Wednesday, 4 April 2018

JALAN TAKDIR



Hati kalau tersuka dengan seseorang sukar untuk mengawal perasaan rindu dan ingat kepada dia. Jadi, kita jelah yang ada perasaan/emosi. Bila tidak dapat menahan rasa rindu, kita lah yang terhegeh hegeh mesej. Kadang-kadang reply dan kadang-kadang tidak. Bila begini jadinya. Kita perlu pilih jalan takdir. Muktamadkan.

Pertama, terima hakikat dia memang tidak mahu dan berminat.
Kedua, buatlah apa sahaja memang dia akan tetap pergi.
Ketiga, kita insan biasa-biasa. Mungkin dia sudah bertemu insan yang lebih baik.

Seperti kata Allahyarham Tuan Guru Haron Din:

Jangan simpan seseorang dalam hati,
Hati itu berbolak balik sifatnya,
Simpanlah seseorang dalam doa,
Kerana doa tercatat di langit selamanya.

Semoga Allah memberi petunjuk dan bertemu insan yang lebih baik. Tutup buku dan menumpukan perhatian kepada insan yang cinta ikhlas. Sebelum menutup kisah sedih ini, mari kita hayati kata-kata hikmah:

Kalau aku berdoa, lalu Allah SWT memberikan sama seperti mana yang aku minta, aku akan syukur sekali. 
Kalau aku berdoa lalu Allah SWT beri seperti mana aku pilih, aku syukur sekali. 
Sekiranya aku berdoa, lalu Allah memberi tidak sama seperti mana aku minta, aku syukur 10 kali. 
Ini kerana doa pertama adalah pilihanku dan kedua adalah pilihan Allah SWT.

Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui dan Bijaksana!


No comments: