Matanya memandang sayu ke arah matahari yang hampir terbenam. Angin bertiup dengan tenang. Alhamdulillah, aku masih berkesempatan menikmati kurniaan Mu ini Ya Allah. Apa yang suamiku buat ketika ini? Agaknya saat-saat dilaluinya kini sama seperti ketika kami berdua dahulu.. Aku tersenyum kelat. Adakah manis hidup bermadu.? Aku mengigit bibir, sampai jari jemariku menguis-nguis pasir yang ada disekeliling. Mataku masih memandang ke arah keindah Tuhan yang terlalu ku kagumi.. Subhanallah.. Kenangan lalu mengulit kembali. Ya,di tempat inilah kenangan sewaktu kami berdua berbulan madu.
” Tenang kan Ika. Abang memang suka udara yang tenang macam ni. Nasib baik isteri abang ni punjenis yang sukakan suasana laut macam abang juga.” Aku tersenyum bahagia. Dia juga begitu. Tangan kami bergenggam erat.
” Tengok ombak tu.” Aku memandang ke arah hala yang ditunjukkannya.
”Hidup ni ibarat ombak. Kadang-kadang ombak ni kuat mengganas, tapi kadang-kedang deruannya kita terasa lembut bisa bagi ketenangan pada yang mendengarnya.” Aku tersenyum. Dia memang bijak berkata-kata.
” Jadi..?” Soalku seperti tidak mengerti maksud kata-kata itu.
Azam, suamiku. Dari pertama kali aku mengenalinya ternyata aku terpikat dari cara ketenangan yang dipamerkan melalui perwatakannya. Sewaktu kami bercinta hinggalah kini setelah meniti ke alam perkahwinan, dia la sumber rujukan dan pakar kaunseling yang akan aku rujuk bila aku menghadapi masalah. Tapi pada masa kini, aku akui aku terpaksa membelakangi nya. Aku lari dari masalah. Aku lari dari terus berdepan dengannya, kerana aku wanita tak mampu untukku melihat dia bersama insan lain selain dariku. Maafkan Ira, bang. Walaupun pernikahan abang ini adalah permintaan Ira dan restu Ira, tapi Ira belum mampu untuk berdepan saat abang melafazkan ijab pada wanita selain Ira. Air mataku menitis. Ya Allah, berikan kekuatan pada hambaMu ini.
” Kamu ni Azam sampai bila sanggup kamu tunggu si mandul tu. Dah 4 tahun masih jugak tak ada apa-apa tanda. Berubat rasanya dah 1 Malaysia kamu dah tawaf tapi berhasilnya tak juga.” Aku menelan air liur, terasa kelat. Aku yang berada di dapur jelas kedengaran perbualan di antara ibu mertuaku dengan Azam.
” Mak. Tak baik mak cakap macam tu. Belum ada rezeki lagi.” Azam bersuara tenang cuba mengawal ibunya.
” Habis tu bila nak ada rezekinya, Keturunan aku belum ada lagi yang mandulnya. Aku tahu masalah ni bukan berpunca dari kamu .” Hatiku tersentap. Pedih rasanya mendengar kata-kata dari Pn Maznah ibu mertuaku.
” Memang patut dia dengar. Apa masalahnya Azam, kamu tu mampu. Kahwin la lagi satu. Kamu nak aku mati sampai kempunan aku tak sempat tengok keturunan sendiri”
” Mak..” Azam semakin merayu.
” Kau ni kayu ke apa! Tak ada perasaan ke. Mak ni dah tua Azam. Mak nak kan cucu zuriat dari kamu. Dah la kamu satu-satunya anak tunggal mak.”
” Mak, sampai bila-bila Azam tak kan menduakan Nadhirah. ” Azam semakin merintih meminta pengertian dari ibunya. Hatiku semakin sebak. Air mataku mengalir laju. Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ini. Aku mengambil cawan lalu menyusun ke talam untuk ku hidangkan pada ibu yang baru sampai. Kuatkan hati hambaMu ini YaAllah. Mana mungkin dapat aku berhadapan dengan ibu yang sentiasa memberi tekanan dalam keluarga ku ini hanya kerana kami masih belum mampu mempunyai zuriat.
Aku melihat wajah di cermin. Agak lesu wajahku sejak akhir-akhir ini. Aku menyisir rambutku lembut. Satu ciuman tiba-tiba singgah di pipiku. Aku tersenyum memandang ke arah suami yang amat ku cintai.
” Kenapa hari ini muram je isteri abang ni. Ira ada masalah kat tempat kerja ke?” Azam bertanya sambil badannya berlabuh ke atas katil. Dia mengambil buku membelek-belek tempat yang belum habis dibacanya. Aku mengigit bibir, ada sesuatu yang ingin aku katakan. Aku melabuhkan punggung ke katil.
” Mana ada muramnya. Ni Ira boleh senyum lagi.” Aku cuba berjenaka. Azam tersenyum memandangku.
” Abang nak Ira tolong picitkan kepala ke.?’ Aku bertanya lembut.
” Tak payahla sayang. Sayang pun penat kan. Tidur la dulu.Abang belum mengantuk lagi ni. Esok badan segar sikit nak bangun pagi.” Ujar Azam sambil memakai kaca matanya.
Aku berbaring di dadanya. Memegang tangan yang kasar. ” Saya nak berkawan dengan awak ni bukan nak buat main-main, tapi nak jadikan isteri. Saya yakin, pertama kali saya jumpa awak, hati saya kuat mengatakan yang awaklah jodoh saya.” Masih ku ingat kata-kata itu. Aku tersenyum lagi.
” Hah.. dia dah senyum sorang-sorang pulak.” Hidungku dicuit.
” Kenapa dengan isteri abang ni. Macam ada nak cakapkan sesuatu je.” Kenangan lamaku berlalu apabila dikejutkan Azam. Aku kembali mengingati niatku tadi. Aku mengambil nafas, seakan mencari kekuatan.
” Dah 4 tahun kan bang kita menanti.. sunyi rasanya duduk berdua macam ni. Abang pun dah tua, tapi anak belum ada lagi. ”
” Bukan belum ada, tapi belum ada rezeki.” Seperti biasa, itulah kata-katanya untuk mengingatkanku.
Aku memulakan perbualan. Azam membisu. Mungkin masih menunggu aku menyambung bicaraku.
” Abang, Ira setuju saja dengan cadangan mak semalam.” Laju aku menuturkan kata.
Azam mengeluh perlahan. Buku yang dibacanya ditutup perlahan. Matanya memandang tepat ke anak mataku. Aku masih menanti bicara darinya, sedangkan hatiku ketika itu masih berdebar-debar. Perlahan-lahan dahiku dicium lembut.
” Kita tidur yea.” Aku terkedu. Dia seolah-olah ingin menamatkan bicaraku tadi.
” Ira tunggu abang di cafe Sri Murni yea.” Aku menghantar sms ringkas kepadanya. Ada niat ingin aku kotakan untuk Azam. Aku sabar menantinya. Mataku masih melilau-lilau mencari kelibatnya. Tanganku memegang kemas gambar seseorang yang ingin ku tunjukkan padanya. Aku mengukir senyuman apabila melihat dirinya muncul juga.
” Maaf, abang lambat sikit sayang.” Dia menarik kerusi dan duduk dihadapanku.
” It’s ok.” balasku ringkas sambil mengukirkan senyuman.
” Sayang dah order makan ke?” Aku menggeleng.
“ Kenyang lagi la bang.”
” La.. dia ajak kita makan tapi dia pulak yang dah kenyang.” Ujarnya selepas memesan makanan. Aku masih lagi tersenyum.
” Ada apa yang nak dibincangkan.” Tanyanya lagi. Perlahan-lahan aku menghulurkan gambar seseorang untuk diberikan kepadanya.
” Kenapa dengan gambar ni.” Azam masih bertanya.
” Khatijah namanya abang, kawan Ika. Ibu tunggal, anak seorang.” Azam mengerutkan kening.
” Ira tahu abang berkemampuan, seikhlas hati Ira izinkan. Abang pun tahu kan digalakkan kita sebagai hamba Allah ni membela nasib ibu tunggal, betul tak bang.” Tangannya ku genggam kemas.
” Ira.. apa ni. Kan abang tak suka Ira bincangkan hal ni.” Nada suara Azam sedikit terkejut. Mungkin dia tidak menjangka tindakanku.
” Abang kena dengar dulu cadangan Ira. Ira tak mampu nak beri zuriat untuk abang, dan sekarang ni Ira izinkan abang...” Belum habis aku berkata-kata Azam bingkas bangun.
” Abang tak suka dengar perkara ni lagi. Buang jauh-jauh cadangan Ira tu.” Suara Azam meninggi. Aku terpinga-pingga apabila dia bingkas bangun meniggalkan ku. Marah benarkah Azam.
Sejak dari peristiwa itu, hubungan ku dengan Azam sedikit suram. Aku sendiri seakan-akan kelu apabila ingin berdepan dengannya. Azam pula seolah-olah masih lagi marah dengan tindakanku.
” Dah masuk maghrib. Tak nak sembahyang ke?” Aku sedikit tersentak. Tiba-tiba diriku ditegur Azam.
” Kita solat bersama.” Suara mendatar, tidak seceria dulu. Aku hanya mengangguk.
Aku mengaminkan doa yang dibaca olehnya. Azam mengalihkan badannya menghadap ke arahku dan aku lantas menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
” Ampunkan Ira bang.” ucapku perlahan. Dia mengangguk. Dahiku kemudian dikucup lembut. Mata kami kemudian bertaup.
” Abang pun minta maaf. Abang tak bersedia bila Ira cadangkan perkara tu.”
” Abang tak sanggup menduakan hati abang pada orang yang abang sayang.”Hatiku tersentap. Dadaku rebah didadanya.
” Kenapa Ira boleh terfikir sampai macam tu? Itu bukan penyelesaian segala-galanya.” Azam bersuara tenang.
” Cara yang bagaimana lagi bang. Ira dah penat menunggu. Ira cuma mengharapkan zuriat itu, benih dari abang, biarpun bukan dari rahim Ira yang mengandungkan anak abang.” airmataku mula menitis. Suasana sepi kembali.
” Abang sayangkan Ira.?” Soalku. Mataku memandang lembut ke arahnya.
” Sebab abang sayangkan Ira la abang tak sanggup nak menduakan orang yang abang sayang. Hati abang hanya untuk Ira.” Aku menutup mulutnya.
” Penuhi permintaan Ira yang satu ni. Ira merayu.. kalau abang sayangkan Ira..” Aku merintih. Azam ku lihat memandangku resah.
” Setujulah abang. Tolonglah penuhi permintaan Ira.”
Azam membisu.
” Tolongla bang. Untuk ra, tolongla setuju. Percayalah, Khatijah wanita yang Ira cari untuk abang tu, perempuan baik bang. Anggap ini pengorbanan abang dalam usaha kita membantu wanita seperti Khatijah bang.” Azam tidak membalas kata-kataku.
Ternyata berita yang kusampaikan pada ibu ternyata mengembirakannya. Aku menyerahkan segala-galanya kepada ibu. Biar dia sahaja yang uruskan.
” Kau ni gila la Ira.” Suria menggeleng-geleng tidak percaya dengan tindakan ku. Tohmahan itu yang kuterima dari rakan-rakan yang rapat denganku.
Hari yang dirancang semakin tiba. Hatiku semakin berdebar-debar. Azam yang berkahwin, tapi kenapa gelojak perasaan ini semakin melampauinya. Aku merancang sesuatu diluar pengetahuannya. Kepada Azam aku katakan padanya tentang kursus yang terpaksa aku hadiri di luar kawasan semenanjung pada tarikh pernikahannya nanti. Aku terpaksa berbohong. Maafkan Ira bang. Ira perempuan bang, Ira masih belum kuat untuk medengar lafaz nikah yang akan abang ucapkan pada insan selain Ira.
Aku bersendirian. Menuju ke destinasi yang cukup memberi kenangan antara aku dengan Azam.. sengaja aku mematikan telefon, aku tidak mahu Azam tahu di mana aku ketika ini. Terbayang-bayang seri Khatijah, rakan sepejabatku. Aku tahu, dia mampu mengembirakan Azam.. Masih sayang lagikah Azam kepadaku saat dia telah mempunyai insan lain selainku. Berat benar ujianmu ini ya Allah. Tapi aku redha.
************************
” Ira....” Namaku dipanggil lembut. Berat terasa kelopak mataku ini untuk kubuka.Aku kenal suara itu. Aku terlalu rindukan suara itu.
” Abang...” Sahutku. Hatiku tiba-tiba menjadi sebak. Aku membuka mata perlahan-lahan. Di mana aku ketika ini? Tanganku erat digenggamnya. ” Ira sayang..” Dahiku dikucupnya... badanku terasa lemah... wajah suami yang ku rindui kini berada di depan mata.
” Ira kat mana ni bang..” Badanku terasaku terasa lemah.. Seingat-ingatku, kali terakhir aku berada di pantai. Mengambil angin di laut... Tapi..
” Ira pengsan di pantai semalam.. nasib baik ada orang yang nampak. Di bawanya Ira ke sini..” Aku memandang insan yang berdiri di sebelahku.. Oh!Azam datang bersama Khatijah. Aku mengukir senyuman, walaupun badanku terasa semakin lemah tatkala melihat mereka berdua. Mengapa aku berperasaan begini, sedangkan aku yang mengizinkannya menikahi Azam.
” Selamat pengantin baru, bang. ” Aku mengucapkannya perlahan sambil mengukir senyuman memandang ke arah Khatijah yang berseri-seri.
Khatijah menghulurkan tangannya kepadaku. Inai masih merah di jarinya, tapi di jari Azam.. Muncul seseorang yang tidak ku kenali. Dia lantas memegang tangan Khatijah. Aku semakin pelik.
” Ucapan tu bukan pada abang, tapi Khatijah dengan Arif. Kenalkan ini Arif kawan sepejabat abang. ” Aku tersentak. Berkerut dahiku. Azam tersenyum memandangku.
” Allah dah suratkan jodoh Khatijah untuk Arif, rakan sepejabat abang ni. Allah juga dah suratkan yang hati abang ni hanya pada isteri abang yang seorang ni..” Aku terharu. Air mataku mengalir...
” Maafkan Ira.” Aku mencium tangannya.
” Lepas ni Kak Ira nak ke mana-mana dah tak boleh pergi sorang-sorang tau.” Khatijah bersuara ceria. Azam memandangku sambil tersenyum lebar. Aku memandangnya pelik.
” Orang tua-tua kata, isteri yang mengandungkan anak pertama kalau tak ada suami di sisi nanti anak tu keluar mukanya masam sebab tak selalu dapat perhatian.” Khatijah tersenyum.
Aku lantas memandang Azam.
” Abang, Ira...” Azam mengangguk.
” Tuhan dah makbulkan doa kita berdua sayang.” Tak tergambar perasaan ku di saat ini. Mata Azam berkaca menahan tangis.
” Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.” Kalimah itu yang mampu aku lafazkan.. di sebalik ujian yang Tuhan berikan, pasti ada hikmah yang menanti...
Sekian.
No comments:
Post a Comment