Friday 5 October 2012

PENERIMA ZAKAT


Penerima zakat perlu memahami hikmah diwajibkan orang kaya mengeluarkan zakat ialah untuk memenuhi hasrat golongan miskin untuk mentaati Allah SWT. Ini kerana ketiadaan harta boleh mencelarukan fikiran antara hendak taat kepada Allah SWT dengan hendak bekerja mengatasi kesulitan akibat kemiskinan.

Apabila orang miskin menerima harta zakat lalu dibelanjakan ke jalan maksiat sesungguhnya mereka telah kufur nikmat Allah SWT dan telah disingkirkan jauh daripada Allah SWT.

Penerima harta zakat hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah berbudi dengan harta zakat itu dengan mendoakan “jazakallahukhiran wa akhlafaka khaira(semoga Tuhan membalasnya dan menggantikan dengan yang lebih baik lagi)

Malah wajar memuji kebaikan di depan orang lain meskipun manusia diajar supaya berterima kasih kepada orang yang memberi. Hendaklah difahami bahawa orang yang memberi itu sekadar wasitoh (perantara) antara Allah SWT yang bersifat “Ar-Razzaq” dengan penerima zakat itu. Memang menjadi wasitoh patut menerima pujian tetapi tidak menafikan pujian sebenar ialah untuk Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia bererti dia tidak bersyukur kepada Allah SWT”.

Sabda Rasulullah SAW:”Mana-mana orang beri sesuatu kepadamu, mak hendaklah kamu balas seimbang. Jika kamu tidak upaya membalasnya hendaklah doakan dia sehingga kamu rasa telah buat seimbang dengan kebaikannya”.

Sebahagian kesempurnaan syukur itu, hendaklah berusaha melindungi keaiban pemberiannya (jika ada), jangan perlekeh sebarang pemberian kerana Nabi SAW berpesan:”sebarang pemberian hendaklah diterima walaupun hanya kaki kambing yang dibakar”.

Janganlah burukkan seseorang lantaran dia tidak memberi dan menghebahkan kepada orang ramai merata tempat. Pemberi dan penerima hendaklah menjaga hak masing-masing, ia tidak bercanggah bahawa segala nikmat datang daripada Allah SWT.

Apa yang ditegah agama ialah hanya melihat budi manusia tanpa mengenali hakikat semua anugerah daripada Allah SWT belaka.

Pengambilan harta yang diragui status kehalalannya ambil sekadar untuk maslahah menjaga nyawa, tidak boleh berlebih untuk bersenang lenang.

Bagi mereka yang hendak menerima harta zakat atau derma mesti berhati-hati di tempat yang dikira syubhah (meragukan). Janganlah ambil pemberian itu terkecuali dia yakin yang dirinya bersifat mustahak. Kadar yang diharuskan oleh syarak ialah dia boleh ambil untuk keperluan diri dan keluarga bagi satu tahun. Kadar tersebut merupakan had tertinggi yang dibenarkan oleh syarak kerana Nabi SAW sendiri pernah simpan makanan keluarganya bagi tempoh satu tahun.

 

 

Saturday 22 September 2012

PUTARAN KEHIDUPAN MANUSIA


Related image


Allah SWT menjadikan manusia secara berperingkat seperti ditegaskan oleh Nabi Nuh a.s.Manusia dijadikan daripada air mani kemudian menjadi darah, daripada darah menjadi daging kemudian dijadikan tulang dan dibalut dengan kulit seterusnya ditiup nyawa (roh) dan lahir ke dunia sebagai serang bayi. Setelah melalui zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa seterusnya tua, akhirnya kembali kepada Tuhan dan dihidupkan kembali daripada alam barzakh ke alam mahsyar. Kemudian ditetapkan nasibnya sama ada ke syurga atau ke negara, oleh itu tiada sesiapa yang boleh mengingkari proses kitaran tersebut.

Tuesday 22 May 2012

ALLAH SWT PERINTAH TINGGALKAN DOSA



 
Allah SWT bukan sahaja mengharamkan perbuatan keji seperti zina tetapi Allah SWT mengharamkan jalan menuju ke arah perbuatan zina dan seumpamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar.” (Surah al A’raf:33)
Allah SWT berfirman dalam ayat yang lain bermaksud: “Dan tinggalkan lah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi.” (Surah al-An’am:120)

Hadis lain yang di riwayat oleh Ibnu Mas’ud r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kalangan makhluk ciptaan Allah lebih cemburu daripada Allah SWT terhadap perbuatan jahat yang dilakukan oleh hambanya. Oleh itu Allah mengharamkan semua perbuatan keji (dosa) zahir dan batin”.

Hadis menjelaskan betapa murkaNya terhadap perbuatan dosa yang dilakukan oleh hambanya. Bahkan jalan menuju kejahatan itu pun diharamkan oleh Allah supaya lubang yang boleh mendorong berlakunya perbuatan terkutuk dapat ditutup.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dauh dan an-Nasai daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:” Tidak halal darah seseorang Muslim melainkan kerana salah satu daripada tiga sebab pertama, zina muhsin (yang sudah berkahwin maka ia direjam, kedua, seorang lelaki yang membunuh seseorang dengan nyata maka dia dibalas bunuh dan ketiga, seorang lelaki yang murtad, keluar daripada Islam dan memerangi Allah serta RasulNya maka hendaklah dia dibunuh atau disalib (disula) atau dibuang negeri”.