Kepimpinan
menurut bahasa Arab merujuk kepada istilah-istilah yang diertikan sebagai
al-khilafah, al-Imamah, al-Wali, al-Riyasah dan al-Zaamah. Menurut al-Quran,
kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan. Gaya kepimpinan yang berpegang
kepada kepimpinan Islam mampu menterjemahkan kehebatan Islam, keunikan akhlak
dan role model kepada masyarakat keseluruhannya. Justeru itu, Islam meletakkan
matlamat kepimpinan mestilah memenuhi maksud al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Seruan azan contohnya
juga membawa umat Islam al-Falah iaitu bersegera melaksanakan solat dan Allah
SWT akan memberi kejayaan dunia akhirat.
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".(Al-Qasas 28:77)
Oleh
itu pengabaian salah satu daripada maksud al-Falah tersebut merupakan satu
penyimpangan falsafah kepimpinan dalam Islam.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)
Kepimpinan
ialah satu kaedah pengarahan dan pembentukan manusia yang berasaskan kepada
keimanan terhadap Allah SWT. Kepimpinan Islam juga merupakan amanah ketuhanan
(divine trust) yang merangkumi urusan dunia dan akhirat. Justeru itu, Islam
meletakkan kepimpinan sebagai pengganti kepada fungsi kenabian bertujuan
menjaga agama dan mengatur kehidupan manusia di dunia. Ibn Taimiyyah (1971)
menjelaskan bahawa fungsi kepimpinan itu sendiri merupakan satu tuntutan utama
dalam ajaran Islam yang perlu diberikan perhatian oleh setiap umat Islam. Oleh
itu, Islam menetapkan bahawa kepimpinan dan pengurusan ialah amal yang perlu
diambil berat kerana ianya terangkum di dalam pengertian ibadah yang amat luas.
Kepimpinan dan pengurusan yang sempurna adalah antara alat-alat utama ke arah
kesempurnaan amal dan ibadah.
Islam
tidak memisahkan peranan kepimpinan dan pengurusan kerana kedua-duanya
merupakan unsur-unsur utama yang akan mengukuhkan al-Din, syariah dan ummah. Maka
kepimpinan dalam Islam harus diterajui oleh individu yang bertakwa kepada Allah
SWT. Al-Quran memaparkan isu tersebut dalam al-Quran yang memperjelaskan kepentingan
kepemimpinan mempunyai sifat pengabdian yang tinggi terhadap Allah SWT.
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (An-Nuur 24:55)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(Adz-Dzaariyaat 51:56)
Kepimpinan
Islam itu adalah satu proses mengerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu
arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Secara
jelasnya, kepimpinan Islam berjalan secara terbuka dan penuh dengan semangat
persaudaraan antara pemimpin dan pengikut. Islam secara umumnya memberikan
penekanan utama terhadap persoalan kepimpinan kerana tanpa adanya elemen
kepimpinan, urusan pentadbiran agama dan bangsa tidak dapat dijalankan dengan
sempurna (Ibn Taimiyyah, 1971). Kepentingan kepimpinan ini juga terbukti
apabila Rasulullah SAW mengsyorkan agar dilantik seorang pemimpin ketika
bermusafir walaupun dalam kumpulan yang kecil.
“Apabila
tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk
menjadi ketua.” Riwayat Abu Daud
Rasulullah
SAW turut mengambarkan bahawa semua individu muslim itu dianggap sebagai
khalifah atau pemimpin dan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di
bawah kepimpinannya sama ada mereka sebagai ketua negara, isteri, anak ataupun
hamba.
"Setiap
kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas yang
dipimpinnya. Seorang imam (kepala Negara) adalahpemimpin dan akan diminta
pertanggung jawaban atas rakyatnya. Seorang suami dalam keluarganya adalah
pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas orang yang dipimpinnya.
Seorang isteri di dalam rumah tangga suaminya adalah pemimpin dia akan diminta pertanggung
jawaban atas siapa yang dipimpinnya. Seorang Pembantu dalam urusan harta
tuannya adalah pemimpin dan dia akan diminta pertanggung jawaban atasnya.
