Wednesday, 17 August 2022

JANGAN BERTANGGUH, SEGERA BERAMAL

Apa yang memisahkan iman daripada amal adalah perangai suka bertangguh dan berlengah. Apabila iman terpisah daripada amal, ia menjadi kusam. Manakala amal apabila terpisah daripada iman, ia jadi buruk dan beracun. Maka ketahuilah bahawa sifat suka bertangguh, berlengah dan berangan panjang itu adalah penyakit hati yang amat bahaya dan merugikan. Ubatinya segera dan dengan cermat agar amal menjadi baik dengan istiqamah.

No comments: