ZURAIDAH MUDA

LoadsofLovesKnowledge

Wednesday, 21 June 2017

FUTURE


Posted by Nur at 21:28:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Matlamat pendidikan adalah matlamat BERSAMA untuk SEMUA. Maka muncullah konsep EMPATHY dan EQUALITY. Empathy kepada penyediaan program pendidikan yang mampu membawa SEMUA murid mengalami perubahan dan equity yang meletakkan murid kepada keperluan mereka yang berbeza-beza - untuk mencapai matlamat yang juga sama.
Dewasa Kan diri dengan menabur bakti kepada yang memerlukan. Jangan sombong dan selalulah ringan tulang untuk membantu. Mesti mempunyai sikap empati pada kesusahan orang. Ingat selalu apa yang ayah pesan—jaga agama dan angkat kemanusiaan.

TIDAK SEMUA KITA TAHU

Imam Asy Syaafi'ie rahimahullah: Tidak semua orang mengetahui akan semua jurusan Ilmu...TIDAK ADA. Sekalipun dia belajar seribu tahun, ilmu itu ibarat lautan luas terbentang...ambiklah dari setiap perkara apa yang terbaik. Imam Syafi'i rahimahullah mengatakan: “Penyakit ilmu adalah rasa bosan dan sedikit kesabaran dalam belajar dan meneliti.”

CARA MATI

Kata Imam al-Ghazali, cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Hakikat yang perlu diterima oleh manusia, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya.

EMPATI

Pendidikan meletakkan keutamaan EMPATI (rahmat) kepada murid dengan FITRAH dan POTENSI serta berusaha mencapai EQUITY. Rujuk Ali Imran ayat 153

SYURGA

Istiqamah itu payah reda dengan qadha qadar itu berat... sabar itu susah.. tawajjuh itu perit.. yang seronok ? ikut hawa nafsu..

MUSIBAH ADA MUSIBAH

Dalam musibah ada musibah. Iaitu ketika mana manusia diuji dengan musibah maka hatinya tetap lalai dari Tuhannya dengan meninggalkan solat! Musibahnya ialah dia kekal jauh dari Allah.

Beriman takdir:

1)Tidak hasad 2) tidak sombong 3) tidak riak 4) apa yang dimiliki sekarang sudah ditakdir sejak 50 ribu thn 5) Qana'ah - setelah berusaha, berdoa 6) berani dalam berdakwah. Yakin apa yang berlaku telah ditetapkan Allah 7)selalu berusaha sebab takdir rahsia Allah. CTH berusaha amalan soleh akan membawa ke syurga 8) hati selalu tenang

MESEJ SAMPAI

Tugas kita adalah untuk menyampaikan mesej, membangkitkan kesedaran, memberikan peringatan. Sentiasa perbaiki diri, persiapkan ilmu, lengkapkan diri dengan kemahiran. Ikhlaskan hati, terus beristiqamah. Yang penting, "Mesej sampai".

JANDA

Status janda bukan benda gurauan. Maka jangan bergurau dengan status janda. Qadha dan qadar kehendak Mutlak Allah. Jagalah maruah kaum wanita nescaya terhormatlah isteri kalian. Boleh jadi hari ni kita gelakkan orang esok lusa Allah matikan kita.. isteri kita di ketawakan orang. Jangan ingat umur, nyawa, nafas milik kita.

Turunkan ego. Tingkatkan taqwa.

Belajar untuk memaafkan, meminta maaf dan mengalah. "..dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q24:22)

40 TAHUN

Dari Ibn Abbas, ia berkata:"telah bersabda Rasullah Shallallahu alaihi wasalam : "barangsiapa yang mencapai umur 40 tahun, namun kebaikannya tidak melebihi keburukannya, maka bersiaplah untuk masuk neraka"

BERKAHWIN

Berkahwinlah dengan orang yang betul-betul menyayangi dan menghargai kamu. Kerana akhir zaman kasih sayang tidak lagi diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Anak-anak lebih mengasihi kawan-kawan berbanding ibu bapa, Isteri lebih mengasihi yang lain dari suami..

Tenaga pengajar percuma

Emel : zuraidahmuda@gmail.com

BANTU ORANG

Rasulullah saw selalu membantu semua orang bila-bila masa dan di semua tempat tanpa merasa penat dan letih tanpa mengharap apa-apa balasan. Sebab itu bila kita bantu orang ingat pada Nabi saw dan para sahabat yang kita buat terlalu kecil dan sedikit di banding yang Nabi saw dan para sahabat buat. Mereka pula tetap sabar dan bersungguh membantu orang lain sebab mereka yakin bantu orang lain adalah bantu diri sendiri dan pahalanya akan dapat pada kita bukan untuk orang lain.

Point Penting Amalan

Apa sahaja manusia buat Allah akan balas sejak dunia lagi tapi tidak sempurna. Akhirat akan disempurnakan balasan berdasarkan AMALAN. Untuk mendapat balasan terbaik mesti beramal didunia. Cara beramal ialah mendapat ilmu dan hidayah. Kerana amalan inilah Allah membalas dengan sempurna. Rujukan surah Muhammad ayat 17. Apabila seseorang mencari hidayah Allah akan tambah hidayah dan amalan juga bertambah dengan tadabbur Al-Quran...lubuk paling mahal dunia akhirat..

Ingatan

“Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan padamu pedihnya sebuah pengharapan agar kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selainNya. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya,” (HR. Muslim)

Gaduh Suami Isteri

Kepada suami isteri yang selalu gaduh gaduh. Perpatah... "Janganlah pertengkaran sejam menghancurkan cinta yang telah kalian dirikan bertahun-tahun lamanya..."

ORANG BAIK-BAIK

Kita jumpa orang baik baik... kita layan baik baik.. jaga baik baik. Sebab orang baik ni tak selalu datang. Jodoh pula, jaga amanah dengan baik dan jangan buat lebih kurang. Bagi didikan agama, nasihat, teguran dan paling penting bagi cinta pada dia...❤️

PENGHARGAAN SUMBER ILMU

Pengisian blog ini diambil dari pelbagai sumber ilmu. Tujuan blog ini untuk simpanan nota dan rujukan sendiri.

RUMAH TANGGA

Kata Umar bin al-Khattab: "memilih bakal isteri yang baik agamanya, memberikan nama yang baik kepada anak dan mengajarkan al-Quran (dan ilmu lain) kepada anak, menjadi pedoman berumahtangga..😄

ANAK

Kecenderungan anak untuk beribadah kepada Allah, itulah fitrah | 30:30 | Membiarkan anak bermain di usianya dikatakan fitrah, ini jelas keliru. Itu tabiat, bukan fitrah. Nilai-nilai tadayyun perlu ditanamkan pada usia kanak dan itu bersentuhan dengan fu'adnya yang menjadi ruang fitrahnya ni | 2:132|

Why do we DISLIKE DEATH?

Imam Anwar al-Awlaki beri sebabnya...iaitu kerana banyak dari aktiviti harian kita selama ni adalah untuk 'gembira tinggal' kat dunia saja. Kegembiraan hidup di akhirat nanti kita 'tak kisah' sangat. Sebab tulah kita tak suka...sering mengelak...dan cepat-cepat tukar topik kalau terdengar pasal MATI.

INSAF

Belajar agama mesti serius. Tengoklah cara kita belajar untuk hidup senang di dunia 60++ tahun. Bandingkan berapa masa kita luangkan untuk mencari ilmu agar hidup selesa di Akhirat?

Semua Kebaikan Untuk Diri Sendiri

Berulang kali Allah ingatkan dalam al-Quran bahawa segala usaha kebaikan yang dilakukan oleh manusia adalah untuk dirinya sendiri. Allah tidak memerlukan kepada amalan manusia. Kebaikan dan hidayah yang diberikan buat manusia semuanya adalah bagi membimbing manusia menjalani kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.

Ujian Dunia

Orang beriman berkata: "Mengapa harus takut dgn ujian hidup jika tu sudah ketentuan Allah sejak dari perut ibu lagi. Percayalah dgn kerajaan Allah yg Maha Mengetahui dan adil. Harungilah dgn sabar dan tabah sesungguhnya ada sesuatu yg menarik utk manusia yg beriman kerana Allah nk balas dgn sesuatu yg hebat utk kehidupan dialam kubur"

Sayang Anak

Kita bercakap banyak benda pada anak-anak tapi kita tak cakap pada mereka tentang Allah dan RasulNya. Kita 'sayang' lidah kita. Sayanglah pada anak-anak, masa depan mereka di akhirat nanti. Jangan sayang lidah kita tak kena tempat.

Realiti...

Sebagai seorang musafir ke akhirat, sentiasalah menyediakan bekalan yang cukup untuk pengembaraan seorang diri yang sangat jauh dan amat menakutkan..

Mahkamah Akhirat

Setiap manusia pasti bersuara nanti di hadapan mahkamah Allah. Urusan di dunia tidak habis begitu saja. Akhirat itu pasti dan di sana semua akan tersingkap dan terdedah. Jangan mencari keseronokan dunia yang sekejap ❤️

Penyakit suka popular

Diriwayatkan bahawa Imam Bisyr bin Al-Harith rahimahullah (wafat 227 H) menyebut; "..Tidaklah akan merasai kemanisan akhirat bagi orang yang suka dikenali oleh manusia (suka jadi popular)..." [Hilyah al-awliya, Abu Nuaym] # Mungkin inilah penyebabnya hati kita tidak merasai khusyuknya ibadah!

Pemberi Nasihat

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

Ingatan diriku

Sesungguhnya kata-kataku, perbuatanku, tulisan-tulisanku, komen-komenku, semuanya adalah amalan yang akan menemaniku setelah aku mati. Maka aku mesti berkata-kata dengan kata-kata yang baik, beramal baik, menulis perkara yang baik, memberi komen-komen secara baik - supaya amal baik itu menjadi temanku tatkala bersendirian di alam yang sunyi.

Hargai Isteri

Pesan, “Jaga dan bersyukurlah jika mempunyai istri yang qana’ah dan tidak hubbud dunya (cinta dunia), yang membantu istiqamah di jalan Allah, karena ia merupakan benteng yang Allah karuniakan untuk menjaga dari hubbusy syuhrah (cinta popularitas).”⁣ ⁣

Duhai diri...

Allah telah membelinya dengan syurga...jangan jual dirimu kepada dunia, kepada makhluk, kepada kelemahan dan kehinaan. Istiqomahlah memburu cinta Allah. Bersabarlah...tak lama, sedikit sahaja lagi. Hidup di dunia berbanding akhirat hanya umpama sedetik sahaja.

Jaga Hubungan Allah

"Jika engkau ingin anak-anakmu dijaga oleh Allah selepas kematianmu, maka perbaikilah hubunganmu dengan Allah sepanjang hidupmu."

Lelaki

Bagi lelaki untuk mendapat keseronokan, mereka berkawan dengan sesiapa saja dengan wanita. Namun, untuk menjadikan teman hidup kaum lelaki tetap memilih wanita baik, bersopan santun, berakhlak mulia dan pandai menjaga kerhormatan diri.

HATI

Jika hati baik, tutur kata menjadi lembut, bahasa menjadi indah dan nadanya menjadi merdu. Jika hati jahat, tutur kata menjadi keras, bahasa menjadi kasar dan nadanya menjadi celaru.

Jangan Pandang Rendah Orang

Jangan rendahkan orang walau 1 kekurangan.

Kata ulamak. Sibghah Allah/celupan Allah:

1) sesungguhnya dalam ketaatan kepada Allah ada cahaya dimuka 2) dadanya sentiasa lapang 3) badannya sentiasa cergas 4) hatinya sayang kepada orang lain dan orang lain sayang kepadanya

Elak

Mengelak ambil makan atau minum terlalu banyak gula, produk makanan ringan, pemprosesan, perasa masakan...

Panduan Sunnah memilih sahabat dan kawan

Diriwayatkan bahawa Imam Yahya bin Abi Kathir rahimahullah (wafat 129 H) pernah menyebut; 'Sebaik-baik saudara ialah yang berkata kepada sahabatnya, "Marilah kita berpuasa sebelum kita mati" Dan seburuk-buruk saudara ialah yang berkata kepada saudaranya yang lain, "Marilah kita makan dan minum sebelum kita mati." [Hilyah Al-Awliya, Abi Nuaym]

PROSES PANJANG

Menuju Allah prosesnya panjang memerlukan ikhtiyar (pilihan), iktisab (usaha) dan istiqamah (terus lurus). Penat jasad selesa jiwa, itulah sebentuk kenikmatan sebenar. Kabad. Kepenatan manusia sampai mati. Dan salah satu tabiat manusia adalah suka bersegera tanpa mahu berpenat-penat dalam menjalani proses. Inilah sifat 'ajuwla. Instan.

Beramal

1. Setiap kali melakukan sesuatu amalan, jangan pernah berasa diri telah banyak beramal. 2. Hendaklah berasa tidak pernah puas dan tidak pernah cukup dengan amalan yang sedikit. 3. Mestilah mengikhlaskan diri beribadah hanya mencari reda Allah. 4. Dalam melakukan amalan yang kecil pun dituntut agar ikhlas, apatah lagi amalan yang besar.

HAK

Hak pertama kita selepas lahir adalah hak untuk tahu, iaitu hak untuk belajar. Kemudian hak untuk berkata apa yang kita tahu iaitu hak bersuara. Kemudian hak untuk memilih apa yang kita tahu dan mahu iaitu hak kebebasan hidup. Itu hak kurniaan Allah yang termaktub dalam kitab-Nya. Kemudian kita akan disoal mengenainya di akhirat nanti, bagaimana kita menggunakannya demi perhambaan kita kepada-Nya. Ia adalah hak kebebasan untuk berlumba menjadi hamba paling baik, bukan perlumbaan untuk menjadi manusia paling bebas.

Peringatan

Walaupun hebat, dikenali, bijak, berpengaruh, berkuasa, ada rupa, ada follower ramai, atau pun kita hanya orang biasa. Jika Hidup Tak Ikut Panduan ALQURAN dan ALSUNNAH Takkan Dapat Jumpa ALLAH SWT dan RASULULLAH di Jannah.

Apa makna fitnah hidup, fitnah mati dan fitnah dajjal?.

Ialah fitnah masa hidup iaitu syirik, kufur dan buat maksiat. Fitnah masa mati tidak boleh mengucap ketika saat kematian atau tidak dapat menjawab soalan ketika dalam kubur

Sabar Ujian

"Dunia ini diciptakan untuk bala/ujian. Maka selayaknya bagi orang yang berakal agar membiasakan dirinya dengan sifat sabar." - Al Imam Ibnul Jauzi

Isteriku

isteri itu kehormatan bagi lelaki; isteri itu maruah kepada seorang lelaki; isteri itu cinta bagi seorang lelaki; jagalah baik baik amanah yang kita ambil dengan akad daripada ayah mereka.

Jangan Cintai Dunia

dunia ini ibarat lautan yg akan melemaskan sesiapa yg mencintainya. barangsiapa yg tidak sabar dan tiada taqwa maka dia pasti akan tenggelam. sabar dan taqwa hanya datang melalui iman.

Kedekut

Jauhi sifat kedekut. Kita tak terlawan kedekut neraka nanti. Setitis air pun tidak akan diberinya kala penghuninya menjerit meminta-minta kehausan. Teruslah menderma walau secubit tamar. Ia akan memadam murka Allah.

Cinta Itu

“Jangan pernah menaruh harapan atau perasaan cinta kepada seseorang, Nanti cinta musnah, hati hampa, hidup merana. Jangan juga sesekali memberikan harapan kepada seseorang, nanti kita ubah fikiran.. hidup dia yang merana, kita yang berdosa. Sebaliknya, letakkanlah harapan pada Ar-Rahim, kerana jodoh itu rahsia Dia. Sempurna diri kita, sempurna juga jodoh kita. Itu janji Dia.”

Al Quran

Al Quran adalah wahyu dari Allah sebagai petunjuk untuk semua manusia agar wahyu ini manusia kenal siapa penciptanya dan akhirnya mengesakan Allah dan hanya hanya menyembah Dia sahaja tanpa tuhan-tuhan yang lain yang semuanya adalah palsu melainkan Allah.

MAQASID TADABBUR DAN TAFAKKUR


Imam Abu 'Abdillah al-Zarkasyi berkata:

"Ketahuilah, seorang pembaca tidak akan memahami makna wahyu (al-Quran) secara hakikat, dan tidak dapat melihat rahsia ilmu dalam ghaib makrifat selagimana dalam hatinya masih ada bidaah dan berterusan dalam dosa, atau hatinya mengandungi keangkuhan, hawa nafsu dan cinta dunia."

Sakit

Kesembuhan itu ada dua... satu kesembuhan di dunia dan satu lagi sembuh dengan kematian... dua-dua kena ikhtiar, doa tawakkal. Selain dari usaha untuk sembuh penyakit tu, usahakan hati sentiasa bersih untuk menuju kesembuhan husnul khatimah. Jadi tenanglah dengan dua bentuk kesembuhan ini

Kehidupan

Sentiasa ingat hidup kita seperti bumi yang diselimuti oleh pekat malam. Sungguh, diri kita seperti bumi yang diselaputi gelapnya kegelisahan, ketakutan, kegundahan. Lepaskan imannya dengan doa zunnun

Teguran

Penyakit perasan bagus, mulia, rasa hebat, bangga, tidak nampak dosa sendiri, sempurna...peganglah sebagai ingatan diri

Peperangan Hidup

Hidup ini dua hari... satu hari yang bersamamu, maka syukurilah dan satu lagi hari yang melawanmu maka bersabarlah dan berjuanglah.
Teguhlah menghadapi kehidupan dgn keyakinan kepada Allah. Jadikanlah perjalanan hidup, sebuah perjalanan menuju Allah, mengenalNYA dan mencintaiNYA. Bersiaplah untuk sebuah bekalan terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah iaitu Qalbun Saleem. Junjung ' ketaqwaan' dalam hidupmu. Jagalah 'mihrabmu' wahai sayang. Di situ pasti subur kekuatanmu dengan zikrillah.

Doa

Kalau aku berdoa, lalu Allah SWT memberikan sama seperti mana yang aku minta, aku akan syukur sekali. Kalau aku berdoa lalu Allah SWT beri seperti mana aku pilih, aku syukur sekali. Sekiranya aku berdoa, lalu Allah memberi tidak sama seperti mana aku minta, aku syukur 10 kali. Ini kerana doa pertama adalah pilihanku dan kedua adalah pilihan Allah SWT.

Rendah Diri

Orang berpesan biar tinggi mana pangkat, besar mana harta dan ilmu yang bertimbun, maka bawalah hati serendah bumi. Hati yang menongkat langit akan melahirkan jiwa yang sombong dan ego yang memakan diri. Kekayaan pula akan menjadikan kita lupa dan kemewahan melampau akan mengelapkan hati.

Sendirian

Kita akan bersendirian
Firman Allah Taala : "Dan demi sesungguhnya, kamu akan datang kepada Kami (pada hari kiamat) dalam keadaan seorang diri". (Surah Al An'aam :94).
Detik ini menuntut kita agar beramal untuk pertemuan itu .
Detik ini yang setiap orang akan meninggalkan kita bersendirian dan tiada yang kekal (bersama kita) kecuali amal soleh.

