalah sama.
Harapan besar kakitangan awam adalah mengharapkan hak kakitangan awam terus terbela.