Friday 9 March 2018

WHATSAPP


Dunia semakin pantas dengan pelbagai teknologi terkini, hardware dan software terkini, media sosial seperti Facebook, We Chat, Skype, Twitter, Instagram, blog-blog, emel dan kini fenomena aplikasi WhatsApp. WhatsApp dicipta pada tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton yang sebelum ini telah mencipta Yahoo (Eric, 2012). WhatsApp menyediakan pelbagai fungsi seperti mesej teks, fail audio, imej, pautan mana-mana laman web dan fail video yang boleh dikongsi.



WANITA IDAMAN


Wanita secantik artis Fazura idaman semua lelaki. Cantik, baik orangnya dan seorang yang merendahkan diri. Idaman orang. Bagi wanita yang bukan idaman lelaki, berhentilah jika menemui tanda-tanda seperti berikut:

- Aktif chatting melayan wanita sana sini

- Ajak keluar sekali je lepas itu tidak ajak keluar dah - tidak berminat tu

- Kawan berbulan-bulan, bertahun tahun - tak ada apa apa😋

- Lelaki yang terus menerus mencari wanita lain

- Lelaki sukar menerima wanita yang ada kecacatan. Mata besar sebelah ke😎

- Timbul dan tenggelam sama ada telefon atau mesej

- Tidak mesej dan mengharap wanita sahaja

- Kedekut. 

- Tidak ingat cerita-cerita/ kisah-kisah hidup kita sebelum ini

- Tidak bertanya khabar. Sepi tanpa pesan

- Senyap dan senyap

- Suka like FB semua wanita dan komen 

- Tidak hargai kehadiran dan buat tidak tahu - tiada perasaan penting

- Lambat balas mesej tetapi online sentiasa

- Lelaki beritahu wanita idaman dan kita tidak menepati spesifikasinya - jauhkan

- Lelaki yang yakin dapat wanita cantik seperti Fazura walaupun mukanya terlalu "kacak"

- Lelaki yang suka hantar gambar diri sendiri kepada semua wanita dikenali

- Lelaki yang tidak ada perasaan. Dia hidup dalam dunianya

- Lelaki yang berterus terang, kita bukan idamannya

- Lelaki berkahwin banyak kali

- Jawab mesej sepatah-sepatah

- Pandang remeh segala usaha untuk memikat

- Merahsiakan hal peribadi dan sukar bercerita hal peribadi

- Mesej yang tidak dijawab

- Lelaki online kita cemburu, kita online pula dia lagi gembira

- Paksa lelaki ucap tahniah padahal bukan dari jiwanya

- Lelaki yang banyak alasan

- Kadang-kadang tu, lelaki suka buat ujian seperti silent treatment ke


Tanda-tanda seperti diatas. Bertabahla😜. Bila baca balik , rasa sedih pulak😂

Istigfarlah   
Doa
solat istikarah
Baiki diri menjadi lebih baik😢