Riwayat al-Bukhari.
Berpegang
kepada akidah tauhid yang mantap akan mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
seseorang individu muslim kerana ianya akan menjadi asas dalam perjalanan kehidupan
mereka. Akidah yang benar merupakan roh (spirit)
bagi setiap individu menentukan perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan
sama ada baik atau pun buruk. Sementara, kegagalan umat Islam memahami dan menghayati sepenuhnya persoalan akidah akan
membuka ruang kepada syaitan merosakkan kehidupan mereka. Justeru itu,
Rasulullah SAW memulakan dakwah baginda di Makkah dengan menekankan terhadap
pembentukan akidah yang mantap dalam kalangan generasi Islam yang pertama. Secara umum, akidah tauhid merupakan satu ikatan perjanjian dan
kepercayaan secara total kepada hakikat keesaan dan kekuasaan Allah SWT
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:57
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Adz-Dzaariyaat 51:58)
Pandangan
hidup berakidah ini diasaskan kepada tiga asas utama iaitu iman, ilmu dan amal.
Dalam konteks kepimpinan Islam kesemua asas-asas ini perlu dibina oleh
kepimpinan tersebut untuk mewujudkan satu organisasi yang menghayati
nilai-nilai tauhid yang di syariatkan dalam ajaran Islam sebagaimana firman
Allah SWT:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (An-Nuur 24:52)
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)
Dalam
menjelaskan pengertian iman, bermaksud
kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan dan memberikan pengaruh
terhadap pegangan hidup, tinggah laku dan perlakuan seharian. Juateru itu,
Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa mereka yang dapat merasai kemanisan dan
kehebatan iman adalah merupakan golongan yang meredai Allah SWT sebagai Rabb
dan Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga perkara yang jika
seseorang melaksanakannya, ia mendapat kemanisan iman, Allah dan Rasul-NYA
lebih ia cintai daripada selain keduanya, ia mencintai seseorang dengan tiada
dorongan selain karena Allah, dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana
kebenciannya untuk dilempar ke neraka. Riwayat Bukhari 1995:6428
Perjalanan
sirah Rasulullah SAW urut mengambarkan bagaimana baginda SAW sebagai pemimpin
yang telah mempertahankan prinsip keimanan daripada dihina oleh musuh-musuh Islam.
Dalam satu peristiwa seorang wakil kaum Quraish, Utbah bin Rabi’ah telah
bertemu Rasulullah SAW dan menawarkan kepada baginda harta yang banyak,
perempuan-perempuan dan kedudukan jawatan yang tinggi dalam kalangan kaum
mereka dengan syarat baginda berhenti daripada menyeru manusia beriman kepada
Allah SWT tetapi demi menjaga akidah Islam, baginda menolak tawaran tersebut. Oleh itu, untuk memelihara iman, seseorang itu perlu memiliki
ilmu pengetahuan. Allah SWT melarang umat manusia mengikuti sesuatu tanpa
mempunyai maklumat yang jelas tentang perkara tersebut
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36)
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;(Faatir 35:29)
Kesemua
ayat di atas membawa satu kefahaman bahawa manusia akan berada dalam kerugian
sekiranya sesuatu yang diikuti atau dipraktikkan tanpa mempunyai sandaran pengetahuan
dan maklumat yang tepat. Ilmu dalam situasi tersebut menurut al-Ghazali. Justeru itu, kombinasi antara iman dan ilmu,
maka lahirlah amal yang menggerakkan keperluan pelaksanaan tuntutan akidah
dalam kehidupan seperti melakukan segala amal-amal soleh yang diperintahkan
oleh al-Quran. Menjelaskan bahawa iman dan ilmu akan
melahirkan sifat-sifat yang membawa kepada terbentuknya akhlak yang soleh sama
ada dalam keluarga, masyarakat, sesame umat Islam dan juga terhadap bukan
Islam. Keimanan dan keilmuan ini juga akan meletakkan mereka agar sentiasa
menjaga amal, ketaqwaan dan akhlak mereka sejajar dengan tuntutan ajaran Islam.
*Bahan bacaan
No comments:
Post a Comment