Thursday, 26 April 2018

ISO 14000 DAN EMS

Image result for iso 14000


Pengenalan

ISO 14000 ialah satu siri piawaian pengurusan persekitaran yang telah dibangunkan oleh “International Standards Organisation” atau ISO. Ianya merangkumi bahagian-bahagian:
1. Pengurusan persekitaran
2. Pengukuran
3. Penilaian
4. Audit

Penekanan diberikan atau dititikberatkan kepada langkah-langkah dan cara pengawalan kualiti alam sekitar yang dapat dipertingkatkan serta dikemaskinikan dengan mengawal dan memberikan sepenuh perhatian kepada pemangkin-pemangkin kepada situasi dan keadaan yang tidak diingini daripada menunggu hingga ianya berlaku barulah satu langkah drastik hendak diambil bagi memperbetulkan atau dianbil tindakan untuk memperbaiki dan memulihkannya pada keadaan yang sepatutnya.

Sejarah
Ia wujud khususnya selepas Pusingan Uruguay pada mesyuarat GATT dan juga mesyuarat RIO berkenaan alam sekitar pada 1992. Mesyuarat di Rio telah menghasilkan komitmen untuk memelihara persekitaran seluruh dunia. ISO telah membuat komitmen untuk menentukan cara-cara ia boleh menyokong konsep “pembangunan perniagaan yang berterusan”.

Subjek-subjek penting
1. Sistem Pengurusan Persekitaran
2. Audit Persekitaran
3. Deklarasi dan Pelabelan Persekitaran
4. Penilaian Prestasi Persekitaran
5. Penilaian Kitar Hidup

EMS
EMS (Environmental Management System) atau Sistem Pengurusan Persekitaran ialah satu struktur pengurusan yang membenarkan sesuatu organisasi menilai dan mengawal impak-impak alam sekitar yang terhasil daripada aktivitinya, produknya atau perkhidmatannya. Mengikut ISO 14001, 6 elemen penting EMS ialah:

1. Environmental Policies
2. Planning
3. Implementation and operation
4. Repair and checking processes
5. Management review
6. Continual Improvement

Kebaikan siri ISO 14000
1. Memastikan hubungan baik industri dan kerajaan
2. Membangunkan dan berkongsi soal-soal penting berkenaan persekitaran serta juga bertanggungjawab ke atasnya
3. Mengurangkan kos menepatikan diri dengan perundangan persekitaran
4. Menunjukkan keprihatinan kepada persekitaran
5. Memperbaiki kawalan kos
6. Mengurangkan insiden yang membawa kerugian
7. Meningkatkan imej dan kawalan pasaran.
8. Pembelian insurans pada kadar berpatutan
9. Mengurangkan masa pemprosesan tempoh ubahsuai permit
10. Mengukuhkan kedudukan kebolehkesanan kawalan.

Penerimaan dunia terhadap pengesahan ISO 14000 diharapkan dapat merendahkan serta mengurangkan liabiliti insuran dan kos peminjaman, mengurangkan kawalan yang tidak disangka atau di luar jangkaan, meningkatkan kemasukan ke dalam pasaran antarabangsa dan yang paling penting dan diambil perhatian ialah kebolehan menyediakan kecekapan alam sekitar pada kos peneguhan dan pengawalan yang menjimatkan dan menguntungkan semua pihak yang terbabit di dalamnya secara langsung atau tidak langsung.

Antara bahagian-bahagian ISO 14000
1. ISO 14000 : Guide to Environmental Management Principles, Systems and Supporting Techniques
2. ISO 14001: Environmental Management Systems – Specifications with Guidance for Use
3. ISO 14010 : Guidelines for Environmental Auditing – General Principles of Environmental Auditing
4. ISO 14011 : Guidelines for Environmental Auditing – Audit Procedures Part 1 : Auditing of environmental Management Systems
5. ISO 14012 : Guidelines for Environmental Auditing – Qualification Criteria for Environmental Auditors
6. ISO 14013 / 15 :Guidelines for Environmental Auditing – Audit Programs, Reviews and Assessments
7. ISO 14020 / 23 : Environmental Labelling
8. ISO 14060 : Guide for the Inclusion of Environmental Aspects in Product Standards

No comments: