Friday 15 November 2013

HIJRAH HELIZA HELMI



Semperna tahun baharu Islam 1435H, pejabat kami telah menjemput artis Heliza Helmi untuk berkongsi pengalaman beliau mengenai hijrah. Sepanjang heliza memberi ceramah, banyak nyayian berunsur dakwah dan pengajaran kepada penonton. Sebelum tamat sesi ceramah tersebut, Heliza telah memberi beberapa tips bagaimana untuk terus  kekal atau istiqamah dalam hijrah iaitu:

  • Niat – Sebelum keluar rumah, niatkan diri buat kebaikan hanya ikhlas pada Allah SWT. Walaupun kadang-kadang kita tidak boleh jadi ikhlas, maka doa banyak-banyak supaya benar-benar ikhlas 
  •  Cari kawan yang betul – cari kawan-kawan yang boleh membinbing dan membantu dalam perjuangan untuk menjadi baik 
  •  Ilmu- untuk berhijrah seseorang individu itu perlu ada ilmu dunia dan akhirat barulah individu itu faham dan tindakan hijrah
  • Mujahadah – untuk hijrah perlu adalah perjuangan. Perlu gigih dan semangat untuk melakukan hijrah
  • Banyakkan diri untuk syukur – lihatlah apa-apa sahaja nikmat pemberian Allah SWT. 
  •  Doa – ikhlaskan doa dan banyakkan doa supaya Allah SWT boleh mmebinbing dan memberi jalan kepada hambaNya yang mencari keredaan Allah SWT

Thursday 19 September 2013

KU TERIMA WALAU SAKIT HATI


Niat hati setiap hari ingin menjadi baik. Kalau boleh ingin menjadi insan solehah. Terbayang-bayang dikepala ustaz ustazah, orang-orang cerdik pandai, personality tv. Detik hati: “ aku memang ingin menjadi baik seperti mereka”.
Niat hati memang ikhlas menolong. Ingin membantu insan lain. Memang niat ingin dapat balasan akhirat yang mahal disana. Tapi kadang-kadang tersungkur jua ikhlas kita. Mengapa?. Tika kita ingin mohon pertolongan dengan orang lain. Ohh, Tuhan. Betapa sedihnya apabila pertolongan yang dihulurkan tidak terbalas. Inilah ujian ikhlas hati kita. Bermulalah hati berkata-kata. Menungkit-ungkit. Kesimpulannya “aku bukan ikhlas lagi”. Terfikir juga, lebih baik tidak menjadi orang yang ikhlas dan membantu. Mungkin lebih baik pentingkan diri sendiri.
Orang kadang-kadang terlupa akan pemberian kita. Kadang-kadang meninggalkan diri apabila menemui rezeki. Tidak mengajak. Tidak berkata. Detik hati; “alangkah baiknya menjadi orang yang kedekut, lagi banyak duit”. Asal memang ikhlas tetapi apabila teman melakukan diri seperti itu, ohh sedih hati mula melanda. Itu lah, bukan mudah menjadi insan baik.
Kesimpulannya, sifat baik dan ikhlas mesti tekad untuk Allah SWT. Kalau melihat manusia betapa luluhnya hati. Kalau ingin luahkan perasaan, luahkanlah kepada Allah. Allah tempat mengadu dan berdoalah.  “Aku dah doa, tapi tak nampak pun”, Kesal hati. Kadang-kadang boleh merajuk untuk tidak berdoa. Istigfar dan merenung. Sabar!. Sifat sabar amat penting apabila menghayati hidup ini.

Wednesday 8 May 2013

MISKIN HARTA TAK APA JANGAN MISKIN ILMU.



Kehangatan keputusan PRU13 masih lagi terasa, ketidakpuasan hati masih belum boleh dipadamkan sehingga pilihan raya diadakan semula. Kita tinggal sekejap PRU13 dan fokus untuk tulisan di bawah untuk santapan pembaca.
Hidup ini kena banyak belajar, belajar untuk berubah, berubah menjadi lebih baik. Umur yang diberi oleh Allah SWT perlu guna sebaik mungkin. Ya, hidup ini sementara atau sekejap manakala hidup dalam kubur panjang dan sepanjangnya hingga berlakunya hari pembalasan atau akhirat. Kalau direnung, apalah nasib kita di alam kubur itu. Baik atau tidak baik nauzubillah. Semoga hidup kita semua diakhiri baik dan diberi pengampunan oleh Allah SWT.
Pelbagaikan bidang ilmu sepanjang hidup dan lebih meriah jika kita terus menimba ilmu serta memiliki pelbagai pengalaman. Oleh itu, proses pembelajaran dalam diri mesti berlaku. Rajin, cekal menghadiri majlis ilmu dan usaha tanpa jemu adalah resipi kejayaan untuk menambahkan ilmu. Jangan mudah lalai dengan gangguan luar hingga hilang fokus dan tidak bersemangat.
Ingatlah ketika menuntut ilmu, kesukaran dan kesenangan telah ditetapkan sesuai dengan tahap dan keupayaan kita. 
Miskin harta tak apa jangan miskin ilmu.