Thursday 13 January 2011

TERIMA DIRI SEADANYA

Segala puji bagi Allah SWT, TUHAN sekalian alam. Selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah. Chapter baru dan episod baru.
Semua manusia memerlukan motivasi. Maklumlah hidup penuh dengan cabaran dan dugaan. Nabi Muhammad SAW juga memerlukan motivasi yang diberi melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Ibrahim AS juga memohon motivasi daripada Allah SWT:
“Ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkan lah kepada ku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah SWT berfirman: “Adakah engkau begitu yakin(dengan kekuasaan Ku)? . Nabi Ibrahim AS menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), tetapi (aku mohon untuk yang demikian) supaya hatiku mantap dengan iman.” – Surah alBaqarah:260.
Kita semua memerlukan motivasi. Motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan keredaan dan syurga Allah sebagaimana Nabi dan para sahabat.
10 Pesona Artis Malaysia Nur Fazura, 'Nadia' di Film Warkop DKI Reborn“Wajah yang cantik / tampan dan indah mampu menawan hatiku, melalui kemerduan suara, mampu menangkap minat dan cinta seseorang. Budi bahasa dan pekerti yang baik, mampu meraih perhatian dan kasih yang tulus. Ringan tulang, banyak membantu serta sentiasa mengambil berat terhadap masalah orang lain, akan menjadikan benih sehingga tanpa sedar ia pengikat jiwa”. Bila ku sedar, orangnya sudah dimiliki. Rupa-rupanya aku masih “syok sendiri”.
Sekiranya hati sudah terpaut, seseorang mampu berbuat benda pelik demi yang dikasihi. Sebagaimana insan yang bercinta. Malam terasa panjang, perkara berat terasa ringan dan beban terasa nikmat. Itulah namanya “mabuk cinta”. Motivasi cinta semuanya indah. Sekiranya anda bukan pilihannya, dia menganggap anda tiada dan biasa.
Apabila kita sudah menyukai seseorang, kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Cuba untuk menutup kelemahan diri dan tidak menerima seadanya diri sendiri. Namun apa yang berlaku adalah orang suka pada ketidaksempurnaan ataupun kekurangan kita. Percaya tak?. Contohnya, ada dua gadis pilihan si jejaka. Kita namakan gadis A dan gadis B. Gadis A seorang yang cantik dan cuba menjadi sempurna manakala gadi B seorang yang biasa tetapi mendedahkan diri sendiri yang sebenar. Mana pilihan anda?.
Percaya atau tidak, ramai ingin memiliki gadis B yang kurang cantik tetapi menerima diri seadanya. Walaupun gadis A cantik tetapi cuba nampak sempurna dalam diri diharapkan sebagai faktor orang lain tertarik dengan dirinya. Itu kesilapan “besar”. Kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita. Sebab itu orang yang cantik ramai yang tidak laku kerana orang di luar sana sangat bersangka baik:
Ho1 : Semua gadis cantik sudah berpunya
Ho 2: Semua gadis cantik sudah berkahwin
Ho 3: Semua gadis cantik sangat memilih
Kisah Benar
Pasangan Anwar dan Azizah. Anwar adalah jejaka tampan. Buka sahaja ketampanannya diakui oleh ramai wanita bahkan rakan lelaki juga. Azizah sebagai kekasih mencintainya sepenuh hati. Apabila suatu hari Anwar bertanya kepada Azizah apakah yang menyebabkan dia jatuh hati kepadanya. Jawapan Azizah mengejutkan Anwar. Dia jatuh hati padanya kerana suka mendengar suara Anwar menjawab telefon ketika waktu subuh.
Hakikatnya kita takut menjadi diri kita sebenar atas banyak sebab. Antara sebabnya kita takut diri kita tidak ada sifat yang menarik pada pandangan orang lain. Maka kita memperbaiki diri kita. Baiki diri adalah bagus dan bijak. Tetapi, perhatikan sebab apa orang mencintai dan terpikat. Ingat, jangan jadi sempurna. Dedahkan sifat dan peribadi kita sebenar kerana hanya kesempurnaan yang menjadikan kekurangan dan kekurangan yang membawa kepada kesempurnaan. Sesungguhnya “kita ada daya penarik, Cuma kita tak perasaan”.



REDHA


Artikel ini saya petik daripada Majalah SOLUSI , kolum Mahmudah oleh guru yang disayangi al-Ustaz al-Muhaddis Umar Muhd Nor hafizahulLah . 

KEPENTINGAN RIDHA : 

Kali ini saya akan bercerita tentang seorang ulama ahli hadis dan fiqh di Madinah dari kalangan tabiin. Beliau adalah ‘Urwah putera pasangan dua orang sahabat Nabi Saw yang sangat terkenal, iaitu Al-Zubeir bin Al-‘Awwam dan isterinya Asma binti Abu Bakar Al-Siddiq. Sejak kecil, ‘Urwah tinggal serumah dengan adik ibunya, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, isteri kesayangan Baginda Nabi Saw. Dan dari beliaulah ‘Urwah menimba hadis, tafsir, fiqh, faraid dan berbagai ilmu lainnya. Sehingga ketika dewasa ia diakui sebagai salah seorang daripada tujuh fuqaha Madinah (al-fuqaha al-sab’ah) yang menjadi rujukan fatwa pada masa itu. ‘Urwah bin Al-Zubeir meninggal dunia pada tahun 94 H. 

Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam. Di tengah perjalanan, ‘Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul di kakinya yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka. Setibanya di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu kemudian menyimpulkan bahwa luka itu sebuah infeksi yang jika tidak segera dihentikan dapat menyebar ke seluruh badan. Dan satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran infeksi itu adalah dengan memotong kaki tersebut. 

‘Urwah setuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar ia meminum obat bius terlebih dahulu sebelum operasi dilaksanakan agar ia tidak merasakan sakit, tapi ‘urwah menolak. Ia ingin tetap berada dalam kesadaran sehingga dapat mengingat Allah meski harus merasakan kepedihan yang sangat menyiksa. Akhirnya, jadilah tabib itu memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan. 

Pada saat yang sama, seorang anak ‘Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami sebuah kemalangan. Seekor keledai menendangnya hingga mati. Apabila mendengar berita sedih ini, ‘Urwah tidak memberi komen apa-apa. Baru ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah, ‘Urwah terdengar berkata seperti ini, “Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga lainnya.” 

Masya Allah, tokoh besar ini masih dapat menemukan alasan untuk memuji Allah meski dalam musibah yang sangat memilu hati. Kisah ini dapat anda temui dalam kitab “Wafayat Al-A’yan” karya Ibn Khillikan dan buku muridnya: Imam Al-Dzahabi yang bertajuk “Siar A’lam Al-Nubala”. 

Redha kepada Allah 

Tidak banyak orang yang dapat tetap menjaga fikiran positif, apalagi bersyukur kepada Allah, di tengah hentaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang-orang yang telah redha kepada Allah sahaja yang dapat melakukan hal itu. Imam Abdul Karim bin Hawazin Al-Qusyairi berkata, “Orang yang redha kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya.” 

Sikap redha kepada ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat-sifat Allah Swt seperti Maha Pengasih (Al-Rahman) penyayang (Al-Rahim), Maha Bijaksana (Al-Hakim) dan Maha Mengetahui (Al-‘Alim). Ia meyakini bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri. 

Dan karena sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meski ketentuan itu kadang terasa pahit. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Qs Al-Baqarah: 216). 

Namun begitu, sikap ini bukan menganjurkan sifat malas berupaya dan penyerahan diri sepenuhnya kepada nasib. Itu adalah bisikan Iblis untuk menyesatkan akal fikiran manusia. Imam Ahmad dalam kitab “Al-Zuhd” meriwayatkan daripada Ibn Syihab Al-Zuhri katanya: Iblis bertanya kepada Nabi Isa as: “Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpa mu kecuali dengan ketentuan Allah?” Nabi Isa menjawab, “Benar, wahai musuh Allah.” Iblis berkata lagi, “Kalau begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkan lah diri mu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati atau kah tidak?” Nabi Isa menjawab, “Wahai musuh Allah, sesungguhnya tuhan boleh menguji hamba-Nya, tapi hamba tidak boleh menguji tuhannya.” 

Imam Al-Dzahabi dalam “Tazkiratul Huffaz” menceritakan ucapan seorang tokoh tabiin yang bernama Mutharif Ibn Al-Syikhir, “Seseorang tidak boleh naik ke atas bukit lalu melemparkan dirinya sendiri dan berkata: ini telah ditakdirkan Allah. Akan tetapi ia harus selalu berusaha dan berhati-hati. Jika setelah itu ia tetap tertimpa musibah, ia meyakini bahwa itu merupakan ketentuan Allah Swt.” 

Maqam redha memberikan pesanan yang sangat jelas bahawa tugasan seorang hamba hanyalah merancang dan berupaya sekuat tenaga, sementara hasil dan natijah diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah Swt. Jika hasil itu baik, ia bersyukur atas anugerah Allah Swt. Dan jika hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, ia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya, ia yakin bahawa ketentuan itu lebih baik untuknya kerana hikmah besar yang terdapat di sebalik musibah tersebut. 

Syurga Dunia 

Semua musibah dan kemalangan tentunya memang menyakitkan. Namun tidak ada musibah yang lebih pahit dan menyakitkan daripada musibah yang menembus ke dalam hati manusia. Musibah sekecil apa pun, jika ianya ditanggapi dengan hati yang panik dan memberontak, maka musibah itu akan membesar sehingga terlalu berat untuk ditanggung. Semakin ia meratapi kemalangan tersebut, semakin sukar ia keluar daripadanya. Seorang ulama tabiin yang bernama Maimun bin Mahran pernah berkata, “Seseorang yang tidak dapat bersikap redha dengan ketentuan Allah, maka tidak ada penawar yang dapat mengubati kebodohannya.” 

Dan sebaliknya, musibah sebesar apa pun, jika ianya dihadapi dengan ketabahan dan lapang dada, maka ianya akan larut di dalam keluasan hati itu ibarat setitis air kencing yang dituang ke dalam lautan luas untuk merosak kesuciannya. Tetesan najis itu tentu sahaja tidak dapat mengeruhkan lautan tersebut, malahan ianya akan larut di dalam keluasan air lautan yang suci dan mensucikan. Apabila hati berserah kepada ketentuan Allah, maka mata hati dan fikiran akan dapat dengan jernih melihat jalan keluar dari kesulitan yang dialaminya. 

Bahkan jika sikap redha telah tertanam di hati, musibah akan terasa manis. Abu Bakar bin Thahir berkata, “Redha adalah mengusir kebencian dari dalam hati sehingga hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang terdapat di dalamnya.” Seorang ‘abidah terkenal yang bernama Rabi’ah Al-‘Adawiah pernah ditanya, “Kapan kah seseorang telah mencapai maqam redha?” Ia menjawab, “Apabila ia bergembira dengan musibah yang menimpanya sepertimana ia bergembira dengan nikmat yang diterimanya.” 

Ucapan Rabi’ah ini terdengar agak mustahil dilakukan oleh orang-orang seperti kita. Namun hal itu tidak sukar bagi hamba-hamba Allah yang telah menanam keimanan sempurna di dalam hatinya sebagaimana kisah ‘Urwah bin Al-Zubeir di atas. Imam Al-Ghazali dalam “Ihya” menceritakan bahwa seseorang melihat luka yang terdapat di kaki Imam Wasi’ bin Hibban. Ia lalu berkata, “Setiap kali aku melihat luka ini, aku sangat kasihan kepadamu.” Wasi’ bin Hibban yang telah mencapai maqam redha menjawab, “Sejak luka ini keluar di kakiku, aku selalu bersyukur. Karena Allah Swt tidak menjadikan luka ini di dalam mataku.” 

Singkat kata, orang yang memiliki sifat redha di hati akan selalu merasakan kebahagian tak terkira. Segala sesuatu yang ditemuinya di dunia ini akan terlihat begitu indah dan terasa begitu manis. Benar sekali sabda Nabi Saw, “Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang redha Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad Saw sebagai rasulnya.” (HR Al-Bukhari daripada ‘Abbas bin Abdul Muthalib). 

Dalam hadis riwayat Abu Dawud dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah Saw juga bersabda, “Barang siapa yang berkata: {aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agama ku, dan Nabi Muhammad Saw sebagai nabi dan rasulku}, maka dipastikan baginya syurga.” Tidak mustahil dengan sikap redha ini ia akan merasakan syurga dunia sebelum syurga akhirat. Sebagaimana ucapan Imam Abdul Wahid bin Zaid, “Sikap redha adalah pintu (menuju) Allah yang terbesar dan syurga dunia.” 

Allah Swt selalu memperlakukan kita sepertimana kita memperlakukan-Nya. Apabila seorang hamba telah redha kepada semua ketentuan-Nya, maka itu menjadi suatu pertanda bahawa Allah swt telah meredhai orang itu sebagai hamba-Nya yang berbakti. Imam Al-’Arif billah Abu Al-Qasim Al-Qusyairi berkata di dalam kitab “Risalah”-nya yang terkenal, “Ketahuilah, seseorang hamba hampir tidak mungkin redha kepada (ketentuan) Allah melainkan setelah Allah redha kepadanya. Sebab Allah Swt berfirman, “Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadanya.” (Qs Al-Bayyinat : 8) 

Namun sebaliknya kita juga harus ingat bahawa jika kita tidak meredhai apa yang telah Allah tentukan pada diri kita, samada yang berkaitan dengan bentuk tubuh kita, kondisi orang tua, pasangan atau anak kita, sifat kerjaya kita. atau perkara-perkara lain yang terdapat di dalam diri kita, maka itu pertanda bahawa kita belum menjadi hamba-hamba Allah yang memperoleh redha-Nya. Wallahu a’lam.

Wednesday 15 December 2010

AKU DIPINANG


Fitnah lebih mudah terjadi andainya diri tidak menamatkan zaman bujang dan mulakan hidup berkeluarga. Usah juga terlalu penyedih, kecewa dan derita apabila putus kasih. Cari je yang lain (Senang je cakap!).

Sebenarnya kesedihan tidak membawa apa-apa makna. Menyepi, menyendiri dan bersedih tidak membawa sebarang manfaat. Usah diseksa jiwa dan raga, sedangkan berbahagia itu hak semua. Ayuh, berusaha cari yang sudi :P.

Kadang-kadang orang bercinta memang terkeluar dari garisan minasabah. Ayat-ayat dibawah biasa didengar atau biasa diucapkan?
Ah, "rindu awak, sayang awak",
"Api cinta kami panas membara, tak mudah padam!

"Saya tak pernah terasa'kehilangan" sebegini, bila ditanya diri apa perkara yang paling akan saya rindu, awak mungkin tahu jawapannya"
"Saya pasti awak adalah Hawa bagi saya dan saya adalah Adam bagi awak, mungkin sebaliknya, tapi saya percaya Allah menjadikan semua makhluk berpasang-pasangan."
"Urg, saya tak tau, bila difikir-fikirkan, hati saya rasa sakit, seolah-olah hilang benda yang penting."
"Saya dah solat istikharah, dan saya nampak awak dalam hati saya".

Kita tidak perlu menjadi seperti Romeo yang membunuh diri kerana menyangka Juliet telah mati. Apabila Juliet tersedar kerana mendapati Romeo telah mati dia juga turut membunuh diri. Betapa ceteknya dan dangkal Romeo dan Juliet. Rugi!

Mengapa kita membunuh kebahagiaan, menyeksa diri dan penyedih sepanjang masa. Tak perlu tergesa-gesa ingin mati, bila saatnya tiba matilah juga kita. Jadi nikmatilah dan hargai. Bila peluang untuk bahagia datang, lapangkanlah. Saya akui sukar melupakan kenangan dan rasa cinta kepada bekas pasangan kita. Meski pun hidup menanggung beban penyedih, janganlah memberi peluang penyedih menguasai diri kita (persepsi sendiri walaupun orang kata tak pun, huhuhu). Anggaplah ujian dan ketentuan Allah SWT, tingkatkan keimanan. Mohonlah pada Allah, InshaAllah.

Buat mereka yang pernah putus kasih, cinta bertepuk sebelah tangan (sakit hati!) dan apa-apa sedihlah kita tidak seharus menyepi, menyediri, membina benteng diri hingga menutup pintu untuk "didekati" serta tidak memberi peluang untuk dicintai & mencintai. Ini adalah perbuatan membunuh perasaan sendiri. Hidup tak lama. Carilah yang sesuai dengan diri kita untuk mencapai visi dan misi kebahagiaan dunia akhirat.

Jadi tunggu apa lagi, berilah peluang untuk disunting bagi versi cinta terhalal :D