Suatu hari berlangsunglah perkahwinan antara Fad dan Olin, sepasang kekasih yang sungguh intim. Mereka menjalani kehidupan berumahtangga dengan penuh bahagia. Cuma sekali sekala ada beberapa hal yang menyentuh.
Suatu hari Olin berkata kepada suaminya, “Bang, Lin baru baca satu artikel tentang bagaimana memperkuatkan keintiman kita. Kita disarankan agar mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan berbahas bagaimana kita boleh mengubah hal-hal itu dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia.”
Fad bersetuju dan mereka memikirkan hal-hal dari pasangan yang tidak mereka sukai. Sebelum itu telah berjanji agar tidak tersinggung ketika pasangan mencatatkan hal-hal yang kurang baik sebab hal ini untuk kebaikan mereka bersama.
Besok pagi ketika sarapan, Olin berkata, “Biar Lin mulai dulu bang.” Dia pun mengeluarkan kertas yang ditulisnya, sampai tiga muka surat. Ketika dia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak disukainya terhadap Fad dia melihat air mata suaminya mulai mengalir. “Kenapa bang? Apakah abang nak Lin berhenti?’ tanyanya.
“Oh tidak, teruskan,” jawab Fad.
Lalu dengan teragak-agak Olin meneruskan pembacaannya. Apabila selesai dia berkata, “Sekarang giliran abang pula.”
Lama Fad diam. Dengan suara perlahan akhirnya dia berkata, “ Abang tidak mencatat sesuatu apapun. Abang berfikir bahawa Olin sudah sempurna, dan abang tidak ingin mengubah diri Olin. Olin adalah diri Olin sendiri. Olin cantik dan baik bagi abang. Tiada satu pun dari peribadi Olin yang abang rasakan kurang.”. SubhanaAllah
Olin tersentak. Tersentuh hatinya oleh penyataan isi hati suaminya itu, bahawa suaminya menerimanya seadanya. Dia tertunduk dan menangis. Patutlah Fad sentiasa mengalah apabila belaku perselisihan, rupanya dia hendak kesesuaian dengan diriku dengan melupakan sama sekali setiap keburukkanku….
No comments:
Post a Comment