Suamimu bukan MALAIKAT...lalu isterimu bukanlah HAMBAMU....
Bila berbuat kesalahan dalam kehidupan rumah tangga? Itu normal...kerana kita semuanya manusia, lagi pula kita hamba. Tetapi janganlah mencela dan mencemuh dengan kata-kata yang kasar.
Bila sahaja dia berulang kali melakukan kesalahan yang sulit dihindari pada kelakuan dan tabiat baik si suami atau isterinya, dan ini pasti ada dalam kehidupan berumah tangga, akan tetapi bantulah pasanganmu untuk memperbaiki diri dan meninggalkan kesalahan tersebut...
Allah swt berfirman surah An-Nisaa’: 19
“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
Disebutkan dalam Tariqh Damasyqus (70/151) dari Baqiyah bin Al-Walid bahwa Ibrahim bin Adham berkata;
Abu Darda’ radhiyallahu anhu pernah berkata kepada isterinya Ummu Darda’.
“Jika kamu sedang marah, maka aku akan membuatmu jadi redha kepadaku dan apabila aku sedang marah, maka buatlah aku redha kepadamu dan Jika tidak maka kita tidak akan menyatu.
Kemudian Ibrahim berkata kepada Baqiyah “Wahai saudaraku, begitulah seharusnya orang-orang yang saling bersaudara itu dalam melakukan persaudaraannya, kalau tidak begitu, maka mereka akan segera berpisah (baca : bercerai).
Bukankah bercerai itu benda yg dibenci oleh syarak, fikirlah dengan akal yang dipandu syarak pada mencari penyelesaian bukan emosi serta mencari pihak ketiga yang akan mengeruhkan keadaan, menghasut dan jadilah masalah yang berpanjangan.
Sekira kira bergaduh suami isteri dapatkah khidmat nasihat yang baik. Apatah lagi jika ada anak anak kecil yang tidak mengerti mengenai sebuah kehidupan. Ingat masa suka, bukankah berusaha untuk bercinta. Jangan diubah rasa hanya kerana dunia atau pun nafsu belaka.
Isterimu menjadi gemuk kerana melahirkan anak engkau.
Suamimu menjadi tua kerana letih bekerja.
Maka anaklah yang menjadi penyejuk mata tatkala balik di petang hari.
Manusia itu tidak ada yang sempurna tidak ada hatta para Nabi pun diselisihi para isteri mereka dlm hal dunia
semulia mulia ummahaatul mukminin, saidatina Aisyah Radhiyallahu anha sekalipun.... tetap ada sifat cemburunya kerana mereka sememangnya diciptakan dengan sifat sedemikian rupa.
Cerai hanyalah sebuah jalan terakhir bagi mereka yg kehabisan akal untuk mentarbiah pasangan masing-masing masih halal cuma fikir 100 kali sebelum bertindak sedemikian.
No comments:
Post a Comment