Tuesday, 2 February 2021

VIVA PhD



Viva PhD seorang teman, sdr Ahmad Azrin baru sahaja lewat beberapa hari lalu. Tatkala disampaikan keputusan setelah selesai proses viva terpamer raut terharu di wajah beliau. Tidak pasti apakah kisah di sebalik raut terharu tersebut. Mungkin beliau pilu memikirkan tiba saatnya berpisah dengan guru yang sangat beliau hormati dan kasihi kerana telah selesai pengajian. Atau mungkin kerana merasa terlalu bersyukur atas kejayaan yang dianugerahi Tuhan. Manakan tidak? Beliau telah diputuskan oleh jemaah pemeriksa untuk dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah dengan kejayaan yang cemerlang.

Sdr Ahmad Azrin yang saya kenali merupakan seorang yang sangat cekal di sepanjang tempoh pengajiannya. Sekalipun berhadapan dengan bermacam bentuk kesulitan dan kepayahan namun tidak pernah sekali beliau mengeluh atau berputus asa dalam menyelesaikan pengajian beliau. Malah dalam berhadapan dengan pelbagai kesukaran itu, beliau dapat menyelesaikan pengajian dengan baik sekali. Mungkin ini merupakan hadiah kasih sayang Allah atas susah payah dan kesabaran beliau selama ini.

Selaku Mukmin memang sudah sunnatullah diuji. Dan, selaku seorang Mukmin juga dia diperintahkan untuk sabar. Dalam sebuah Hadith Qudsi, Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda, Allah Ta’ala berfirman;

“Barangsiapa yang tidak bersyukur atas nikmat dari-Ku dan tak redha terhadap ketentuan-Ku serta tidak sabar atas musibah dari-Ku maka carilah Tuhan selain Aku.”

Amat berat ancaman Allah ini. Namun apabila seorang Mukmin itu bersabar dan redha atas mehnah yang menimpa, maka dia tergolong dalam golongan yang dinyatakan Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menerusi Hadith Qudsi;

“Aku hairan kepada orang Mukmin. Bila memperolehi nikmat dia mendapat pahala, bila ditimpa ujian pun mendapat pahala juga”

Orang Mukmin itu apabila dia mendapat nikmat, dia bersyukur kerana dia tahu itu merupakan pemberian Allah dan Allah ingin mengurniakan pahala bersyukur padanya.

Apabila ditimpa ujian pula orang Mukmin bersabar dan redha. Dia tahu itu merupakan kerja Allah, dan itulah cara untuk menghapuskan dosanya. Dia juga faham itu merupakan peluang untuk Allah memberinya pahala sabar, pahala bighairi hisab dan juga dikurniakan kejayaan dan kemenangan sebagaimana janji Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Aali ‘Imraan, 3:200).

Maka untuk beroleh kejayaan, seorang Mukmin itu baik dalam keadaan dilimpahi nikmat mahupun dilanda ujian tidak akan membiarkan dirinya terpisah dari Allah sekalipun dengan jarak seurat benang. Viva PhD seorang teman, sdr Ahmad Azrin baru sahaja lewat beberapa hari lalu. Tatkala disampaikan keputusan setelah selesai proses viva terpamer raut terharu di wajah beliau. Tidak pasti apakah kisah di sebalik raut terharu tersebut. Mungkin beliau pilu memikirkan tiba saatnya berpisah dengan guru yang sangat beliau hormati dan kasihi kerana telah selesai pengajian. Atau mungkin kerana merasa terlalu bersyukur atas kejayaan yang dianugerahi Tuhan. Manakan tidak? Beliau telah diputuskan oleh jemaah pemeriksa untuk dianugerahi Ijazah Doktor Falsafah dengan kejayaan yang cemerlang.Sdr Ahmad Azrin yang saya kenali merupakan seorang yang sangat cekal di sepanjang tempoh pengajiannya. Sekalipun berhadapan dengan bermacam bentuk kesulitan dan kepayahan namun tidak pernah sekali beliau mengeluh atau berputus asa dalam menyelesaikan pengajian beliau. Malah dalam berhadapan dengan pelbagai kesukaran itu, beliau dapat menyelesaikan pengajian dengan baik sekali. Mungkin ini merupakan hadiah kasih sayang Allah atas susah payah dan kesabaran beliau selama ini.Selaku Mukmin memang sudah sunnatullah diuji. Dan, selaku seorang Mukmin juga dia diperintahkan untuk sabar. Dalam sebuah Hadith Qudsi, Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam bersabda, Allah Ta’ala berfirman;“Barangsiapa yang tidak bersyukur atas nikmat dari-Ku dan tak redha terhadap ketentuan-Ku serta tidak sabar atas musibah dari-Ku maka carilah Tuhan selain Aku.”Amat berat ancaman Allah ini. Namun apabila seorang Mukmin itu bersabar dan redha atas mehnah yang menimpa, maka dia tergolong dalam golongan yang dinyatakan Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menerusi Hadith Qudsi;“Aku hairan kepada orang Mukmin. Bila memperolehi nikmat dia mendapat pahala, bila ditimpa ujian pun mendapat pahala juga”Orang Mukmin itu apabila dia mendapat nikmat, dia bersyukur kerana dia tahu itu merupakan pemberian Allah dan Allah ingin mengurniakan pahala bersyukur padanya.Apabila ditimpa ujian pula orang Mukmin bersabar dan redha. Dia tahu itu merupakan kerja Allah, dan itulah cara untuk menghapuskan dosanya. Dia juga faham itu merupakan peluang untuk Allah memberinya pahala sabar, pahala bighairi hisab dan juga dikurniakan kejayaan dan kemenangan sebagaimana janji Allah;“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Aali ‘Imraan, 3:200).Maka untuk beroleh kejayaan, seorang Mukmin itu baik dalam keadaan dilimpahi nikmat mahupun dilanda ujian tidak akan membiarkan dirinya terpisah dari Allah sekalipun dengan jarak seurat benang.


Thursday, 21 January 2021

ujian harta dan anak

 


 أَوۡلَـٰدُڪُمۡ عَن ذِڪۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٩)

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (9)

 وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ قَرِيبٍ۬ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠) 

 Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan [kematian] ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (10) 

وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا‌ۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (١١) 

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan [kematian] seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (11) [Al-Munafiqun: 9-11].

Huraian:

1- Pada ayat ke 9 terdapat larangan dilalaikan oleh anak-anak daripada zikir@mengingati Allah. Zikir@mengingati Allah ini termasuklah kewajipan-kewajipan seperti solat dan ibadah yang lain.

2- Sesiapa yang disibukkan dengan urusan anak-anak dan harta sehingga mengabaikan kewajipan kepada Allah adalah orang yang rugi dalam 'urusniaga'nya kerana dia telah membayar dengan harga yang sangat mahal dan berkekalan untuk sesuatu yang sangat murah dan akan binasa.

3- Kita disuruh membanyakkan berzikir mengingati Allah kerana itulah keuntungan dan kejayaan yang besar.

4- Kecintaan kepada anak-anak dan harta menyebabkan ramai manusia tewas sehingga mengabaikan hak Allah.

5- Allah menyuruh membelanjakan sebahagian daripada harta yang Allah rezekikan kepada manusia untuk mendapatkan ganjarannya di akhirat sebelum datangnya kematian.

6- Ia termasuk infaq yang wajib seperti zakat, nafkah orang di bawah tanggungannya, dan juga infaq yang sunat seperti sedekah dan segala jalan kebaikan.

7- Infaq di jalan kebaikan ini merupakan syukur di atas nikmat, rahmah kepada golongan fakir, dan membantu memenuhi keperluan umum masyarakat.

8- Allah hanya menyuruh menginfaqkan sebahagian harta. Ini menunjukkan rahmat daripada Allah yang tidak memberatkan hambaNya.

9- Ini menunjukkan bahawa seseorang yang lalai dalam kehidupan dunia akan menyesal ketika saat kematian menjelma, dan akan meminta untuk diberikan tempoh walau yang singkat untuk dia melakukan amal yang dia terlepas daripadanya.

Thursday, 31 December 2020

MENCARI KESEMPURNAAN






Bila kita terlalu mencari kesempurnaan dan berhati-hati memilih
biasanya kita akan kehilangan yang terbaik

Sama-sama perbaiki
bukan ditinggalkan pergi
bila tidak berkenan dihati

kita pun kena tahu, bahawa kau juga tidak akan pernah jumpa yang sempurna
bila hanya mengharapkan kesempurnaan dari orang lain