Monday 16 January 2017

KENAL PSIKOLOGI KITARAN MANUSIA



PERINGKAT BAYI (0-2 TAHUN SELEPAS LAHIR)
  Bayi berkembang dengan pesat dalam aspek fizikal/motor, emosi, deria dan sosial.
  Peranan agen sosialisasi primer penting.
  Bayi belajar untuk percaya dan tidak percaya orang lain; belajar untuk menyatakan kasih sayang & kemesraan; cuba menguasai perkembangan (fizikal)
 Temperamen boleh dikesan pada tahap ini.

PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK (3 - 6 TAHUN)
  Perkembanganpesat dalam aspek fizikal, sosial, kognitif dan bahasa.
  Perkembangan konsep kendiri, identiti (tahap awal); rol gender; seronok bermain dengan orang lain.
 Hubungan ibu bapa dengan anak yang berkesan sangat kritikal.

PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK (7- 12 TAHUN)
  Kebolehan menulis, membaca dan matematik berkembang.
  Cuba berfikir secara logik untuk memahami dunia.
  Sekolah sebagai satu lagi sistem mikro.
  Perkembangan pesat aspek psikososial dan moral
    Perhubungan yang baik dengan keluarga sangat kritikal.

PERINGKAT AWAL REMAJA (13 – 15 TAHUN)
   Tempoh transisi antara alam kanak-kanak dan alam dewasa.
   Pertumbuhan pesat dan mencapai baligh; remaja perempuan lebih awal daripada remaja lelaki.
   Kematangan seksual; pemikiran olahan formal.
   Inginkan kebebasan dan autonomi; kawan menjadi semakin penting.

AKHIR REMAJA (16 - 19 TAHUN)
    Aspek kritikal perkembangan – pembentukan identiti.
    Perancangan untk kemajuan akademik, kerjaya masa depan, dan pekerjaan.
    Mula membentuk kelompok hubungan dengan rakan berlainan jauntina.

PERINGKAT AWAL DEWASA (20 – 30’AN TAHUN)
   Cabaran paling besar: membentuk perhubungan intim; tentukan pilihan kerjaya; dan bekerja.
   Membuat pelabagi keputusan kehidupan: perkahwinan, menjadi ibu bapa, dan mempunyai kerjaya yang stabil.
   Kemungkinan berlaku perceraian dan perkahwinan semula.
   Apa yang berlaku di peringkat ini akan mempengaruhi peringkat hidup yang seterusnya.

PERINGKAT PERTENGAHAN DEWASA (40 – 50’AN TAHUN)
    Mengejar masa.
    Membuat cerminan diri – mungkin mengalami krisis kehidupan.
    Lebih banyak kebebasan jika semua anka-anak sudah tinggalkan rumah.
    Berjaya dalam kerjaya.
    Perlu adaptasi jika berlaku perubahan seperti naik pangkat, pindah tempat tinggal.

PERINGKAT AKHIR DEWASA (> 60 TAHUN KE ATAS)
   Perubahan besar berlaku hampir dalm semua aspek kehidupan.
   Fokus terhadap penjagaan kesihatan untuk kesejahteraan hidup.
   Masa untuk ‘give back’ kepada keluarga, masyarakat dan negara menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada.


No comments: