Rugi bagi orang yang diberi anugerah kehidupan tapi tidak dapat mendampingi dan memahami al-Quran. Masyarakat Melayu umumnya boleh membaca al-Quran. Hanya dengan ilmu kita boleh memahami al-Quran. Al-Quran benar-benar merupakan hidangan Allah kepada manusia. Ia satu rahmat bagi manusia (umat Islam). Rugi kalau kita tidak tahu sepatah pun dari al-Quran walaupun kita tahu segala ilmu yang lain.
Al-Quran merupakan peringatan bagi orang yang hidup. Kalau seseorang itu tidak mendapat peringatan dengan al-Quran dan kematian, apa lagi yang dapat memberi peringatan kepadanya?. Fahami al-Quran merupakan nikmat yang sebenar.
Ikuti Nabi Cara Syukur Nikmat Islam
Menjalani kehidupan mengikuti sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW adalah cara mensyukuri nikmat Islam yang merupakan satu cara hidup. Rasulullah SAW menunjukkan apa yang terbaik dalam kehidupan peribadi, berkeluarga atau bermasyarakat. Kita perlu pada semangat mencari ilmu kerana Islam yang syumul itu hanya boleh difahami, diamalkan dan dihayati dengan ilmu.
Oleh itu, kita kena memahami Islam. Reda kepada perkara sesuatu kecuali kita memahaminya. Manusia menjadi musuh apa yang tidak diketahuinya. Seperti Sayidina Umar, memusuhi Islam dan Rasulullah SAW tetapi apabila memahami Islam, Dia reda dan akhirnya menerima Islam. Syariat mesti difahami dengan ilmu dan hendak merasai nikmat Islam pun dengan ilmu.
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36)
Berfikir Datangnya Rasa Syukur
Berfikir atau bertafakur akan membuat manusia bersyukur. Apabila kita fikir tentang kehidupan, itu akan membuat kita bersyukur. Tetapi apabila kita hanya berfikir nikmat makan dan lain-lain nikmat semata-mata kita tidak akan nampak. Nikmat Allah SWT terlalu banyak tidak dapat dihitung tetapi ia bergantung pada bagaimana kita melihat kehidupan. Sebab itu Islam diasaskan kepada ilmu. Dengan ilmu, kita akan nampak nikmat Allah SWT yang amat banyak kepada kita.
Oleh itu, penglihatan, pendengaran dan hati itu perlu digunakan betul-betul. Kerana ketiga-tiga ini diberi juga oleh Allah SWT pada binatang tetapi mulianya manusia pada akal fikiran dan takwa.
No comments:
Post a Comment