Hak anak daripada ibubapa adalah mendapat kasih sayang, pelindungan dan pendidikan. Ibubapa mesti bersungguh-sungguh mendidik anak mengenai tauhid, akhlak, syariah, solat, baca Quran, doa. Siapa boleh ukur kesungguhan mendidik anak? Kita sendiri yang boleh mengukur kesungguhan itu. Berapa banyak memberi nasihat, agama, menegur, ajar ilmu dan sebagainya. Berikan masa untuk mengajar dan mendidik. Jangan sampai menjadi ibubapa derhaka iaitu tidak menyediakan ibu solehah, tidak menamakan anak yang baik-baik dan mengajar anak alQuran.
Bermulalah pencarian isteri solehah atau usaha mencari wanita baik/solehah. Lelaki perlu dan wajib menyediakan isteri solehah. Anak berhak mendapat ibu solehah. Lelaki/suami mesti cari wanita solehah/baik untuk meletakkan spermanya. Antara ciri-ciri yang disarankan oleh Nabi SAW untuk mencari isteri iaitu cantik, harta, keturunan atau agamanya. Ambillah/pilihlah yang ada agama kerana semuanya akan menjadi cantik. Apa maksud wanita solehah/agama?. Wanita yang jaga imam, ilmu, kehormatan, akhlak dan amal ibadatnya.
Asma binti Yazid Anshari r.ha adalah seorang sahabiah. Pada suatu ketika, ia mendatangi Nabi SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, aku datang sebagai utusan kaum wanita. Sungguh, engkau adalah utusan Allah untuk kaum lelaki dan juga wanita. Untuk itu kami sebagai kaum wanita telah beriman kepada Allah dan kepadamu. Kami kaum wanita selalu tinggal di dalam rumah saja, tertutup dalam hijab-hijab dan sibuk menunaikan keperluan serta keinginan suami. Kami selalu mengasuh anak-anak, sedangkan kaum lelaki selalu mendapat pekerjaan yang memborong pahala. Mereka dapat menghadiri solat jumaat, dapat berjamaah solat lima waktu, dapat menjenguk orang sakit, menyertai jenazah, pergi haji, dan yang paling utama mereka dapat berjihad di jalan Allah. Jika mereka sedang mengerjakan haji, umrah, atau jihad, kamilah yang menjaga harta mereka, menjahitkan baju mereka dan memelihara anak-anak mereka. Maka, apakah kami tidak mendapatkan pahala yang sama dengan mereka?“
Rasulullah saw. Mendengarnya dengan penuh perhatian. Kemudian berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda. “ Pernahkan kalian mendengar sebuah pertanyaan agama yang lebih baik daripada pertanyaan wanita ini?” Para sahabat r.a berkata, “ Ya Rasulullah, bahkan kami tidak menduga bahwa kaum wanita akan dapat bertanya seperti itu.” Lalu baginda saw. Berpaling kembali kepada Asma r.ha dan bersabda, “Dengarlah dengan baik dan perhatian, lalu sampaikan kepada para wanita muslimah yang telah mengirimmu kesini. Apabila para isteri berbuat baik kepada suaminya, mentaatinya, melayaninya baik dan berusaha membuat suaminya selalu bergembira, maka itu adalah sesuatu yang sangat berharga. Jika semua itu dapat kalian kerjakan, kalian akan mendapatkan pahala yang sama dengan kaum lelaki.“ Mendengar jawaban Nabi saw. itu, hati Asma r.ha sangat bergembira. Kemudian ia segera kembali menjumpai kaumnya.
Hadis lain, sabda Rasulullah SAW:
“Apabila seorang wanita solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dari zina, dan taat kepada suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” [HR. Ibnu Hibban dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Shahihut Targhib: 1931]
Pentingnya menjaga solat dan solat awal waktu. Banyakkan doa teguhkan solat.
Pentingnya menjaga solat dan solat awal waktu. Banyakkan doa teguhkan solat.
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 14:40)
Taat Suami. Kalau betul dan pandangan baik maka ikutlah kata suami. Benda yang baik, ikutlah untuk kebaikan dunia akhirat. Suami penolong kita untuk menjadi baik.
Pemilihan lelaki/suami/bapa - baik agamanya
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)
No comments:
Post a Comment