Friday, 23 August 2019

AL-KHILAFAH, AL-IMAMAH, AL-WALI, AL-RIYASAH DAN AL-ZAAMAH


Image result for leadership

Kepimpinan menurut bahasa Arab merujuk kepada istilah-istilah yang diertikan sebagai al-khilafah, al-Imamah, al-Wali, al-Riyasah dan al-Zaamah. Menurut al-Quran, kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan. Gaya kepimpinan yang berpegang kepada kepimpinan Islam mampu menterjemahkan kehebatan Islam, keunikan akhlak dan role model kepada masyarakat keseluruhannya. Justeru itu, Islam meletakkan matlamat kepimpinan mestilah memenuhi maksud al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Seruan azan contohnya juga membawa umat Islam al-Falah iaitu bersegera melaksanakan solat dan Allah SWT akan memberi kejayaan dunia akhirat.

A077
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".(Al-Qasas 28:77)

Oleh itu pengabaian salah satu daripada maksud al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan falsafah kepimpinan dalam Islam.

A030

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)

Kepimpinan ialah satu kaedah pengarahan dan pembentukan manusia yang berasaskan kepada keimanan terhadap Allah SWT. Kepimpinan Islam juga merupakan amanah ketuhanan (divine trust) yang merangkumi urusan dunia dan akhirat. Justeru itu, Islam meletakkan kepimpinan sebagai pengganti kepada fungsi kenabian bertujuan menjaga agama dan mengatur kehidupan manusia di dunia. Ibn Taimiyyah (1971) menjelaskan bahawa fungsi kepimpinan itu sendiri merupakan satu tuntutan utama dalam ajaran Islam yang perlu diberikan perhatian oleh setiap umat Islam. Oleh itu, Islam menetapkan bahawa kepimpinan dan pengurusan ialah amal yang perlu diambil berat kerana ianya terangkum di dalam pengertian ibadah yang amat luas. Kepimpinan dan pengurusan yang sempurna adalah antara alat-alat utama ke arah kesempurnaan amal dan ibadah.

Islam tidak memisahkan peranan kepimpinan dan pengurusan kerana kedua-duanya merupakan unsur-unsur utama yang akan mengukuhkan al-Din, syariah dan ummah. Maka kepimpinan dalam Islam harus diterajui oleh individu yang bertakwa kepada Allah SWT. Al-Quran memaparkan isu tersebut dalam al-Quran yang memperjelaskan kepentingan kepemimpinan mempunyai sifat pengabdian yang tinggi terhadap Allah SWT.

A055

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (An-Nuur 24:55)

A056

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Kepimpinan Islam itu adalah satu proses mengerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Secara jelasnya, kepimpinan Islam berjalan secara terbuka dan penuh dengan semangat persaudaraan antara pemimpin dan pengikut. Islam secara umumnya memberikan penekanan utama terhadap persoalan kepimpinan kerana tanpa adanya elemen kepimpinan, urusan pentadbiran agama dan bangsa tidak dapat dijalankan dengan sempurna (Ibn Taimiyyah, 1971). Kepentingan kepimpinan ini juga terbukti apabila Rasulullah SAW mengsyorkan agar dilantik seorang pemimpin ketika bermusafir walaupun dalam kumpulan yang kecil.

“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk menjadi ketua.” Riwayat Abu Daud

Rasulullah SAW turut mengambarkan bahawa semua individu muslim itu dianggap sebagai khalifah atau pemimpin dan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinannya sama ada mereka sebagai ketua negara, isteri, anak ataupun hamba.

"Setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas yang dipimpinnya. Seorang imam (kepala Negara) adalahpemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas rakyatnya. Seorang suami dalam keluarganya adalah pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas orang yang dipimpinnya. Seorang isteri di dalam rumah tangga suaminya adalah pemimpin dia akan diminta pertanggung jawaban atas siapa yang dipimpinnya. Seorang Pembantu dalam urusan harta tuannya adalah pemimpin dan dia akan diminta pertanggung jawaban atasnya. Riwayat al-Bukhari.

Berpegang kepada akidah tauhid yang mantap akan mempengaruhi pembentukan dan perkembangan seseorang individu muslim kerana ianya akan menjadi asas dalam perjalanan kehidupan mereka. Akidah yang benar merupakan roh (spirit) bagi setiap individu menentukan perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan sama ada baik atau pun buruk. Sementara, kegagalan umat Islam memahami dan menghayati sepenuhnya persoalan akidah akan membuka ruang kepada syaitan merosakkan kehidupan mereka. Justeru itu, Rasulullah SAW memulakan dakwah baginda di Makkah dengan menekankan terhadap pembentukan akidah yang mantap dalam kalangan generasi Islam yang pertama. Secara umum, akidah tauhid merupakan satu ikatan perjanjian dan kepercayaan secara total kepada hakikat keesaan dan kekuasaan Allah SWT

A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

A057
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:57

A058
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Adz-Dzaariyaat 51:58)

Pandangan hidup berakidah ini diasaskan kepada tiga asas utama iaitu iman, ilmu dan amal. Dalam konteks kepimpinan Islam kesemua asas-asas ini perlu dibina oleh kepimpinan tersebut untuk mewujudkan satu organisasi yang menghayati nilai-nilai tauhid yang di syariatkan dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah SWT:

