Tuesday, 20 June 2017

MANUSIA BERBEZA






Tiada dua manusia yang dilahirkan serupa tetapi setiap satunya berbeza antara satu sama lain terutama dari segi pembawaan semula jadi (personaliti, minat, nilai, pencapaian, motivasi, sikap), seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan sementara yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain. Kesimpulannya setiap individu adalah unik dan berbeza. Oleh sebab itu bukan semua orang boleh menjadi misalnya jurutera, doktor,  arkitek, kaunselor, usahawan dan akauntan yang berjaya dan cemerlang.

Perkara ini diperakukan oleh pakar antaranya:

Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendirinya dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi dirinya.(Donald E. Super)

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauhmana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.(Donald E. Super)

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinaan seseorang itu untuk Berjaya.
(Klien & Wiener)


Tingkah laku individu iaitu motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran. (John, L. Holland)

No comments: