Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol . Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol yang berlebihan akan termendap di saluran darah dan akan menyempitkannya. Ia mengganggu sistem peredaran darah yang normal, seterus meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi, strok dan jantung.
Tahukah anda, kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan manusia yang merupakan komponen asas untuk membran sel, penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati manusia boleh menghasilkan kolesterol secara semula jadi. Kolesterol terdapat di dalam makanan bersumberkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.
Rawatan
a.
Hadkan pengambilan
kolesterol kepada melebihi 300mg sehari;
b.
Kurangkan pengambilan
makanan tergoreng dan berlemak tepu seperti berikut:
·
Kaki ayam, lembu,
kambing dan lain-lain
·
Krimer, susu pekat
manis, minyak sapi
·
Susu penuh krim
dan hasilnya
·
Sosej, burger,
daging cincang
·
Kulit ayam, lemak
daging
·
Santan, kerisik
kelapa
·
Marjerin dan
mentega
c.
Tingkatkan pengambilan
serat. Amalkan memakan buah-buahan 1-2 hidangan sehari dan sayur-sayuran
sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari;
d.
Berhenti merokok
dan elakkan minuman beralkohol; dan
e.
Bersenam sekurang-kurangnya
3 kali seminggu
HIDANGAN
|
KURANGKAN INI
|
PILIH YANG INI
|
Nasi/Bijirin
|
Nasi Beriani, Nasi Lemak, Nasi Bukhari, Nasi Goreng,
Nasi Ayam
|
Nasi Putih, Nasi Air, Oats, Nestrum
|
Mee/Mihun
|
Mee Kari, Mee Goreng, Mihun Goreng, Kuey Teow Goreng,
Mee Bandung, Laksa Lemak
|
Asam Laksa, Mee Rebus, Mihun Tom Yam, Kuy Teow Sup, Mee
Hailam, Laksa Penanf
|
Roti
|
Roti Canai, Roti Boom, Roti Prata, Roti Telur, Martabak
|
Roti Fiber, Roti Putih, Capati tanpa Ghee, Tosai
|
Lauk
|
Masak Lemak, Masak Rendang, Masak Goreng, Kari
Bersantan, Masak Percik, Sup Ekor, Gulai Kawah
|
Masak Sup, Masak Singgang, Masak Tom Yam,
Panggang/Bakar, Kukus/Rebus, Masak Asam Pedas, Kari Tanpa Santan
|
Sayur
|
Masak Lemak, Kerabu Bersantan, Sayur Goreng
|
Sup Sayur, Sayur Air, Sayur Celur/Rebus, Ulam-ulaman
|
Kuih muih
|
Kuih Segoreng, Kuih Bersantan
|
Kuih Kukus, Popia Basah, Tauhu Sumbat, Apam tanpa
Kelapa, Sandwic
|
Buah
|
Jemput-jemput, Pisang Goreng, Ubi Goreng, Jagung+Marjerin
|
Buah-buahan segar, Pisang Rebus, Ubi Rebus, Jagung Rebus
|