Budaya adalah satu “human creation” (satu ciptaan manusia). Ia
mencakup “satu cara hidup bagi satu-satu masyarakat/kelompok yang mengandungi kod/peraturan tingkah laku, adat sopan, pakaian, bahasa. Upacara
amal (ritual), norma dan sistem kepercayaan.
Edward Taylor: “Culture is a
complex whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, custom, and
any other capabilities and habits acquired by man as a member of a society”.
Dalam bahasa mudah : “budaya adalah apa sahaja yang dipelajari secara sosial
dan dikongsi bersama oleh ahli masyarakat.” • Ianya termasuk yang bersifat
kebendaan dan bukan kebendaan.
MENGAPA KAJIAN BUDAYA PENTING? Ahli
antropologi mengkaji manusia secara menyeluruh (holistik), dan hanya pada ciri
fizikal, tetapi juga aspek budaya. Hal ini kerana: –
- Memperjelaskan human diversity, selain daripada beza fizikal, perlu dilihat kelainan dari segi budaya
- Kelainan dapat jelaskan akan perubahan yang manusia alami, khususnya dalam selesaikan masalah hidup.
- Manusia mengadaptasi diri dgn persekitaran yg pelbagai.
- Dapat jelaskan bagaimana manusia boleh survive (tambah ahli baru, membiak dan membesar).
- Adapatasi bukan melalui proses biologi. Proses biologi lebih banyak bergantung kepada alam sekitar; yang tidak dapat sesuaikan diri akan pupus.
- Jadi BUDAYA adalah penting sebab ia merupakan proses/cara penyesuaian diri untuk terus hidup.
- Budaya penting kerana ia merupakan satu sistem adaptif.
- Budaya merupakan satu praktikal & pragmatis/berguna
• Tidak ada masyarakat yang tidak berbudaya.
•
Masyarakat tidak berbudaya seolah masyarakat tidak bertamadun! Semua masyarakat
adalah berbudaya.
• Juga dari perspektif sosiologi: tidak ada masyarakat yang
sepatutnya dianggap berbudaya rendah/berbudaya tinggi (moden atau primitif) Eg.
Tarian orang Asli dianggap tidak berbudaya.
• Primitif merupakan satu konsep
yang memandang rendah orang lain (degrading).
• Perbezaan cara hidup tidak
menyebabkan ada kebebasan kita mengatakan budaya yang satu lebih baik/lebih
buruk daripada yang lain.
• Relativisme budaya: dari perspektif sosiologi,
sesebuah budaya mesti dikaji/diinterpretaskan ikut kacamata budaya itu sendiri.
Contoh: bercium/pegang tangan • Perspektif sosiologi: memastikan kajian tentang
budaya tidak melibatkan nilai, tapi menekankan objektiviti.
• Perspektif
menekankan cultural relativism (relative to one culture) bukan culture
ethnocentrism.
RELATIVISME BUDAYA
• Untuk memahami budaya orang lain, ianya
perlu menggunakan kaca mata mereka dan bukan kaca mata kita.
• Budaya adalah
relatif, berkaitan dengan situasi.
• Mengandung sebelum berkahwin sesuatu yang
buruk dalam masyarakat kita, tetapi dalam masyarakat Bontocs di Fillipina,
perempuan lebih layak berkahwin apabila kesuburannya telah disahkan (masyarakat
tersebut punyai adat bahawa setiap anak diterima oleh masyarakat – tiada konsep
anak luar nikah).
• Dengan demikian, relativisme budaya ialah fungsi dan makna
sesuatu trait adalah relatif kepada setting/persekitaran budaya berkenaan.
•
Sesuatu trait budaya itu tidaklah baik dan tidak juga buruk pada ciri-cirinya
itu.
• Baik atau buruk hanya dengan merujuk kepada budaya di mana ianya
berfungsi.
• Konsep ini tidak bermakna semua adat resam punyai sama nilai;
tidak juga bermakna tiada budaya yang berbahaya. Ada budaya yang berfungsi
tetapi berbahaya (mengorban manusia untuk pemujaan).
• Bukan bermaksud dengan
adanya RB manusia bebas untuk lakukan/cipta budayanya.
• Sebaliknya RB ialah
dalam setting tertentu, trait-trait tertentu adalah baik/betul kerana trait
bersesuaian dengan setting tersebut.
ETNOSENTRISME BUDAYA
• Orang Eksimo
mengelar diri mereka sebagai “Inuit” – the real people (seolaholah orang lain
tidak real).
• Graham Sumner manamakan sikap ini sebagai etnosentrisme.
• Etnosentrisme:
menyatakan superioriti kelompoknya, menjadikan budaya sendiri sebagai rujukan
apabila menilai budaya orang lain – yang akhirnya merendahrendahkan budaya
orang lain dan mengagungkan budaya/kelompok sendiri.
• Etnosentrisme – reaksi
manusia yang bersifat sejagat, terdapat pada semua masyarakat/kelompok.
•
Etnosentrisme adalah berfungsi dan berdyfungsi; menyatukan kelompok,
mengutuhkan budaya, mempastikan taat setia ahli pada budaya; negatifnya, boleh
memecahbelahkan antara masyrakat (sukar untuk wujudkan perpaduan).
XENOSENTRISME
• Xeno – bermaksud “asing”; xenosentrisme bermaksud kepercayan
bahawa budaya sendiri adalah inferior dan budaya asing adalah superior.
• Suka
barang, fesyen etc import; gaya hidup belia (rambut perang, tindik etc)
• Sebab:
telah lama tinggal di negara asing; pengaruh media massa.
• Ini satu cerminan
di mana anggota masyarakat menolak elemen budayanya sendiri.
• Namun ia dapat
dibezakan dengan kesejagatan budaya (universal culture).
CIRI-CIRI BUDAYA
•
Budaya adalah dipelajari – melalui proses sosialisasi
• Budaya adalah satu
mekanisme kawalan sosial – Cara bertindak dan bertingkah laku telah disediakan
oleh budaya; di samping itu budaya memastikan cara tersebut diikuti (dengan
adanya isbat-isbat untuk tujuan kawalan sosial).
• Budaya manusia adalah
berbeza antara satu dengan lain – Memang ada tret budaya yang sama antara
masyarakat (kesejagatan budaya) tetapi ianya terbatas. Contoh: berjabat tangan,
senyum tanda suka. Banyak yang berbeza: bahasa; upacara agama, kematian etc. •
Budaya adalah etnosentrik
• Wujud nilai atau kepercayaan dalam budaya, sebab
orang tidak mahu lihat unsur-unsur budaya luar dalam konteks (dengan kacamata)
budaya luar (cultural relativisme)
• Budaya beri identiti kepada kelompok –
Budaya bukan sahaja diwarisi/diwariskan melalui sosialisasi tetapi memberi rasa
kekitaan (wee-feeling) di kalangan anggotanya. Budaya menyatupadukan
(tingkatkan solidariti) kelompok.
• Budaya bersepadu unsur-unsur di dalamnya –
Pelbagai aspek kehidupan saling sandar menyandar; beri makna dalam kesatuan
cara hidup.
• Budaya adalah adaptif – Budaya adalah praktikal/berguna/berfungsi
kerana sentiasa disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan alam sekitar, Budaya
yang tidak dapat disesuaikan dengan alam sekitar boleh jadi pupus (budaya yang
tidak adaptif)
• Budaya bertimbun tambah (kumulatif) – Ilmu, idea, benda
bertambah dari masa kesemasa/generasi ke generasi. Contoh: nilai keluarga besar
merosot; tapi ada nilai baru mahu keluarga kecil dan bebas dari rumah
datuk-nenek dan untuk kepentingan ekonomi
KOMPONEN-KOMPONEN BUDAYA
• Ertinya
apa yang terkandung dalam budaya.
• Dua komponen utama – Non-material
(mentifak)
• Simbol
• Bahasa
• Nilai
• Norma
• Isbat – Material (artifak)
SIMBOL
• Sesuatu yang melambangkan/mewakili dengan bererti sesuatu yang lain.
•
(Contoh: perkataan spt. Budak (gambarkan orang yang beringus, tidak tua, masih
hijau etc).
• Contoh: gengam tangan, meludah depan orang, merpati putih, palang
empat, cet!! Kenyet mata.
• Ingat: interaksi simbolik? NILAI
• Nilai adalah idea
(atau prinsip-prinsip umum) yang dikongsi bersama oleh orang dalam satu-satu
masyarakat mengenai apa yang baik dan buruk, salah dan betul serta diperlukan
atau sebaliknya.
• Nilai jadi asas/tapak/pemandu tingkah laku
• Nilai beri
justifikasi kepada tindakan kita.
• Contoh: kenapa bongkok macam orang bodoh
jalan depan orang tua? Justifikasi: nilai kita kata “hormat orang tua”.
• Orang
Jepun tunduk
• Nilai masyarakat diturunkan turun temurun melalui proses
sosialisasi
• Sebab itu nilai membentuk personaliti ahli masyarakat.
NORMA
•
Jangkaan tentang bagaimana seseorang patut bertingkah laku, fikir, atau rasa
dalam situasi-situasi tertentu.
• Sebab itu, norma sama dengan tingkah laku
lazim, dianggap patut – Norma preskriptif – yang disuruh – Norma proskriptif
(taboos) – yang dilarang
• Norma darjahnya boleh jadi sangat formal dan tidak
formal untuk dipatuhi/ditaati/diakuri oleh kelompok
• Perlu fahami
darjah-darjah norma itu adalah relatif
• Di celah-celah boleh wujud norma-norma
lain seperti: adat, istiadat dsb. (ikut masyarakat)
• Satu-satu jenis norma
tidak semestinya sama darjahnya bagi semua masyarakat.
• Contoh: kahwin lebih
daripada satu, langgar adat Melayu (luar biasa). Tetapi di USA ianya langgar
undang-undang.
• Dalam masyarakat yang sama pun darjah norma boleh berubah •
Norma “jangan perempuan cari lelaki” (langgar adat).
NORMA. Norma boleh
dibahagikan kepada: – Undang-undang
• Norma paling formal darjahnya
• Lazimnya
bertulis
• Melanggar, berat hukumannya dan jelas hukuman (contoh gantung sampai
mati) – Mores • Norma hampir setaraf dengan undang-undang (tapi tidak bertulis)
• Langgar juga hukumannya berat (eg dipulau)
• Contoh: meming baru kahwin;
ziarah jiran mati; – Folkways (resam) • Kebiasaan tingkah laku bagi tunjuk
tatatertib, sopan santun.
• Langgar tidak rosakkan masyarakat/ tidak ada
hukuman berat
• Contoh: ketuk pintu, ucap selamat, angkat topi, pakai songkok
semasa di masjid etc. ISBAT (SANCTIONS)
• Merupakan kaedah mempastikan anggota
masyarakat akur/taat kepada norma-norma sosial.
• Isbat boleh jadi: – Positif:
beri ganjaran sebab lakukan norma preskriptif (pujian, hadiah, naik pangkat
etc) – Negatif: hukuman sebab langgar norma proskriptif (seperti jangan curi
duit orang) (denda, penjara, rotan, dipulau, dan digantung).
• Isbat dalam masyarakat
lazimnya dalam bentuk tidak formal, tapi isbat yang lebih formal terpaksa
digunakan bila: – Masyarakat lebih kompleks – Isbat tidak formal tidak berkesan
– Cth – Buang kerja ISBAT (SANCTIONS)
• Merupakan kaedah mempastikan anggota
masyarakat akur/taat kepada norma-norma sosial.
• Isbat boleh jadi: – Positif:
beri ganjaran sebab lakukan norma preskriptif (pujian, hadiah, naik pangkat
etc) – Negatif: hukuman sebab langgar norma proskriptif (seperti jangan curi
duit orang) (denda, penjara, rotan, dipulau, dan digantung).
• Isbat dalam
masyarakat lazimnya dalam bentuk tidak formal, tapi isbat yang lebih formal
terpaksa digunakan bila: – Masyarakat lebih kompleks – Isbat tidak formal tidak
berkesan – Cth – Buang kerja ISBAT (SANCTIONS)
• Merupakan kaedah mempastikan
anggota masyarakat akur/taat kepada norma-norma sosial.
• Isbat boleh jadi: –
Positif: beri ganjaran sebab lakukan norma preskriptif (pujian, hadiah, naik
pangkat etc) – Negatif: hukuman sebab langgar norma proskriptif (seperti jangan
curi duit orang) (denda, penjara, rotan, dipulau, dan digantung).
• Isbat dalam
masyarakat lazimnya dalam bentuk tidak formal, tapi isbat yang lebih formal
terpaksa digunakan bila: – Masyarakat lebih kompleks – Isbat tidak formal tidak
berkesan – Cth – Buang kerja
RUMUSAN
- Budaya adalah hasil ciptaan manusia untuk tujuan memenuhi keperluan manusia.
- Dengan budaya manusia dapat mengeksploit dan mengadaptasikan diri dengan persekitaran
- Unsur-unsur budaya yang dihasilkan oleh manusia adalah berbentuk artifak dan mentifak
- Umumnya manusia adalah mengagung-agungkan budaya mereka sendiri.
- Walaupun budaya adalah berfungsi namun terdapat sesetengah budaya yang menghalang manusia dan menyusahkan kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment