Thursday 19 September 2013

KU TERIMA WALAU SAKIT HATI


Niat hati setiap hari ingin menjadi baik. Kalau boleh ingin menjadi insan solehah. Terbayang-bayang dikepala ustaz ustazah, orang-orang cerdik pandai, personality tv. Detik hati: “ aku memang ingin menjadi baik seperti mereka”.
Niat hati memang ikhlas menolong. Ingin membantu insan lain. Memang niat ingin dapat balasan akhirat yang mahal disana. Tapi kadang-kadang tersungkur jua ikhlas kita. Mengapa?. Tika kita ingin mohon pertolongan dengan orang lain. Ohh, Tuhan. Betapa sedihnya apabila pertolongan yang dihulurkan tidak terbalas. Inilah ujian ikhlas hati kita. Bermulalah hati berkata-kata. Menungkit-ungkit. Kesimpulannya “aku bukan ikhlas lagi”. Terfikir juga, lebih baik tidak menjadi orang yang ikhlas dan membantu. Mungkin lebih baik pentingkan diri sendiri.
Orang kadang-kadang terlupa akan pemberian kita. Kadang-kadang meninggalkan diri apabila menemui rezeki. Tidak mengajak. Tidak berkata. Detik hati; “alangkah baiknya menjadi orang yang kedekut, lagi banyak duit”. Asal memang ikhlas tetapi apabila teman melakukan diri seperti itu, ohh sedih hati mula melanda. Itu lah, bukan mudah menjadi insan baik.
Kesimpulannya, sifat baik dan ikhlas mesti tekad untuk Allah SWT. Kalau melihat manusia betapa luluhnya hati. Kalau ingin luahkan perasaan, luahkanlah kepada Allah. Allah tempat mengadu dan berdoalah.  “Aku dah doa, tapi tak nampak pun”, Kesal hati. Kadang-kadang boleh merajuk untuk tidak berdoa. Istigfar dan merenung. Sabar!. Sifat sabar amat penting apabila menghayati hidup ini.

Wednesday 8 May 2013

MISKIN HARTA TAK APA JANGAN MISKIN ILMU.



Kehangatan keputusan PRU13 masih lagi terasa, ketidakpuasan hati masih belum boleh dipadamkan sehingga pilihan raya diadakan semula. Kita tinggal sekejap PRU13 dan fokus untuk tulisan di bawah untuk santapan pembaca.
Hidup ini kena banyak belajar, belajar untuk berubah, berubah menjadi lebih baik. Umur yang diberi oleh Allah SWT perlu guna sebaik mungkin. Ya, hidup ini sementara atau sekejap manakala hidup dalam kubur panjang dan sepanjangnya hingga berlakunya hari pembalasan atau akhirat. Kalau direnung, apalah nasib kita di alam kubur itu. Baik atau tidak baik nauzubillah. Semoga hidup kita semua diakhiri baik dan diberi pengampunan oleh Allah SWT.
Pelbagaikan bidang ilmu sepanjang hidup dan lebih meriah jika kita terus menimba ilmu serta memiliki pelbagai pengalaman. Oleh itu, proses pembelajaran dalam diri mesti berlaku. Rajin, cekal menghadiri majlis ilmu dan usaha tanpa jemu adalah resipi kejayaan untuk menambahkan ilmu. Jangan mudah lalai dengan gangguan luar hingga hilang fokus dan tidak bersemangat.
Ingatlah ketika menuntut ilmu, kesukaran dan kesenangan telah ditetapkan sesuai dengan tahap dan keupayaan kita. 
Miskin harta tak apa jangan miskin ilmu.

Thursday 7 February 2013

UJIAN, CINTA PENGORBANAN & INGATAN ALLAH SWT



Mungkin anda pernah berusaha sungguh-sungguh, berdoa, dan tawakal. Sebaliknya apa yang kita inginkan itu tidak dapat seperti mana diimpikan. Terpaksa reda!. I’m sorry you can’t have ‘it. Hehe...

Jika kita ditimpa musibah, jangan sesekali terfikir musibah merupakan sesuatu yang buruk atau Allah SWT tidak melihat kita. Tidak! Sesuatu musibah yang menimpa kita merupakan tanda kita sedang diuji. Tugas kita adalah perlu menerima dan manusia patut berfikir hikmah akibat musibah yang menimpa diri.

Satu pepatah Cina yang mengatakan, 'apabila kita jatuh tujuh kali, kita perlu bangun lapan kali'. Justeru, kita tidak sepatutnya terus-menerus jatuh sebaliknya sebagai khalifah di Bumi ALLAH ini perlu belajar daripada kesilapan lepas.

CINTA

Jika ingin sayangkan seseorang, kita terlebih dahulu menyayangi diri sendiri iaitu bersedia menerima kekurangan diri. Kalau kita ada kekurangan dan boleh diperbaiki, moleklah kita baiki supaya menjadi insan yang lebih baik.

Jika seseorang lelaki itu ikhlas untuk memperisterikan seseorang wanita, dia tidak akan sesekali menyentuhnya, hatta mengusik jari sekali pun. Ingat!, jangan sentuh pun. K

Untuk mendapatkan cinta, manusia perlu kenal diri sendiri sebelum bertemu dengan cinta sejati. Malah, setiap mereka yang sedang bercinta perlu tahu arah sebenar dalam cinta dan kehidupan. Jawapannya adalah berkahwin. Kalau buat main, dosa. Mmmmm,,,,,,

Hidup ini perlu adalah matlamat dan menerima apa sahaja cabaran mendatang. Seeloknya, carilah sokongan keluarga agar diri ini kuat untuk mencapai kejayaan.

Pesanan, untuk berjaya di dunia, kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di dunia dan di akhirat, kita amat memerlukan ilmu.  

PENGORBANAN

Pengorbanan bukan setakat mengorbankan sesuatu tetapi perlulah diiringi dengan keikhlasan melaksanakan perintah Allah SWT. Ramai sebenarnya yang mengabaikan aspek keikhlasan apabila melakukan sebuah pengorbanan. Jika tiada keikhlasan, sudah tentu pengorbanan kita hanya akan menjadi sia-sia. Selain keikhlasan, bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, cakap memang mudahkan perlu lakukan pengorbanan. Ingat akhirat yang dahsyat maka sikit demi sikit, kita boleh mengorbankan keseronokan dunia demi mencapai kebahagiaan akhirat.

Saya tahu sesuatu benda itu boleh mendatangkan dosa, tapi saya senang hati buat jugalah. Payah juga apabila dihantui oleh pelbagai keinginan dan nafsu boleh menjerumuskan diri ke lembah dosa. Bukan mudah untuk mengorbankan perasaan itu kerana kita cuma manusia biasa. Tapi kita harap sangat pertolongan Allah SWT bagi hidayah. Hidup di dunia ini penuh dengan ujian. Kadang-kadang tidak tertanggung rasanya ujian ini. Istighfar banyak-banyak.

Tetapi apabila mengenangkan ganjaran yang jauh lebih baik menanti dan azab Allah SWT tidak terperi, gagahkan juga tinggalkan perasaan yang boleh mendatangkan doa itu. Jangan ada penyesalan di alam kubur.

Saya ingin mereka menjadi insan yang baik dan selalu berpesan agar jangan sesekali mementingkan diri sendiri. Doakan ye.

INGATAN ALLAH SWT

Kebanyakan daripada kita hanya mengingati Allah SWT tatkala berdepan kesusahan kerana dalam hati hanya milik kerjaya, empayar, populariti dan sebagainya yang lebih cenderung ke arah keduniaan. Hanya mengingati Allah bila ada masalah. Betul tak?. Kekuatan ingatan tentang dunia memang sangat kuat. Bila solat pun masih lagi teringat tentang dunia.

Oleh itu, seharusnya kita perlu banyakkan diri untuk mendengar ilmu dan menghadiri lebih banyak majlis ilmu yang pelbagai untuk membina iman. Faham tentang Islam lebih mendalam dapat membantu diri kita mengingati Allah SWT.

Semua orang pernah buat dosa, tetapi yang penting kita berusaha merealisasikan tindak tanduk bagi menjadikan hati kita benar-benar milik Allah SWT.