Friday 30 September 2016

LEBIH BAIK DIAM




Bertutur atau bercakap merupakan nikmat Allah SWT yang paling besar. Kejadiaannya cukup pelik dan ajaib bagi sesiapa yang memerhatikannya, sudah cukup untuk bersujud kepada Allah SWT kerana besarnya nikmat tersebut. Mempunyai kedudukan tertinggi di dalam kehidupan manusia walaupun bentuknya kecil sahaja.

Oleh itu, tutur kata melambangkan peribadi seseorang. Tutur kata yang baik, bersopan dan lemah lembut menjadi kegilaan ramai orang. Begitulah pentingya tutur kata atau cara percakapan kita.

Bahaya sekiranya percakapan yang disampaikan boleh memberi kesan kepada rohani dan jiwa seseorang kadang-kadang boleh terbunuh terlebih dahulu sebelum jasadnya terbunuh. Seandainya kita menggunakan dengan baik akan menghasilkan natijah yang baik dan jika digunakan dengan cara yang buruk, maka natijahnya buruk.

Oleh itu, mulut perlu dijaga dari mengeluarkan sesuatu perkataan yang tidak tepat kepada kawan-kawan. Justeru itu, diam dan menjaga percakapan adalah lebih baik. Tidak ramah tidak bermaksud sombong tetapi untuk mengelakkan orang sekeliling terasa hati. Mengambil sikap diam dan menjaga lidah dari bercakap yang bukan-bukan adalah lebih baik.

#Non confrontational personality

Thursday 15 September 2016

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Hye....
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai gambarajah seperti di atas. Saya nak tanya kepada pembaca sekalian, cuba lihat sekeliling anda, ada tidak pendidikan  berlaku dan cuba bagi tahu di mana pembelajaran itu boleh berlaku. Ye, pembelajaran itu boleh berlaku bila-bila masa dan ketika.

Merujuk kepada gambarajah di atas, kotak warna hijau itu adalah pendidikan yang dialami diperingkat rendah, menengah dan universiti oleh setiap individu selebihnya peranan pendidikan orang dewasa berlaku kepada manusia. Boleh dikatakan belajar sepanjang hayat. 

Jadi, kita kena tahu apa makna pendidikan dewasa? Ertinya satu proses yang mana seseorang individu tidak lagi berada dalam sistem persekolahan mengikuti sesuatu aktiviti pendidikan secara tidak formal bertujuan untuk membawa perubahan daripada segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dan seterusnya dapat membuka jalan ke arah  penyelesaian masalah individu sendiri serta komuniti.

Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan dan bos bos dalam organisasi perlu mewujudkan suasana pembelajaran dan menyedia infrastruktur sebagai galakan kepada orang ramai.

Pembelajaran boleh berlaku dalam bentuk formal, informal dan tidak formal. Sebenarnya pembelajaran sepanjang hayat telah lama dipratikkan di zaman Rasulullah SAW seperti memberi tunjuk ajar cara kehidupan mengikut syariat, memberi tazkirah sebagainya.

Contoh zaman sekarang, pembelajaran seperti meningkatkan kemahiran kewanitaan belajar menjahit, memasak, meningkatkan fardu ain dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, belajar melibatkan kos yang tinggi. Tidak penah pendidikan di Malaysia ini free sebab jika ingin enrolmen kolej komuniti pun kena membayar yuran dan kos bahan. Bukan mudah ye nak belajar melibatkan bayaran dan terpaksa berkorban masa, kos pengangkutan..

Hakikatnya Malaysia masih jauh lagi untuk menjadi seperti negara Jerman free education hingga PhD.....