Thursday 13 January 2011

TERIMA DIRI SEADANYA

Segala puji bagi Allah SWT, TUHAN sekalian alam. Selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah. Chapter baru dan episod baru.
Semua manusia memerlukan motivasi. Maklumlah hidup penuh dengan cabaran dan dugaan. Nabi Muhammad SAW juga memerlukan motivasi yang diberi melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Ibrahim AS juga memohon motivasi daripada Allah SWT:
“Ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkan lah kepada ku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah SWT berfirman: “Adakah engkau begitu yakin(dengan kekuasaan Ku)? . Nabi Ibrahim AS menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), tetapi (aku mohon untuk yang demikian) supaya hatiku mantap dengan iman.” – Surah alBaqarah:260.
Kita semua memerlukan motivasi. Motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan keredaan dan syurga Allah sebagaimana Nabi dan para sahabat.
10 Pesona Artis Malaysia Nur Fazura, 'Nadia' di Film Warkop DKI Reborn“Wajah yang cantik / tampan dan indah mampu menawan hatiku, melalui kemerduan suara, mampu menangkap minat dan cinta seseorang. Budi bahasa dan pekerti yang baik, mampu meraih perhatian dan kasih yang tulus. Ringan tulang, banyak membantu serta sentiasa mengambil berat terhadap masalah orang lain, akan menjadikan benih sehingga tanpa sedar ia pengikat jiwa”. Bila ku sedar, orangnya sudah dimiliki. Rupa-rupanya aku masih “syok sendiri”.
Sekiranya hati sudah terpaut, seseorang mampu berbuat benda pelik demi yang dikasihi. Sebagaimana insan yang bercinta. Malam terasa panjang, perkara berat terasa ringan dan beban terasa nikmat. Itulah namanya “mabuk cinta”. Motivasi cinta semuanya indah. Sekiranya anda bukan pilihannya, dia menganggap anda tiada dan biasa.
Apabila kita sudah menyukai seseorang, kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Cuba untuk menutup kelemahan diri dan tidak menerima seadanya diri sendiri. Namun apa yang berlaku adalah orang suka pada ketidaksempurnaan ataupun kekurangan kita. Percaya tak?. Contohnya, ada dua gadis pilihan si jejaka. Kita namakan gadis A dan gadis B. Gadis A seorang yang cantik dan cuba menjadi sempurna manakala gadi B seorang yang biasa tetapi mendedahkan diri sendiri yang sebenar. Mana pilihan anda?.
Percaya atau tidak, ramai ingin memiliki gadis B yang kurang cantik tetapi menerima diri seadanya. Walaupun gadis A cantik tetapi cuba nampak sempurna dalam diri diharapkan sebagai faktor orang lain tertarik dengan dirinya. Itu kesilapan “besar”. Kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita. Sebab itu orang yang cantik ramai yang tidak laku kerana orang di luar sana sangat bersangka baik:
Ho1 : Semua gadis cantik sudah berpunya
Ho 2: Semua gadis cantik sudah berkahwin
Ho 3: Semua gadis cantik sangat memilih
Kisah Benar
Pasangan Anwar dan Azizah. Anwar adalah jejaka tampan. Buka sahaja ketampanannya diakui oleh ramai wanita bahkan rakan lelaki juga. Azizah sebagai kekasih mencintainya sepenuh hati. Apabila suatu hari Anwar bertanya kepada Azizah apakah yang menyebabkan dia jatuh hati kepadanya. Jawapan Azizah mengejutkan Anwar. Dia jatuh hati padanya kerana suka mendengar suara Anwar menjawab telefon ketika waktu subuh.
Hakikatnya kita takut menjadi diri kita sebenar atas banyak sebab. Antara sebabnya kita takut diri kita tidak ada sifat yang menarik pada pandangan orang lain. Maka kita memperbaiki diri kita. Baiki diri adalah bagus dan bijak. Tetapi, perhatikan sebab apa orang mencintai dan terpikat. Ingat, jangan jadi sempurna. Dedahkan sifat dan peribadi kita sebenar kerana hanya kesempurnaan yang menjadikan kekurangan dan kekurangan yang membawa kepada kesempurnaan. Sesungguhnya “kita ada daya penarik, Cuma kita tak perasaan”.



No comments: