Bagaimana komunikasi atau penyampaian tentang perasaan/emosi hendak dimulakan, kerana amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perubahan. Betapa pentingnya komunikasi dalam memulakan perubahan. Kegagalan untuk menggunakan strategi komunikasi yang sesuai dalam memulakan perubahan boleh mengakibatkan kegagalan.
Menurut Tannen, bahasa bukan sahaja untuk bertukar-tukar idea tetapi melambangkan hubungan sosial yang tersirat. Contoh komunikasi bercakap oleh seseorang ketika marah, rasa hormat, mengecilkan hati, nada suara, situasi. Manakala komunikasi keprihatinan atau tingkahlaku yang baik terhadap seseorang. Sebenarnya, wanita lebih banyak bertanya soalan daripada lelaki kerana lelaki beranggapan wanita kurang pengetahuan.
Kita sewajarnya tidak memandang remeh akan komunikasi kerana ia melibatkan emosi yang berpotensi mengawal kemahuan, komitmen, dan keupayaan seseorang.
Contoh mudah dalam komunikasi walaupun jauh daripada topik perubahan...hehe
Lelaki yang berminat untuk berkenalan seorang perempuan cantik di Facebook (FB). Sebelum memulakan komunikasi, lelaki terlebih dahulu melakukan kajian di FB perempuan terlebih dahulu. Setelah cukup maklumat dan percaya wanita ini masih single dan berani/yakin memulakan komunikasi dengan menghantar mesej di inbox. Maka, komunikasi telah bermula kerana kedua-duanya ingin berkenalan. Mereka memberi fokus dan komitmen dalam komunikasi. Bagi lelaki yang berminat, sesibuk mana pun akan terus berkomunikasi untuk terus kekal berkomunikasi. Jika lelaki tidak mahu meneruskan perhubungan atau menemui kegagalan komunikasi, lelaki tidak akan berhubung terus dan tidak menunjukkan minat atau memberi alasan jarang menggunakan FB. Ketika ini, peranan wanita untuk memujuk, memberi penerangan jelas dan memberi motivasi untuk meneruskan perhubungan. Dalam kes ini, lelaki ada ego sendiri atau sudah mempuntai pilihan atau sudah berpunya dan sebenarnya hubungan sudah tidak wujud. Tidak perlu kejar-kejar lagi. Dalam konteks organisasi, pekerja akan diberi ganjaran sebagai rangsangan untuk terus menyokong usaha organisasi melakukan perubahan.
Sebab itu, bagi organisasi yang ingin melaksanakan perubahan dalam organisasi perlu melantik wakil pegawai yang mampu berkomunikasi dengan baik, berpengaruh, disukai orang dan dipercayai.
No comments:
Post a Comment