Setia Berkawan

Setia kawan sejati bukan sampai tegah kawan berkawan, kawan adalah rezeki persahabatan yang datang.
Aku mungkin hilang kau kawan yang tidak hargaiku, tapi kau hilang aku kawan yang betul-betul percayaimu.
I may have lost someone who didn’t love me, but you lost someone who truly loved you.

Mukmin akan berhadapan dengan 5 cabaran :


1. Orang yang hasad
2. Orang munafik yang membenci
3. Orang kafir yang sentiasa memerangi
4. Setan yang menyesatkan
5. Nafsu yang sentiasa melawan fitrah

Perbezaan

Orang yang beriman sentiasa peka dan bijak menilai mana yg utama dan mana yg kurang utama, mana hak Allah yang mana perlu didahulukan di banding dengan hak manusia. Semua itu akan dapat di bezakan dengan ilmu dan iman. Bila tak dapat beza maknanya belum cukup ilmu atau lemah iman

Kelukaan

Jika kau terluka, itu bukan alasan untuk melukakan. Tetapi itu satu peringatan agar kau tidak melukakan. Kerana sakit dilukakan sesungguhnya hanya sedikit berbanding sakit melukakan. Ingat prinsip.

KITAB AMALAN

"Sesungguhnya kita akan mati, mereka juga akan mati, amalan kita adalah milik kita dan amalan mereka milik mereka, kita akan dihisab satu hari nanti dan mereka juga akan dihisab satu hari nanti, jadi apa '"perlunya'' untuk kita bimbang dengan apa yang mereka katakan"?

Pilih Kawan

Kergaul lah dengan orang yang beramal soleh yang sentiasa mengingatkan tentang akhirat ,duduk dalam kumpulan mereka agar hati sentiasa bermotivasi kepada akhirat tanggalkan penyakit syahwat dan syubhat dalam sadru kita

Bab Perempuan

Sebelum nikah pelajari dulu hukum hakam nikah. Pelajari bab munakahat. Pelajari bab hukum hakam perempuan, haidh, istihadah,nifas, wiladah dan sebagainya. Faham ragam perempuan. Nak jaga perempuan ni bukan kerja mudah. Syurga bagi tuan tuan yg berjaya..insha Allah

Kesalahan Waktu Muda

Pada hari tua adakalanya kita sangat menyesal atas kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan sewaktu muda. Bayangkan pula betapa lebih menyesalnya kita di Hari Akhirat atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan di dunia!

Ingatan

"Bertambahnya umur, mengingatkan kita akan hampirnya masa untuk bertemu Maha Pencipta. Moga kita sentiasa menginsafi waktu yang ada dan memanfaatkannya untuk muhasabah dan berubah ke arah yang lebih baik. Saya sayang anda semua. "


Sabarlah Suami

Kalau hari ini istrimu memasak terlalu asin, atau memanggangkan roti terlalu gosong, bersyukurlah kepada Allah ‘Azza wa Jalla karena lidahmu masih dapat mengecap dengan sempurna. Betapa banyak saudaramu yang hari ini merindukan nikmatnya asin, pahit maupun kecut disebabkan indera perasanya tak berdaya, penciumannya seperti tak bekerja, sementara dirinya jauh dari orang-orang yang dicinta disebabkan harus isolasi mandiri. Maka jika istrimu menyiapkan sajian tak selezat biasanya, berterima-kasihlah dengan rasa terima kasih yang sungguh-sungguh disebabkan ia masih menyempatkan waktunya untukmu.⁣
Kalau yang terhidang di meja makan hanya menu yang berulang setiap hari tanpa variasi, maka ingatlah sejenak manusia yang jelas lebih mulia darimu ketika bertanya tentang lauk, dan saat itu hanya ada lauk, maka beliau berkata, “Sebaik-baik lauk adalah cuka.” (HR. Muslim).⁣
Tak mengeluh. Tidak pula marah.

Adab

Kita mesti tahu ADAB melayani seseorang kerana ada tahapnya. Kalau dengan orang berilmu ada caranya. Kalau dengan orang tua ada caranya dan kalau dengan kanak-kanak ada caranya. Tak boleh pukul rata je.

Rezeki

Rezeki yang barakah sentiasa dikongsi untuk dinikmati bersama dengan ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Nabi saw bersabda 'Makanan dua orang mencukupi tiga orang, makanan tiga orang mencukupi empat orang". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) .Akibat bisikan syaitan, kita merasakan rezki yang ada hanya cukup untuk kita dan sangat bimbang berkurang dan tidak mencukupi untuk diri apabila di kongsikan dengan orang lain. Hakikatnya rezki itu mencukupi untuk diri dan juga orang lain. Berkongsilah agar barakah rezki dapat dinikmati.

Ujian Sabar dan Syukur

Kata Abdullah bin Mas'ud Radiyallahu anhu; "Iman itu terbahagi dua. Separuhnya sabar dan separuhnya syukur."
Demikianlah manusia diuji oleh Allah dengan musibah dan juga nikmat. Di saat itu iman dan keyakinannya terhadap hari Akhirat, syurga dan neraka serta dosa dan pahala bakal teruji. Bagi orang yang benar-benar beriman pasti berjaya untuk bersabar menghadapi musibah. Ia dihadapi dengan ungkapan "innaalillahi wai`ina ilaihi raji'un". Dia juga sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat, antaranya dengan melazimi ungkapan Alhamdulillah.

Wahai Wanita

Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu.

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat nasuha.

SAHABAT

Dalam perkara yang menggembirakan hati sahabat ialah apabila seseorang kawan berkongsi rasa sukacitanya. Erti bagi suatu persahabatan ialah memberi saham simpati semasa kejayaan gembira dengan ucapan tahniah dan semasa dukacita dengan ucapan takziah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu sayang kepada seseorang kawan, hendaklah kamu katakan padanya”. Gunakan ungkapan kata yang indah supaya dia merasa hidup di dunia ini tidak keseorangan dan ada kawan yang bersimpati dengannya.

Mengapa diam saja saat dicaci?

Jawapan:"Menjawab adalah kunci pintu keburukan... Sedangkan diam di depan orang bodoh adalah kemuliaan dan kita juga dapat menjaga kehormatan...
Bukankah singa ditakuti meskipun dalam keadaan diam...
Sedangkan anjing tak diendahkan, meskipun terus menyalak..."

SABAR

Sabar itu ertinya menahan. Menahan lidah, pancaindera dan hati daripada kata-kata, perbuatan dan perasaan yang bertentangan dengan kehendak Allah apabila ditimpa musibah.

Gaya Hidup

Semakin banyak manusia bergaya, semakin besar tekanan hidupnya. Dalam hidup, gaya akan sentiasa disandingkan dengan tekanan.

AWAS

Bersyukurlah kepada Allah SWT terhadap orang yang menyakiti kita. Sesungguhnya ia adalah satu ujian untuk melatih dan mengajar kita sesuatu. Belajar daripada kesilapan dan ingat Allah selalu.

HATI ULUL ALBAB

-Belajar Al Quran

-Ambil masa untuk mendengar Al Quran dengan penuh keinsafan

-Baca Al Quran berterusan (tilawah maksudnya baca berterusan)

-Hindarkan hati dari penyakit fasik, sombong, riak, ujub, dengki, khianat, dendam, was was

-Sediakan hati untuk dipengaruhi oleh Al Quran

-Berguru lah dengan guru yang mengajarkan Tadabbur AL Quran.

Belajar Agama

Dulu, Aku mengira mereka terlalu berlebihan dalam agama. Tetapi setelah aku berlajar, ternyata akulah yang terlalu cinta dunia
Ilmu yang paling tinggi dalam al-Quran adalah al-Amthal. Untuk meraih zikra dan ibrah di sebalik ayat-ayat amthal ternyata diperlukan :
Mendengar
Melihat
Memperhatikan
Mengimerginasikan
Menderia
Memahami
Berfikir
Berilmu
Takut
Dunia ini diciptakan kamu, kamu untuk akhirat. Jangan hidup untuk dunia tetapi hidup dunia dan akhirat
Ayat-ayat Allah dengan tafakkur dan ta'ammul yang berlandaskan tadabbur untuk menuju zikra, ibrah dan taat (ulul albab, ulul absar dan ulul nuha).
Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya. (Al-Furqan 25:58).

BAKI UMUR, CARI APA LAGI

Baki hidup ini untuk mencari apa?. Cari Ilmu.
1) Cari ilmu untuk banyakkan ibadah (sedekah, pemaaf, berkhidmat, toleransi)
2) Cari ilmu pandai jaga amal. Belajar penyebab rosak amal. Ada 250 perkara yang merosak. (Hasad, khianat, dendam, dengki,ujub, riak...)
3) Kunci hatimu untuk tidak rosak amalan. Hilang dosa hati - (sedekah, zikir,belajar melihat Allah bukan melihat makhluk)
“If you want to learn about Islam, go study Islam, don’t study the Muslims! Islam is perfect, Muslims are not. Don’t get confused!"

SOLAT ITU EMOSI

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (Al-Kahfi 18:104)

INFAQ

Apabila Allah mengurniakan kepadamu pangkat , maka infaqlah pangkat itu dan bantulah orang yang dhaif.
Apabila Allah mengurniakan kepadamu ilmu , maka infaqlah ilmu itu dan ajarlah orang yang jahil.
Apabila Allah mengurniakan kepadamu harta , maka infaqlah harta itu dan rahmatilah orang miskin.
Apabila Allah mengurniakan kepadamu kebijaksanaan , maka damaikanlah antara dua orang (yang bermusuhan).
Apabila Allah mengurniakan kepadamu otot yang kuat , maka teguhkanlah ia dalam membantu orang yang lemah.
Sheikh Prof Dr Muhammad Ratib An-Nabulsi.

MATI JALANNYA

Sesungguhnya jalan Allah itu sangat panjang. Kita berjalan di atasnya umpamalah seekor kura-kura. Bukanlah matlamat kita untuk segera sampai di hujungnya. Tetapi matlamat kita adalah untuk mati di atas jalan itu. Maksud: Umur kita pendek, tak terukur umur perjuangan. Kita buat kerja kita hari ini. Yang penting, kita kekal dalam rantai perjalanan panjang menuju kemenangan di jalanNya.

KASIH SAYANG SUAMI

“Kasih sayang suami kepada isteri bukan hanya dengan memberikan material (kebendaan), tetapi dengan membimbingnya agar berakhlak mulia dan menjadi pewaris syurga.

AHKLAK. TAUHID BENAR

Hidup di dunia terlalu pendek, jangan diperdaya oleh panjangnya ilusi. Ruang perut tidak pernah sebesar hasrat keinginan duniawi. Kerap terjumpa dan terbaca, manusia yang "mewah" pemikirannya, namun "rapuh" moralnya. Akhlak tu hasil daripada benarnya tauhid.

HOT - KBAT

Melatih anak anak berfikir dari awal lagi secara natural. Berani bertanya, tidak takut buat kesilapan, berani beri idea sendiri kreatif, banyak amali tidak fokus sgt teori, berani beri pendapat sendiri. skrg IR4.0

JUJUR

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Kalian harus berlaku jujur, karena kejujuran itu akan membimbing kepada kebaikan. Dan kebaikan itu akan membimbing ke surga.
Seseorang yang senantiasa berlaku jujur dan memelihara kejujuran, maka ia akan dicatat sebagai orang yang jujur di sisi Allah.
Dan hindarilah dusta, karena kedustaan itu akan menggiring kepada kejahatan dan kejahatan itu akan menjerumuskan ke neraka.
Seseorang yang senantiasa berdusta dan memelihara kedustaan, maka ia akan dicatat sebagai pendusta di sisi Allah."
(HR. Muslim)

HIDUP JANGAN STRESS

Hidup ni jangan stress. Tak payah nak pastikan semua orang suka kat kita, lagikan Rasulullah SAW yang mulia ada pembenci dan penentang tegar. Kita hanya insan biasa kelas cap ayam , buat kerja biar letak sasarannya untuk mengutip pahala diakhirat. Jawab kritikan manusia dengan hasil kerja kita yang sukses. Kita pendosa maka pastikan setiap hari kita ulangi taubat dan terus beramal soleh.

HATI HATI

Sesiapa pun boleh bercakap pasal Islam, memuji dan mahu beramal dengan Islam. Tetapi, Allah hanya menerima kata dan amal yang diredhai-Nya. Kata dan amal yang timbul daripada kejahilan serta bercanggah dengan al Quran dan sunnah nabi-Nya adalah tertolak dan mengundang murka-Nya. Justeru tidak semua seruan kepada Islam adalah benar. Sebahagiannya adalah perangkap syaitani yang halus bagi memesongkan umat daripada Islam yang sebenar. Maka selamatkanlah diri dengan menadah ilmu dan mendampingi para ulamak. Itulah jalan kesejahteraan yang paling benar dan abadi.

MELAYU

Melayu yang mengaku Melayu adalah rasis. Orang Melayu yang mengaku Melayu akan dipanggil rasis. Inilah strategi Pakatan Harapan, terutama sekali golongan yang bukan Melayu, untuk membuatkan orang Melayu malu nak mengaku Melayu. Sekiranya orang Melayu bersemangat dengan keMelayuan mereka, maka Melayu akan bersatu di bawah Perikatan.

PERINGATAN

Hilangnya akhlak adalah kesan daripada hilangnya tauhid. Pemikiran tauhid yang hilang inilah yang menjadikan manusia mudah diperhamba dunia dan makhluk.

PEKA

Jauhkan dalam hal kita beragama: "Apa salahnya?","Entahlah!",
"Lantaklah!"

BERBALAH

Kepada yang terlibat dengan perbalahan. Tidak kira media sosial atau dunia nyata. Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga.
Dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga.
Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.
[ H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi ]

JALAN PANJANG

Membezakan jalan panjang dengan jalan pintas.
Jalan panjang memerlukan ikhtiar, usaha dan istiqamah. Penat jasad selesa jiwa, itulah kenikmatan sebenar. Kabad.
Jalan pintas laksana mengukir di atas pasir di usia tua, menjadi namun mudah hilang seiring hembusan angin yang menerpa. Dan tabiat (semula jadi) manusia adalah suka bersegera tanpa mahu berpenat dalam proses. Inilah sifat 'ajuwla. Instan. Dan tabiat 'ajuwla inilah yang dimanfaatkan oleh segelintir pihak dengan tagline 'cepat ini dan cepat itu" secara komersial ke atas kalangan awam yang juga belum mengenal kesan buruk tabiat 'ajuwla ini.

SELAGI ADA HAYAT DIKANDUNG BADAN. BELAJAR

dari tidak tahu kepada tahu,
dari tahu kepada faham,
dari faham kepada amal,
dari amal menuju keistiqamahan,
secara zahir dan batin.

DUHAI DIRI YANG LALAI !

Jangan bertangguh untuk menjadi Hamba Allah yang Soleh, jaga solat dan ibadat.

Jangan bertangguh menjadi Wanita yang Solehah, jaga maruah dan tutup aurat.

Jangan bertangguh menjadi anak yang berbakti, jaga baik-baik hati ibu dan ayah.

Jangan bertangguh menjadi isteri yang taat dan terhormat, usaha laksanakan hak suami.

Jangan bertangguh menjadi Ibu yang mithali, penyayang dan lembut.

Jangan bertangguh untuk menjadi pencinta al-Quran, zikir, solat, sedeqah, ilmu dan lain-lain.

Jangan bertangguh menjadi apa yang Allah SWT dan Rasulullah mahu kita jadi.. memiliki Akhlak yang Mahmudah, menjaga tutur kata lidah, pandangan mata dan pendengaran telinga.

Buat apa yang Allah redha kita akan jadi apa yang perlu kita jadi.

Sampai bila mahu bertangguh?, Ajal bukan semakin menjauh, Malaikat Maut takkan sesaat pun bertangguh !

Al-A’raf: 34

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”

SYURGA

Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. (As-Saaffaat 37:60). Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia). (As-Saaffaat 37:61)

HATI HATI CINTA PALSU

Main main Perasaan, Mengambil Kesempatan, Penipuan, Lakonan Acah acah Cintaimu, Scammer, Datang Bila Ada Keperluan, Tidak Jaga Perasaan, Percakapan Menyakitkan, Penipuan Status Perkahwinan

BERJAYA BERSAMA

Jangan fikir diri kamu untuk berjaya,
Sebaliknya fikirlah untuk membawa sekelilingmu berjaya,
Nanti kamu turut BERJAYA

SAJAK

Jadikan kamu laksana matahari yang memancar cahaya dengan melimpah kemurahan dan kesatunan.
Jadikanlah malam yang gelap menutup keaiban-keaiban orang.
Jadikanlah kamu seperti air yang memancut melimpah sumbangan dan kemurahan.
Jadikanlah seperti mayat ketika marah.
Jadikanlah seperti tanah apabila kamu tawaduk.
Tunjuklah diri kamu yang sebenar tetapi jangan tunjuk lebih-lebih sangat.
Cakaplah seperti mana dalam hati kamu sebenar tetapi jangan munafik.

SETIA

Perempuan kalau jaga tubuh.
Turunkan berat badan.
Bau badan dapat dikurangkan.
Bersihkan kulit muka.
Selalu senyum.

FOKUS HIDUP PADA AKHIRAT YA....

Ayat 57 surah Yusuf, "dan ganjaran Akhirat itu lebih baik bagi orang2 yg beriman dan bertaqwa"

nanti lebih sabar..lebih redho..lebih tenang...lebih lapang...lebih kuat...lebih semangat...dan segala mcm kelebihan Allah akan bagi dan terus memberi. Hamba beriman dan bertakwa sentiasa nak buat apa yg Allah cintai....sentiasa rela nak tinggal apa yg makruh dan haram....berjuang ajak org lain agar masuk golongan beriman dan bertaqwa juga.


HARAPAN CINTA

Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat sampai ke hati tanpa perlu di dengar atau dibaca.

Aku menyukaimu kerana kebaikanmu, kerana kejujuranmu, kerana keindahan akhlakmu dan kebenaran kata-katamu"-siti Khadijah

"Aku tidak mencari wanita perawan fizikalnya, tapi juga hatinya. Hati yang belum pernah disentuh, kecuali hanya Allah"- Sayib Quthb

MAINKAN PERASAAN


Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".


JANGAN PANDAI BERCAKAP & MENULIS SAJA!

Berkata Sheikh Al-Fudhail bin ‘Iyad – Rahimahullah – :
"Janganlah kamu menjadi orang yang mengajak manusia ke jalan Allah. Kemudian kamu sendiri kehilangan jalan itu (tidak beramal dengan apa yang didakwahkan). Sentiasalah meminta perlindungan dari Allah daripada menjadi jambatan yang digunakan orang untuk menyeberang ke syurga kemudian ianya dicampakkan ke dalam neraka".

NAFSU POWER

Makan banyak
Rehat banyak
Cakap banyak
Harta banyak

TAKWA

Takwa ini beringat kepada diri. Kita nak ke akhirat kita beringat bahawa amalan IKHLAS KERANA ALLAH SWT itulah yang menjadikan kita diterima. Diakhirat tidak ada lagi kerajaan dunia tetapi hanya ada kerajaan ALLAH. Kerajaan Allah duitnya pahala.

DOA

Allahumma Faqqihhu Fid Din wa Allimhu At-Ta'wil.

RAHMAT ALLAH

Pintu Yang Paling Sempit Lagi Sukar Ditembusi Ialah Pintu Penjara. Sementara Pintu Yang Paling Luas Yang Terbuka Sepanjang Masa Dan Boleh Dimasuki Dari Mana Sahaja Ialah Pintu Taubat Dan Pintu Rahmat Allah.

Rahmat Allah Boleh Hadir Tanpa Memilih Tempat Sekalipun Di Penjara. Jiwa Yang Mencarinya Akan Menemui Rahmatnya. Tidak Pelik Jika Ada Yang Menemui Keredhaan Allah Dalam Penjara. Demikian Juga Tidak Ganjil Jika Ada Yang Tidak Menemui Allah Di Masjid. Allah Hanya Memandang Jiwa Yang Mencari Keampunannya Dan Kemaafannya.

Dia Mengampuni Pelacur Yang Memberi Minum Kepada Anjing Disebabkan Jiwanya Ikhlas. Hanya Dia Yang Maha Tahu Apa Yang Tersembunyi Dalam Jiwa Kita Dan Apa Yang Tersembunyi Dalam Kisah Hidup Seseorang.

SUNGGUH CINTA ITU MENYAKITKAN

Di katakan ini adalah beit syair dari Imam As-Syaafie :

" Antara perkara yang dikira bala (musibah) ialah bila kau mencintai seseorang dan dia tidak mencintaimu....

Dia memalingkan wajahnya dari engkau dan engkau terus menerus melihat dan menatap wajahnya tanpa berpaling pada yang lain."


TAKDIR ALLAH SWT

Reda takdir Allah SWT dan mengakui terbaik
Mengakui diri banyak dosa - istigfar
Mencari hikmah
Perbaiki diri menjadi lebih baik

BAIKI AKHLAK

Adab Dengan Allah SWT
Adab Dengan Manusia
Menghormati Mak Ayah
Berakhlak Mulia
Menuntut Ilmu
Jaga Mulut dan Lidah
Jauh Sifat Dengki (Perasaan Tidak Selesa Kepada Orang Lain)
Jaga Hati Kotor, Tamak, Kedekut
Jangan Banyak Bicara Hal Orang
Senyum Sedekah dan Menceriakan Orang Lain
Solat Hajat dan Mendoakan Untuk Orang Lain
Gembirakan Orang
Sentiasa Memaafkan Orang Lain Kerana Hidup Sekejap
Banyakkan BerDoa
Baiki Solat (AlFatihah dan Tahhiyyat Akhir)

GALI ILMU

Bertambah ilmu semakin kita takut kepada Allah SWT
Zuraidah Muda

CAPAI REDA ALLAH SWT

ALLAH
- Zuhud sham hukkuwa - tidak keluh kesah/merungut
- Sabar
- Reda
- Syukur
MANUSIA
- Memaafkan
- Tidak ada dendam. Serah kepada Allah SWT
- Melihat Allah Sebagai Penguji
- Ihsan. Membalas keburukan dengan kebaikan

PESANAN TOK GURU NIK AZIZ

“Tuan-tuan hendak selamat di akhirat kena jaga keadaan sejak di dunia ini lagi. Di akhirat kelak kerajaan Kelantan tidak ada, Menteri Besar Kelantan tidak ada, tok guru Kelantan tidak ada, yang ada hanya Allah. Supaya tuantuan selamat di akhirat kelak tidak ada cara lain selain daripada tunduk kepada Allah sahaja di dunia ini karena di akhirat kelak yang berkuasa hanyalah Allah. Apabila yang berkuasa hanya Allah maka disini sepatutnya kita tunduk di bawah kekuasaan Allah sahaja. Jangan berbelah bagi, jangan buat kucar, jangan perangai tidak menentu. Apabila orang tunduk pada Allah sahaja maka tidak timbul masalah dengki mendengki karena rezeki Allah bagi…bukan semata-mata karena kepandaian kita bahkan karena usaha kita campur pemberian Allah Taala.”

AWAS - SIFAT SYAITAN

Merayu
Membisik
Memperhias
Tidak memberi hidayah
Membayangkan kelazatan
Tidak menolong tetapi merosak
Merosakkan amalan ibadah

Surah Al-Kahfi 50

MAKAM SABAR

Kurang Merungut
Sabar, Sabar, Sabar
Reda
Syukur

ALLAH TAAT, MANUSIA MANFAAT

WANITA SYURGA

Wanita yang sabar memberi kasih sayang ahli keluarganya

Menjaga aurat

Menjaga maruah diri/ tinggi perasaan malu

Wanita yang bersediakan melahirkan anak

Wanita yang beralah ketika bergaduh dengan suami. "Aku tidak akan terus menerus tanggung dosa ini sehingga suamiku reda". Beralah itu bermakna memperbaiki diri dan rumahtangga

Wanita yang berjaya mengawal nafsu

Buat aktiviti kerana Allah SWT

TIP KELUARGA

Rujuk surah Ar Rum 21-25 - mula dengan kuasa Allah SWT
Ingat tujuan perkahwinan ada amanah dan tanggungjawab
Mohon berkat rumahtangga hingga jannah
Jaga amanah dalam keluarga
Bersyukur ada keluarga, terima pasangan seadanya
Perangai kita keluarga dan masyarakat sama baik
Baca kebaikan pasangan dan membalas kebaikannya

KELUARGAKU BAHAGIA

Menjadi keluarga takwa, hamba Allah, baca quran, solat, puasa, tingkahlaku baik
Rezeki halal
Contoh teladan
Doa sebanyak banyaknya
Sedekah
Bercakap yang baik baik, beri nasihat, tanya khabar
Pegang/peluk anak

DIET MAKAN

Penjadualan masa makan. Amalkan Intermitten Fasting. Diet IF ini adalah puasa. Tidak kemasukan glukosa atau respon insulin

Minum Air Kosong Banyak

Jangan Makanan Proses

Kurangkan Karbo

Kurang Gula atau Kosong Gula

Kurang tau Tidak Minuman Berpaket atau Bergas

Jangan Makan Protein Dengan Gula/Madu

Protein Bersama Lemak. Lemak Paling Banyak sebesar kotak Rokok

Jangan Berlebihan Makan Protein

MSG - Ajinamoto Berlebihan

Jangan Makan Kerap. Makan 2 kali Sehari Pagi dan Petang

Jangan Stress

*Kurang Karbo dan Gula Elak Insulin Tinggi

Every word you speak is recorded, and every deed you do is witnesses, so speak good and do good

KEMPEN SEKELUARGA MASUK KE SYURGA

Surah At Tuur Ayat 17 - 27

CERAHKAN HATI

Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah dan teruskan zikir,
Tinggal dosa dosa lepas dan jauhkan maksiat akan datang,
Amalan rahsia solat tahajud

CINTA SEPERTI ORANG BERPERANG

Cinta seperti orang berperang. Mudah dinyalakan dan sukar untuk dihentikan.
Jangan permainkan perasaan orang.

AGENDA HIDUP AKHIRAT

Buatlah sebanyak banyaknya amalan kebaikan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Amalan buat didunia sahaja.

AKIDAH

Akidah menjadikan hati sentiasa hidup dan berwaspada.

Manusia yang beriman kepada Hari Akhirat dan percaya setiap amalan akan dihisab menyebabkan hatinya berwaspada dan berjaga-jaga.

Mereka menyedari Allah sentiasa bersamanya di mana saja dia berada sama ada di tempat umum, bersembunyi, di rumah atau masa musafir.

NASIHAT DIRI

Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk melakukan yang terbaik bukan untuk masa kini dan masa hadapan dunia akhirat. Orang yang hebat tidak berputus asa walaupun kecundang. Buat pilihan yang terbaik untuk memberatkan amalan. Janganlah gopoh dan mengikut nafsu.

Tauhid

Allah Maha Melihat segala perbuatanku,
Allah mengetahui tentang diriku,
Allah sayang aku dan aku sayang Allah

Pegang AlQuran

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Ar-Ra'd 13:28)

Terapkan Al-Quran dalam keluarga. Peranan isteri mengajar anak-anak Quran

Teladan

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;(Asy-Syu'araa' 26:84)

Awas! Musuh

Orang Mukmin Yang Marah (Tidak Suka Agama)
Orang Munafik Yang Dengki
Orang Kafir Yang Memerangi
Nafsu Yang Bergelora
Syaitan Yang Mengasut

Mujahadah Nafsu/Hati

Lapar - Puasa
Berjaga Malam - Solat Malam
Banyak Diam
Baca Quran
Gemar Majlis Ilmu

Amalkan

Terima Kasih
Minta Izin
Minta Maaf
Minta Tolong
Perkataan Terbaik Semasa Bercakap
Minta Nasihat
Minta Doa

Biasakan Sebut

Okay - In Shaa Allah
Wow - SubhanaAllah
Hebat - Ma Shaa Allah
Saya baik-baik sahaja - Alhamdulillah
Terima kasih - Jaza Allahu Kayran
Hati-hati - Fi Amanillah
Hai - Assalamualaikum

Kesian Diriku

Jangan sibuk dengan zahir sahaja dengan fokus rupa, kecantikan, harta, jawatan dan sebagainya yang belum tentu mengangkat nilai kita disisNya.

Allah SWT memandang ke dalam lubuk hati kita. Mutiara yang tersimpan di dalam. Nilai diri insan yang sebenar di sisi Allah adalah TAKWA yang mendasarkan di lubuk hati. Kejutkan diri dari leka yang panjang. Jangan hidup tertipu dan terpedaya. Lihat nilai diri dengan muhasabah dan islah hati seluruh kehidupan. Kasihanilah diri kita. Kita hanya ada peluang hidup sekali sahaja. Jeritan penyesalan penghuni neraka pun tidak dapat mengembalikan penghuninya ke kehidupan dunia.

Berusaha Menjadi Wanita Solehah

-Mentaati Perintah Allah SWT dan Rasulullah
-Menjaga waktu solat dan Jemaah
-Akhlak Terpuji
-Menjaga Aurat
-Menghidupkan Keluarga Dengan Qiam
-Isteri dan Ibu Membesarkan Allah SWT
-Mengurus Masa Dengan Baik Kerana Nyawa Kita
-Membahagia dan jangan bagi gelisah hati suami. (Buat apa yang suami suka)
-Taat Suami (Jangan Keras Suara, Panggilan Suami Suka, Penyabar, Melayan Suami Makan, )
-Rajin, Fokus, Bersungguh Menuntut Ilmu
-Semai kasih sayang keluarga untuk mencapai keredaan Allah SWT
-Bina kasih sayang dengan sentuhan
-Jangan mengeluh tetapi banyak bersyukur nikmat Allah. Syukur sentiasa pemberian suami
-Berusaha rezeki halal


Suluh Pembaca

Jumlah Pembaca

AMALAN AMALAN HARIAN

Amalan/aktiviti hidup - niat kerana Allah SWT

Akhlak lebih baik dan baik. Banyak membaca dan menuntut ilmu akhlak baik

Solat - (berjemaah, awal waktu, khusyuk dan solat sunat rawatib)

Selepas solat - zikir, selawat, ayat kursi

Solat tahajud, witir, dhuha

Selawat 500x, istigfar 500x, zikir-zikir 100x

Baca Quran setiap hari

Buat perkara wajib dan sunat - untung akhirat. Tinggal perkara makhruh dan haram - rugi akhirat

Dapat nikmat - syukur
Dapat ujian - sabar dan reda

Sebelum tidur - baca surah Al-Mulk, dan Al-Waqiah

Hari Khamis & Jumaat - Baca Surah Yassin & AlKahfi

Sedekah Setiap Hari - menjadikan diri kita disayangi Allah, manusia dan diberi syurga

Jangan berusaha sangat buat maksiat besar atau kecil. Sangat takut dosa itu penyebab kemurkaan Allah dicampak ke dalam Neraka....jangan!!!

Belajar hingga mati. Cinta Ilmu

Hanya Allah SWT tempat sembah dan minta tolong - AlFatihah ayat 5

Tilawah 1 juzuk al-Quran setiap hari.

Solat fardhu jemaah 5 waktu

Solat sunat qabliyah dan ba'diyah

Solat sunat tahajjud 12 rakaat ( 6 salam/ buat 2 rakaat , 2 rakaat )

Solat sunat witir 3 rakaat.

Zikir selepas subuh hingga waktu syuruk dan terus lakukan 2 rakaat solat sunat isyraq.( dilakukan slps lebih kurang 12 minit slps masuk waktu syuruk)


Mohon Doa Kebaikan. Travel theme. Powered by Blogger.