Islam mengajar pelbagai sudut kehidupan bagaimana berhubungan
manusia, hubungan Tuhan, hubungan dengan bumi dan langit, hubungan dengan lain
dan sebagainya. Islam mengajar untuk tutup aurat, cara berekonomi, bernikah,
poligami hanya boleh sampai empat orang sahaja kalau lebih itu sifat binatang. Kahwin
ramai mesti adil, berperang ada caranya, berdamai, bersyair, menyanyi,
berhibur, bermain sukan, nak cari harta banyak boleh tapi mesti halal, duit
banyak perlu zakat dan sedekah. Semua aktiviti yang ingin dilaksanakan ada
batas. Semua ada Islam yang merangkumi semua perkara
Sesiapa yang beriman dan percaya pada Allah, beramal ikut
cara Islam (etc: solat, ekonomi, pergaulan) iaitu semua ikut dengan Islam
adalah orang beramal soleh. Amalan soleh terlalu banyak. Setiap sendi, setiap
detik, setiap saat dan setiap ruang ada beramal soleh. Contoh: Mengalihkan duri
tengah jalan, mengalihkan batu tengah jalan tanpa menunggu pihak berkuasa
mengalihkan batu tersebut. Tanggungjawab dipegang hingga mati. Islam ada tanggungjawab
kepada masyarakat. Kalau semua orang Islam bertanggungjawab, dunia
menjadi aman.
Hidayah bukan sebab kita rajin mendengar ceramah agama
tetapi berkat buat amal soleh. Ada sesetengah masyarakat kita berpuas hati buat
maksiat kemudian apabila ada duit buat umrah. Itu adalah salah.
Sesiapa yang buat amalan soleh akan dimasukkan dalam
syurga.
*Sesiapa buat zalim ambil tanah orang, pada hari Kiamat
nanti, Tuhan bebankan 7 lapis bumi. Apa sahaja bentuk kezaliman tanah, kezaliman
keluarga. Akan belit dengan 7 lapis bumi (lebih teruk). Nak pikul tanah seguni
pun tidak larat bagaimana nak usung 7 lapis bumi.
Tuhan punya bumi dan kita sebagai tukang pegang amanah
sahaja. Tuhan yang memiliki segala-galanya. Semuanya di bawah kuasa Allah.
Beriman dan percayalah kepada Allah dan serah diri hanya pada Allah
No comments:
Post a Comment