Thursday 8 September 2016

TIDAK SOLAT, SIBUK SANGAT KE?



Solat menjadi cahaya di akhirat kelak dan juga sebagai 'burhan' (hujah dan dalil) atau menjadi peguam bela kepada empunya solat itu di Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil.

Segala hujah dan dalil (burhan) menjadi kata pemutus yang diterima Allah SWT. Secermat mana seseorang itu melakukan ibadat solat maka segagah itu pula pendirian mereka di mahkamah akhirat.

Justeru "burhan" itu lebih kukuh kedudukannya berbanding saksi kerana kedudukan saksi ada kalanya ditolak oleh mahkamah di sebabkan beberapa kelemahan yang ada pada saksi berkenaan.

Terserah pada setiap orang beriman dan sudah akil baligh mereka mengetahui selok belok alam akhirat mesti ditempohnya. Tepuk dada tanya iman sama ada hendak melakukan solat dengan crmat dan khusyuk atau sebaliknya. Terserah untuk memilih sesuatu yang bermanfaat atau yang mendatangkan risiko negatif.

Bagi orang yang mengharap kejayaan menghadapi mahkamah akhirat sudah pasti akan melaksanakan fardu solat ibarat solat seperti kali yang terakhir dalam hidupnya. Iaitu solat yang paling khusyuk dan cermat kerana selepas itu belum pasti akan bertemu dengan waktu solat lagi.

Padah buruk mereka orang yang abai dan mensia-siaan solat sama ada tidak tunai solat langsung atau solat ala kadar sebagai mana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang abai dan mensia-siakan solat, mereka akan dikumpulkan diakhirat kelak bersama Firaun dan Haman".

Persoalannya mengapa dikumpul bersama Fiaraun?. Berdasarkan keajian orang yang abai solat itu sering menggunakan alasan sibuk dengan tugas sama ada sibuk urusan ekonomi, mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Firaun menjadi simbol kepada segala kesibukan dan kekalutan mengurus dunia dan kekuasaan meliputi pemerintahan negara Mesir. Menguasai rakyatnya yang diperhambakan secukupnya terutamanya untuk projek membina beberapa piramid dengan teknologi primitif.

Untuk projek tersebut memerlukan jutaan ketukan batu yang setiap satu bertan-tan beratnya. Batu tersebut dipotong dari bukit-bukit dan diangkat dari satu lembah ke kawasan khas untuk membina piramid itu. Dengan teknologi kuno, tentu sekali banyak menggunakan kudrat manusia secara paksa yang berteraskan hamba abdi.

Dalam situasi demikian, semestinya Firaun sangat sibuk dengan projek raksasa hingga dapat disaksikan oleh manusia akhir zaman.

Justeru itu, orang yang tinggal solat dijanjikan oleh Nabi SAW dibangkitkan di Mahsyar kelak bersama tokoh paling sibuk di dunia iaitu Firaun. Mengapa dengan Firaun? Kerana Firaun sentiasa sibuk hingga lupa mentaati perintah Tuhan.






No comments: