Sunday 12 June 2016

MELABEL WANITA JODOH LAMBAT

Mmm…nafasku menjadi panjang.  Kenapa tiba-tiba je terasa ingin sekali menulis mengenai andartu (anak dara tua) atau andalusia (anak dara lanjut usia). Sebenarnya, label itu amat sensitif kepada mereka yang masih belum berkahwin. Amat menyakitkan yang mana memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi.
Suami-istri-siluet-640x411 - The BestHakikatnya, ramai wanita masa kini masih belum lagi bertemu jodoh. Cukup ramai dan membimbangkan. Ada seorang kenalan lelaki pernah bertanya “mengapa wanita sekarang berkerjaya, umur sudah lanjut masih tidak bertemu jodoh? Adakah mereka memang suka hidup tanpa seorang suami?.
Wanita bukannya tidak ingin berkahwin, tetapi tidak ramai lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana memikat hati banyak wanita. Tunggu punya tunggu tidak ada juga orang yang sudi, akhirnya masa berlalu. Takut juga kalau tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.
Kenapa lambat berkahwin? Bukan sebabnya terlalu memilih jauh sekali menafikan sunah Nabi SAW. Wanita tidak boleh hidup keseorangan. Amat memerlukan teman. Pernah kenalan menangis kerana kesunyian dan kesepian. Itulah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Untuk lelaki, cinta lelaki yang tidak bersedia hanya mencuri perasaan wanita walaupun niatnya baik, berdiam diri itu adalah lebih baik dari mengganggu emosi wanita. Jangan jiwang sangat. Jiwang sorang-sorang sudahlah. Yelah, bila niat lelaki itu untuk mencari calon isteri dan meluahkan perasaan kepada wanita. Tidakkah itu menganggu emosi wanita? Bila sanggup lamaran itu, lelaki senyap. Tidakkah itu amat Menyakitkan hati perasaan wanita?
Sayangnya, masyarakat mudah melabelkan wanita lewat jodoh dengan pelbagai gelaran dan tidak berusaha untuk mencarikan calon yang sesuai. Bagi mereka yang sudah berjodoh, syukuri dan manfaatkanlah sebaiknya. Sesungguhnya, sebuah perkahwinan itu terdapat banyak pahala. Wallahualam.

No comments: