Thursday, 1 April 2021

DAP JIWANYA BENCI ISLAM

KERANA MELAYU TAK AMANAH MAKA BEGINILAH JADINYA. MAJORITI JADI MINORITI. MANAKALA DAP MINORITI YANG PALING MAJO

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. DAP boleh dijadi kawan TAPI JANGAN TOLAK panduan hadis Nabi SAW dan Al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut TIADA PERNAH PERMOHONAN MAAF:

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam, ADAKAH mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri? Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:

1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR

2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP

3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP

4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu masih berpuak-puak.

Tuesday, 23 March 2021

SINTESIS SYURGA

 


Jika golongan yang bersyukur itu amatlah sedikit (قليلا ما تشكرون), maka golongan yang mengingati nikmat tentunya juga amatlah sedikit (قليلا ما تشكرون) 

Jika golongan yang mengingati nikmat itu sedikit, maka golongan yang berfikir tentang ayat ayat Allah juga tentu amatlah sedikit. 

Jika golongan yang berfikir tentang ayat ayat Allah itu sedikit, maka golongan yang tenang dan berbahagia juga amatlah sedikit. 

Jika golongan yang tenang dan berbahagia itu sedikit, maka golongan yang dapat memasuki syurga juga amatlah sedikit. 

Jika golongan yang memasuki surga itu sedikit, maka syurga menjadi luas kerana sedikitnya penghuni, dan neraka menjadi sempit kerana banyaknya penghuni. 

Pertanyaannya ialah pada golongan manakah kita akan memilih dan meletakkannya diri? Golongan yang ramai atau sedikit? 

Yang ramai belum tentu baik dan benar, dan yang sedikit belum tentu juga buruk dan silap. Yang baik dan benar atau yang buruk dan silap itu adalah yang ditentukan oleh nas syariat, bukan ditentukan oleh ramainya pelaku.

 

1 Syurga, 999 Neraka?

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : " يَا آدَمُ ، فَيَقُولُ : لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ ، فَيَقُولُ : أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ ، قَالَ : وَمَا بَعْثُ النَّارِ ، قَالَ : مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ ، قَالَ : " أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah Ta’ala berfirman: Wahai Adam!’ Adam menjawab: Aku menjawab panggilan Mu, segala kebaikan ada di kedua tangan Mu. Lalu Allah berfirman: Keluarkanlah rombongan penghuni Neraka. Dia bertanya: Berapakah jumlah rombongan penghuni Neraka?. Allah menjawab: Untuk setiap seribu orang ada sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Saat itu rambut anak kecil mendadak beruban, setiap orang yang hamil keguguran kandungannya, dan engkau lihat manusia mabuk padahal mereka tidak mabuk, melainkan azab Allah sangat pedih. Para Sahabat bertanya: Ya Allah, Siapakah di antara kami yang termasuk satu orang itu? Nabi menjawab: Bergembiralah, sesungguhnya satu orang daripada kalian dan seribu orang itu daripada Ya'juj dan Ma'juj. [Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya’, hadis no: 3121]

 

"Orang yang menghormatimu sebenarnya menghormati indahnya tutupan Allah yang diberikan ke atas dirimu. Oleh itu, pujian hanya layak diberikan kepada dzat yang menutupi (aibmu), bukan untuk orang yang menaruh hormat dan berterima kasih kepadamu." [Al-Hikam al-'Ataiyyah] 

Jom, Kembali pada Al-Qur'an dan Al-Sunnah untuk dapat menentukan siapakah kita hari ini, golongan yang sedikit atau yang banyak?

Wednesday, 17 March 2021

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci


1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. 

2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

3.    "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].