Friday 9 March 2018
WANITA IDAMAN
Wanita secantik artis Fazura idaman semua lelaki. Cantik, baik orangnya dan seorang yang merendahkan diri. Idaman orang. Bagi wanita yang bukan idaman lelaki, berhentilah jika menemui tanda-tanda seperti berikut:
- Aktif chatting melayan wanita sana sini
- Ajak keluar sekali je lepas itu tidak ajak keluar dah - tidak berminat tu
- Kawan berbulan-bulan, bertahun tahun - tak ada apa apa😋
- Lelaki yang terus menerus mencari wanita lain
- Lelaki sukar menerima wanita yang ada kecacatan. Mata besar sebelah ke😎
- Timbul dan tenggelam sama ada telefon atau mesej
- Tidak mesej dan mengharap wanita sahaja
- Kedekut.
- Tidak ingat cerita-cerita/ kisah-kisah hidup kita sebelum ini
- Tidak bertanya khabar. Sepi tanpa pesan
- Senyap dan senyap
- Suka like FB semua wanita dan komen
- Tidak hargai kehadiran dan buat tidak tahu - tiada perasaan penting
- Lambat balas mesej tetapi online sentiasa
- Lelaki beritahu wanita idaman dan kita tidak menepati spesifikasinya - jauhkan
- Lelaki yang yakin dapat wanita cantik seperti Fazura walaupun mukanya terlalu "kacak"
- Lelaki yang suka hantar gambar diri sendiri kepada semua wanita dikenali
- Lelaki yang tidak ada perasaan. Dia hidup dalam dunianya
- Lelaki yang berterus terang, kita bukan idamannya
- Lelaki berkahwin banyak kali
- Jawab mesej sepatah-sepatah
- Pandang remeh segala usaha untuk memikat
- Merahsiakan hal peribadi dan sukar bercerita hal peribadi
- Mesej yang tidak dijawab
- Lelaki online kita cemburu, kita online pula dia lagi gembira
- Paksa lelaki ucap tahniah padahal bukan dari jiwanya
- Lelaki yang banyak alasan
- Kadang-kadang tu, lelaki suka buat ujian seperti silent treatment ke
Tanda-tanda seperti diatas. Bertabahla😜. Bila baca balik , rasa sedih pulak😂
Istigfarlah
Doa
solat istikarah
Baiki diri menjadi lebih baik😢
Istigfarlah
Doa
solat istikarah
Baiki diri menjadi lebih baik😢
Friday 23 February 2018
KEYAKINAN
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.(7)
-Tafsir ayat ini mengandungi 2 arahan (Susukanlah dan letakkanlah dia di dalam peti dan lepaskanlah dia ke laut;), 2 larangan (janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita;) dan 2 kebaikan (mengembalikannya kepadamu dan menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami
-Hikmah ayat ini mengajar kepada ibu kerap menyusu anak dan biasakan menyusu anak
- Kita mesti ada keyakinan bahawa manusia akan mati dan menunggu giliran untuk kearah itu. Apabila kita yakin, maka kita bersungguh untuk melakukan persediaan untuk kematian itu iaitu menjadi baik, taat suami, menjadi anak solehah dan menjadi manusia yang bermanfaat.
Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah. (8)
-Jangan takabur dan sombong kerana Allah SWT boleh mendatangkan balasan pelbagai cara.
-Firaun silap strategi dan silap langkah
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).(9)
- Wanita ada peranannya dalam kehidupan ini
- Hikmah Allah SWT tidak menyebut nama isteri adalah supaya kita mengenali personaliti/karekter kerana wujud sepanjang zaman.
-Psikologi untuk lelaki kerana isteri firaun merayu untuk membesarkan anak lelaki yang ditemuinya. Untuk melembutkan lelaki, wanita perlu ada keyakinan dengan cara mengambil berat perihal suami (makan,minum), jawab balas dengan suami bahasa yang lembut,
- Wanita jangan merasa diri lebih pandai dari suami, jangan memberi arahan kepada suami, jangan pandang lekeh kepada suami,
-Firaun merasa isterinya hormat kepada dirinya sebagai suami
-isteri diberi Perlindungan Dan suami dihormati
-pujuk rayu isteri firaun akur APA Yang berlaku
Kesimpulan, keyakinan kita kepada Allah SWT akan membawa perjalanan hidup lebih terarah, objektif dan terbimbing seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Yakin dengan janji Allah SWT walaupun kita telah menahan sabar lebih 30 tahun kerana perangani suami, sakit dan sebagainya kerana keyakinan. Jangan ragu kerana orang seperti ini akan merasa cemas, tidak terbimbing dan perasaan bimbang.
-isteri diberi Perlindungan Dan suami dihormati
-pujuk rayu isteri firaun akur APA Yang berlaku
Kesimpulan, keyakinan kita kepada Allah SWT akan membawa perjalanan hidup lebih terarah, objektif dan terbimbing seperti mana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Yakin dengan janji Allah SWT walaupun kita telah menahan sabar lebih 30 tahun kerana perangani suami, sakit dan sebagainya kerana keyakinan. Jangan ragu kerana orang seperti ini akan merasa cemas, tidak terbimbing dan perasaan bimbang.
Subscribe to:
Posts (Atom)