A052
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (An-Nuur 24:52)

A162
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)


Dalam menjelaskan pengertian iman, bermaksud kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan dan memberikan pengaruh terhadap pegangan hidup, tinggah laku dan perlakuan seharian. Juateru itu, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa mereka yang dapat merasai kemanisan dan kehebatan iman adalah merupakan golongan yang meredai Allah SWT sebagai Rabb dan Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga perkara yang jika seseorang melaksanakannya, ia mendapat kemanisan iman, Allah dan Rasul-NYA lebih ia cintai daripada selain keduanya, ia mencintai seseorang dengan tiada dorongan selain karena Allah, dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana kebenciannya untuk dilempar ke neraka.  Riwayat Bukhari 1995:6428

Perjalanan sirah Rasulullah SAW urut mengambarkan bagaimana baginda SAW sebagai pemimpin yang telah mempertahankan prinsip keimanan daripada dihina oleh musuh-musuh Islam. Dalam satu peristiwa seorang wakil kaum Quraish, Utbah bin Rabi’ah telah bertemu Rasulullah SAW dan menawarkan kepada baginda harta yang banyak, perempuan-perempuan dan kedudukan jawatan yang tinggi dalam kalangan kaum mereka dengan syarat baginda berhenti daripada menyeru manusia beriman kepada Allah SWT tetapi demi menjaga akidah Islam, baginda menolak tawaran tersebut. Oleh itu, untuk memelihara iman, seseorang itu perlu memiliki ilmu pengetahuan. Allah SWT melarang umat manusia mengikuti sesuatu tanpa mempunyai maklumat yang jelas tentang perkara tersebut

A036
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36)

A029

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;(Faatir 35:29)

Kesemua ayat di atas membawa satu kefahaman bahawa manusia akan berada dalam kerugian sekiranya sesuatu yang diikuti atau dipraktikkan tanpa mempunyai sandaran pengetahuan dan maklumat yang tepat. Ilmu dalam situasi tersebut menurut al-Ghazali. Justeru itu, kombinasi antara iman dan ilmu, maka lahirlah amal yang menggerakkan keperluan pelaksanaan tuntutan akidah dalam kehidupan seperti melakukan segala amal-amal soleh yang diperintahkan oleh al-Quran. Menjelaskan bahawa iman dan ilmu akan melahirkan sifat-sifat yang membawa kepada terbentuknya akhlak yang soleh sama ada dalam keluarga, masyarakat, sesame umat Islam dan juga terhadap bukan Islam. Keimanan dan keilmuan ini juga akan meletakkan mereka agar sentiasa menjaga amal, ketaqwaan dan akhlak mereka sejajar dengan tuntutan ajaran Islam.

*Bahan bacaan

CHANGE MANAGEMENT


MODEL-MODEL PERUBAHAN ORGANISASI

Image result for prosci's adkar change management methodology



Image result for kotter's model


Image result for kubler ross model


Thursday, 22 August 2019

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 POTENSI PEKERJAAN HILANG

Industry 4.0: Robots won't create massive unemployment

Laporan WEF (2017) menyebut, 65% murid yang masuk sekolah rendah hari ni akan dapat kerja yang masih belum wujud sekarang. Pada masa yang sama pendidikan sekarang dipercayai akan gagal mempersiapkan mereka untuk pekerjaan tersebut yang mana dijangka memburukkan lagi jurang kemahiran dan pengangguran pada masa depan.

Apa itu? Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan teknologi baharu menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud dan Internet of Things (IoT). Ia melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini untuk melakukan perubahan untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

IR4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak IR4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awam, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi. Internet menjadi keperluan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi, politik dan sosial.

IR4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital.

Pekerjaan yang berpotensi diautomasikan:
• Repetitive
• based on rules
• involve limited or well-defined physicality

Pekerjaan yang mempunyai possibility sebanyak 95% or lebih untuk diautomasikan:
• Cashiers
• Office clerks, general
• Secretaries and administrative assistants
• Bookkeeping, accounting and auditing clerks
• Cooks, restaurants
• Team assemblers
• Receptionists and information clerks

700 Pekerjaan, 99% berpotensi diautomasikan seperti:
Data entry key
Library technicians
New accounts clerks
Photographic process workers and processing
Machine operators
Tax preparers
Cargo and freight agents

8 Jenis pekerjaan yang paling rendah kebarangkalian diautomasikan berdasarkan teknologi semasa:

• Recreational therapists
• First-line supervisors of mechanics, installers, and repairers
• Emergency management directors
• Mental health and drugs social workers
• Audiologists
• Occupational therapists
• Orthopaedists and prosthetic
• Healthcare social workers

Tiga area manusia tidak boleh dikalahkan oleh mesin – Kunci kepada penciptaan kerja baru pada masa depan.

• Creative endeavours
—everything from scientific discovery to creative writing and entrepreneurship

• Social interaction
—robots just don’t have the kind of emotional intelligence that humans do

• Physical dexterity and mobility
—millennia of hiking mountains, swimming lakes and dancing practice gives humans extraordinary agility and physical dexterity