Sunday, 1 December 2019

AZAN DAN JAWAB



Doa Selepas Azan berserta rumi

Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah  bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”     (Riwayat Imam Muslim).

Menjawab dan menyahut seruan azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah  memberi amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas  ke dalam telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.”  (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

   Rasulullah    bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).

No comments: