Blurr apabila bermain soal hati..:)
Selalu bertanya dengan diri, siap jodohku, di mana dia dan bagaimana rupanya?. Kalau kita melihat orang lain sangat dimudahkan segala urusan dari segi kerjaya, taraf hidup dan jodoh. Semuanya lancar. Tetapi diri kita pula? Tidak seperti itu. Tak tau la…
Jodoh itu seperti rezeki, ianya telah ditentukan. Kita sendiri tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita?. Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Maka, berusahalah dengan baik, Allah tidak akan mengecewakan kita.
Jodoh itu seperti rezeki, ianya telah ditentukan. Kita sendiri tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita?. Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Maka, berusahalah dengan baik, Allah tidak akan mengecewakan kita.
Tiada kata ‘tidak’ untuk membohongi rasa hati. Mencintai dan menyukai seseorang yang terlekat di hati. Aturan Allah dalam pemilihan jodoh itu sungguh indah. Meskipun diduga dengan pilihan, tetapi yang direstui itu juga yang dinikahi.
Tapi ingat…Jangan terlibat dengan mukadimah zina. Syaitan pandai, kita lalai.
Ini zaman fitnah. Pintu perkahwinan ditutup rapat, pintu perzinaan dibuka luas-luas. Sistem dan budaya sekarang memerangkapkan kita. Jangan fikir hanya soal hati… fikir juga soal waqi’ dan realiti. Lawan-lawan. Insha’Allah, Allah akan memberi pembelaan.
Kadang-kadang hati ini jahat, mencintai tunangan atau kekasih orang. Mencuba dan mendoakan agar tunangan atau kekasih orang mencintai diri kita. Walaupun perbuatan itu salah, tidak memberi kebaikan dan keberkatan. Namun, hati ini tetap degil!. Sanggup keluar bersama-sama. Tidak takut akan terbakar dunia dan akhirat (nauzubillah).
Apa boleh buat, berdoa sahaja untuk mendapatkan yang terbaik tanpa mengkhususkan ‘siapa’ kerana mendoakan pasangan orang seperti mendoakan agar dia putus kasih. Terlalu cinta pun kalau hak orang nak buat macam mana? Itu sudah ditakdirkan yang kita tidak berjodoh. Carilah yang lain….sesiapa yang sudi.
Berhati-hatilah, cinta bukan Tuhan yang perlu diikut kemahuannya tanpa fikir halal dan haram.
Dulu saya impikan lelaki yang beragama seperti perwatakan ala-ala ustaz…tapi indah luaran dan hipokrit. Tidak menjaga batas-batas agama terutamanya pergaulan. Boleh pulak keluar bercouple.
Saya suka mencari kesempurnaan orang padahal diri sendiri tidak sempurna. Terlalu mencari kesempurnaan adalah usaha yang paling tidak sempurna terutama dalam mencari jodoh. Akhirnya, saham tidak laku-laku.
Pengajarannya kita perlu berhati-hati tetapi pada masa yang sama perlu berprasangka baik.
Kalau difikirkan untuk mendapatkan semua sifat-sifat baik bakal pasangan memang sukar. Tetapi mengharapkan pilihan yang terbaik adalah agamanya dan elok akhlaknya, Insha’Allah semuanya baik. Bila bertemu sahaja yang berkenan, istikharah, buat keputusan dan terima. Insha’Allah, jika kita baik, Allah akan rezeki kan jodoh yang baik untuk kita. Amin
Apabila seseorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal ke dua. Tapi pelik, ada juga lelaki masih lagi memburu cinta.
Kita hamba Allah dan Khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah. Bagi melaksanakannya, kita perlukan seorang wanita yang ada ilmu, akhlak, sifat pengorbanan dan kesetiaannya.
Bagaimana dengan cantik? Tidak pentingkah? Hakikatnya kecantikan wanita tidak sama. Malah berubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi akhlak yang baik lebih kekal sifatnyanya.
Wanita yang sederhana wajahnya nampak manis apabila sentiasa senyum, sedia membantu dan memahami hati suami. Kelihatan sederhana pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati.
Mencari ‘abang bayangan’ maka jadilah orang baik dan ikutlah pilihan orang yang baik.
Andai takdir pahit, terimalah sebagai ubat. Kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik tetapi ditakdirkan pasangan yang bermasalah…bersabarlah. Katakan pada diri itulah jalan yang ditentukan Allah untuk mendapatkan syurga. Rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayub atau kesabaran isteri bernama Asiyah.
No comments:
Post a Comment