Mengapa manusia perlu solat? Solat khusyuk. Sebabnya, Allah berkata dalam surah Al-Ma'aarij
·Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi
bakhil kedekut);
·Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
·Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
·Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
·Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
·Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
·Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
·Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
·Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
Apabila kita dah faham erti solat tuh, manusia mula bertindak
- Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum
- Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
Orang mukmin percaya hari akhirat
- Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
- Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
- Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
Tanggungjawab kepada keluarga
- Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
- Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
- Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
- Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
- Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
Maka, jagalah solat
- Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
- Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Allah SWT mengetahui segala-galanya isi hati manusia seperti dalam Surah Qaaf
- Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
- Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
- Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya
- (Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
- Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".
- (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -
- "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,
- "Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
- (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
- Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
- "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
- (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
- Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
·
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan
kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah
dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya
(segala hukum dan peraturan Allah);
·
"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang
Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab
Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".
·
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata):
"Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah
hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".
·
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi
Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
·
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu
daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu
lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu
keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian
keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
Surah As-Sajdah
· Mereka merenggangkan
diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang
tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Surah Taha
Rendahkan diri
No comments:
Post a Comment