Monday, 30 September 2019

SAINS MATEMATIK DAN ELIT MELAYU

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri

Fenomena budaya bahasa Inggeris dan anak-anak mereka juga menggunakan bahasa Inggeris bagi golongan kecil elit Melayu serta bukan Melayu yang berpendidikan Inggeris ini mahukan menguatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Oleh itu, mereka mahu menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah dilihat hanya untuk memenuhi permintaan sebahagian kecil golongan elit Me­layu di negara ini. Kumpulan-kumpulan elit Melayu ini sudah terdedah dan terbiasa dengan penggunaan bahasa Inggeris di luar negara dan mereka juga mahu anak-anak mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Sebab pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu selain ramai berpendapat bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran pekerjaan.

kerajaan mengambil pendekatan mem­­benarkan peng­ajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan. Akhirnya, akan melahirkan pelajar dua darjat.

Kaedah memperkukuhkan pengajaran bahasa Inggeris dan lebih berkesan kepada pelajar dapat membaca dan menulis pelbagai topik lain bukan sahaja Sains dan Matematik.

WANITA ISLAM ALAF 21 : CABARAN DAN PENYELESAIAN

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri

Cabaran Dunia Hari Ini:

1) Masalah Media Baharu - Pelbagai ilmu baharu yang timbul menyebabkan kita merasa keliru mengenai hukum hakam agama

2) Mengejar Kemewahan - Para wanita mengetahui kemewahan kawan-kawan sebab. Hidup dalam suasana Kehidupan Mewah

3) Gaya Hidup Kemewahan - Fikir kemewahan hidup. Kebendaan hidup

4) Ledakan Ilmu Yang Bercampur-campur iaitu Ilmu yang benar dan sesat

5) Mudah Mendapat Saluran Hiburan/Maksiat

Cabaran-cabaran Semasa Di Dalam Rumah

1) Tekanan Kehidupan - Susah dan menyusahkan kehidupan. Banyak perkara-perkara khurafat. 

2) Budaya dan adab masyarakat yang menyusahkan - contoh kanak-kanak solat berjemaah 

3) Memperolehi makan minum halal - terdapat penipuan sijil halal dan gantung halal

3) Pergaulan bercampur kawan-kawan yang tidak pasti - perlu beri perhatian mencari kawan. Sangat bahaya salah pilih kawan

4) Masalah penyakit hati - iri hati dan dengki

Cabaran Yang Datang Dari Luar

1) Cabaran dari pemikiran luar. Contohnya penjajah telah mendidik orang tempatan cara memerintah negara seperti kehendak penjajah walaupun penjajah telah meninggalkan negara kita. Contohnya lahirlah pemikiran liberal, Syiah, LGBT. Ibu bapa perlu perhatikan pengisian buku-buku kerana cara serangan pemikiran.

2) Gerakan Kebebasan Wanita Daripada Agama - Semua wanita bebas untuk ke mana-mana tetapi apabila wanita ke masjid dipersoalkan.

3) Cabaran Globalisasi - Makna orang barat suruh buat sepertimana yang mereka buat seperti budaya, bahasa, pemikiran, politik, makanan, pergaulan bebas, tidak menutup aurat.

Penyelesaian dan Rahsia Wanita Islam Di Alaf 21

1) Serangan dan cabaran merosakkan agama islam terhadap orang Islam dan sangat terutamanya anak-anak kita,  ibu bapa sangat dituntut banyakkan doa. Banyakkan mendidik anak akidah yang teguh.  Interaksi dan nasihat anak ketika dalam kenderaan.  Nasihat yang diberi jangan keterlaluan. Surah Ibrahim ayat 35, 40 dan asy suara 87

2) sikap adil dan sederhana atau tidak melampau dalam kehidupan keluarga, agama. Contoh cemburu

3) syumul semua perkara, ibadat dan penampilan diri

4) ikut kehidupan realiti budaya setempat dan hidup dengan gaya gaji suami. Bab keduniaan ni lihat orang bawah dari kita.  Bab ibadah lihat orang di atas amalannya

5) Mesti sikap positif dan jangan mudah marah

6) Banyak mencari ilmu dan rajin menuntut ilmu supaya jangan hidup bercelaru

7) sentiasa kreatif, banyak buat kerja, bersih, ceria wajah dan juga di dalam rumah

8) Al iffah iaitu baik jiwa dan nafsu

9) teguh dengan agama.  
Allahumma inni nauzubika minnal hauri bakda al kauri. Ya Allah aku minta dari mu untuk tidak berpaling tandah hari baik esok tidak baik. 








Friday, 27 September 2019

PETUNJUK SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


Andai kata dengan hanya sekali mendirikan solat “Istikharah” belum mendapat sebarang tanda kebaikan, ulangi kali kedua dan seterusnya.
Dikalangan ulama ada yang berpendapat bahawa ulangi solat tersebut hingga satu minggu. Kadangkala Tuhan buka pintu hati kita dengan istikharah itu, ada ketikanya Tuhan kurniakan melalui sahabat yang ikhlas. Dalam perbualan ditakdirkan sahabat itu menyentuh perkara tersebut lalu terjawablah istiharahnya kepada Allah SWT.
Adakalanya Tuhan kurniakan petunjuk melalui mimpi dengan jelas, diceritakan secara nyata dan fahamlah melalui mimpi itu. Ada ketikanya mimpu itu memerlukan “takbir” melalui orang yang arif tentang rahsia mimpi itu.