Monday 4 February 2013

OH CHOLESTEROL


Ohh...Berat ku naik lagi.....
Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol . Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol yang berlebihan akan termendap di saluran darah dan akan menyempitkannya. Ia mengganggu sistem peredaran darah yang normal, seterus meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi, strok dan jantung.

Tahukah anda, kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan manusia yang merupakan komponen asas untuk membran sel, penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati manusia boleh menghasilkan kolesterol secara semula jadi. Kolesterol terdapat di dalam makanan bersumberkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.



Rawatan
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita seperti mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.

Apakah Makanan Pilihan

a.          Hadkan pengambilan kolesterol kepada melebihi 300mg sehari;


b.          Kurangkan pengambilan makanan tergoreng dan berlemak tepu seperti berikut:

·            Kaki ayam, lembu, kambing dan lain-lain

·            Krimer, susu pekat manis, minyak sapi

·            Susu penuh krim dan hasilnya

·            Sosej, burger, daging cincang

·            Kulit ayam, lemak daging

·            Santan, kerisik kelapa

·            Marjerin dan mentega

c.          Tingkatkan pengambilan serat. Amalkan memakan buah-buahan 1-2 hidangan sehari dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari;

d.          Berhenti merokok dan elakkan minuman beralkohol; dan

e.          Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu


HIDANGAN
KURANGKAN INI
PILIH YANG INI
Nasi/Bijirin
Nasi Beriani, Nasi Lemak, Nasi Bukhari, Nasi Goreng, Nasi Ayam
Nasi Putih, Nasi Air, Oats, Nestrum
Mee/Mihun
Mee Kari, Mee Goreng, Mihun Goreng, Kuey Teow Goreng, Mee Bandung, Laksa Lemak
Asam Laksa, Mee Rebus, Mihun Tom Yam, Kuy Teow Sup, Mee Hailam, Laksa Penanf
Roti
Roti Canai, Roti Boom, Roti Prata, Roti Telur, Martabak
Roti Fiber, Roti Putih, Capati tanpa Ghee, Tosai
Lauk
Masak Lemak, Masak Rendang, Masak Goreng, Kari Bersantan, Masak Percik, Sup Ekor, Gulai Kawah
Masak Sup, Masak Singgang, Masak Tom Yam, Panggang/Bakar, Kukus/Rebus, Masak Asam Pedas, Kari Tanpa Santan
Sayur
Masak Lemak, Kerabu Bersantan, Sayur Goreng
Sup Sayur, Sayur Air, Sayur Celur/Rebus, Ulam-ulaman
Kuih muih
Kuih Segoreng, Kuih Bersantan
Kuih Kukus, Popia Basah, Tauhu Sumbat, Apam tanpa Kelapa, Sandwic
Buah
Jemput-jemput, Pisang Goreng, Ubi Goreng, Jagung+Marjerin
Buah-buahan segar, Pisang Rebus, Ubi Rebus, Jagung Rebus

No comments: