Monday 20 November 2017

DOA BAIK BAIK



Berkahwin itu ladang pahala. Banyak pahala diberi oleh Allah SWT. Contohnya solat bujang mendapat 1 pahala dan solat orang yang sudah berkahwin 70 pahala. Banyakkan!. Maka, lekas-lekas nikah. Sekiranya kita bertemu jodoh yang baik akan terbina keluarga baik, ahli keluarga jadi baik dan negara pun aman. 

Berkahwin itu sunnah. Nabi Muhammad SAW bersabda "tidak mengaku umatnya kepada sesiapa yang menolak perkahwinan". Doa baik-baik, inshaAllah jodoh ada dan terbaik. Sebab, kita tidak tahu apa yang berlaku dimasa akan datang.

Persediaan kita perlu jadi baik dan beriman agar kita mendapat pasangan orang yang beriman sama macam kita. Apabila kita membuat keputusan memilih, menentukan corak kehidupan kita 20 atau 30 tahun akan datang. Kalau boleh, ingin tamatkan perkahwinan kita dengan syurga. Bersedialah dari segi mental, fizikal dan emosi.

Untuk mendapat jodoh, perlu ada skrip. Senaraikan ciri-ciri idaman dan bandingkan dengan diri. Kalau kita tidak ada sifat orang yang beriman, biasanya sukar untuk kita bertemu orang yang begitu. Bagi orang yang beriman tentu akan berulang-alik ke masjid dan menghadiri usrah dan sibuk mencari ilmu. Maka kecenderungan untuk dirinya bertemu yang beriman adalah amat tinggi.

Berikut contoh ciri-ciri idaman lelaki: Cantik dan sejuk mata memandang, taat suami, suka agama, slim/tubuh kurus, sabar, gemar memasak, Bijak menguruskan keluarga, ada pekerjaan yang baik, berpendidikan dan cerah atau putih.  Kemudian bandingkan match ke tak dengan diri kita termasuk perangai.

Doa dan solat Istiqarah. Doa baik-baik dan sentiasa positif. 







Monday 13 November 2017

PERBEZAAN MASYARAKAT KOLEKTIVISMA & INDIVIDUALISMA


DEFINASI
MASYARAKAT KOLEKTIVISMA
(MALAYSIA DAN ASIA AMNYA)
MASYARAKAT INDIVIDUALISMA (BARAT/ANGLO-SAXONS (ORANG AMERIKA, AUSTRALIA, BRITISH DAN KANADA)
1
Ukuran hubungan manusia dengan alam semula jadi
Harmoni (Harmony)
Kawalan (Control/Mastery)
2
Ukuran betapa pentingnya diberi kepada pencapaian hubungan daripada kerja/tugas
Hubungan (Relationship) 
Tugas (Task)

3
Ukuran keutamaan  diberi kepada pangkat dan  status daripada isu sama rata/persamaan
 Hiaerki (Hierarchy)

Sama rata (Equality)

4
Prinsip yang digunakan dalam mengawal tingkah laku samada di kawal oleh faktor luran (Shame) atau dalam diri masing-masing (guilt) 
Malu (Shame)

Rasa Bersalah (Guilt)

5
Ukuran sejauh manakah komunikasi bergantung kepada faktor luaran, perbezaan situasi dn konteks, isyarat non-verbal
Komunikasi berkonteks tinggi (High context communication)
Komunikasi berkonteks rendah (Low context Comm.)
6
Prinsip yang digunakan dalam mengawal tingkah laku samada secara circular (berliku-liku) or sequential (berturutan)
Masa berorientasi polikronik (Polychronic time orientation)
Masa berorientasi monokronik (Monochronic time orientation)
7
Ukuran keutamaan saling kebergantungan dengan orang lain
Kami/Kita (We )

Saya (I)
8
Darjah pengaruh keugamaan berbanding sekularisma dalam melakukan kerja/tindakan
Keugamaan (Religious)

Sekular (Secular)