Thursday, 11 June 2020

HARAM PERBUATAN ZINA


Allah SWT berfirman bermaksud:
A031


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Al-Israa' 17:31) 

Jangan kamu takut tentang kekurangan harta benda, kesukaran untuk memperoleh rezeki kerana semua makhluknya dan menentukannya untuk diberikan kepada mereka, bukan makhluk tu sendiri bukan mana-mana kumpulan, parti atau pun kerajaan yang menentukannya.

Oleh itu, yakin rezeki daripada Allah SWT, jangan sekali-kali buruk sangka terhadap Allah SWT. Ini kerana melahirkan anak takut rezeki kurang kerana memelihara anak, takut susah, sempit rezeki, semua itu perasaan mereka yang tidak beriman bahawa Allah Pemberi Rezeki kepada makhluk Nya.

Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan, Inilah Cara Hidup Menjadi ...Maka, terimalah pemberian kurniaan Allah dengan penuh ikhlas dan reda atas segala ketentuan Allah sama ada kita berada dalam keadaan miskin atau sebaliknya.

Berusahalah mencari kurniaan dan rezeki Allah dengan mengharapkan pertolongan daripadanya, sesungguhnya Allah mendengar permohonan hambanya.

Allah SWT berfirman bermaksud:
A151


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Al-An'aam 6:151)

Allah lah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka yang membunuh anak-anak mereka kerana takut fakir dan lapar itu. Allah mengetahui apa yang diperlukan oleh makhluknya dan memberi rezeki kepada mereka tanpa mengira sama ada mereka berakal atau tidak, kafir atau beriman.

Seterusnya Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu hampiri perbuatan keji (zina) kerana ia adalah satu dosa yang besar dan seburuk-buruk jalan. Menghampiri jalan perzinaan pun berdosa apa lagi berzina. Kedua-duanya mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan orang yang masih beriman kepada Allah SWT.

Justeru jauhilah jalan yang menghampiri seseorang itu kepada lembah perzinaan. Hindarilah perbuatan terkutuk ini dengan galakkan perkahwinan di kalangan umat Islam.

Tuesday, 9 June 2020

WANITA BERILMU

Pilih wanita yang ada ilmu dan akhlak yang baik. Ibu itu madrasah pertama anak anak. Maka, keperluan wanita berusaha menambahkan ilmu  dan membantu upgrade kualiti amal ibu dan anak. Kerana ibu tanpa ilmu, mudah menurutkan nafsu dalam mendidik anak anak. Anak amanah Allah SWT.


Ajarilah anak-anak lelaki kita untuk menghormati wanita kerana wanita itu seorang manusia. Bukannya hormat dan sayang wanita hanya apabila dia cantik, kurus dan wangi sahaja. Masyarakat memerlukan lebih ramai lelaki yang memartabatkan kaum wanita dan menghormati kaum wanita tidak kiralah walau bagaimana rupa dan bentuk wanita itu. Didikan bermula dari kecil dan didikan bermula dari orang dewasa yang menjadi teladan bagi anak kecil. Jauhilah anak-anak lelaki kita dari pengaruh orang lelaki dewasa, baik di dunia sebenar ataupun dunia media sosial, yang tidak menghormati wanita.

Harapan seorang ibu, semoga keluarga bersama-sama di dalam syurga dan tidak mahu anak-anak mendakwa ibu bapa diakhirat nanti. 



Monday, 8 June 2020

TUJUAN HIDUP MANUSIA MENJADI HAMBA ALLAH SWT




Firman Allah SWT:

A001
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (Al-Mulk 67:1

A085
Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.(Az-Zukhruf 43:85)

A116
Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.(Al-Mu'minuun 23:116)

A023
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (Al-Hasy-r 59:23)

A054
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,(Al-Qamar 54:54)

A055
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.(Al-Qamar 54:55)

A189
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:189)
A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

A069
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). (An-Nisaa' 4:69

A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:26)

A027
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (A-li'Imraan 3:27)

A030
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". (Al-Mulk 67:30)

A015
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.(Faatir 35:15)

A016
Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu.

A017
Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.(Faatir 35:17)

Tujuan Hidup Manusia

Soal hidup semuanya serah kepada Allah SWT. Urusan besar manusia ialah Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (انا لله وانا اليه راجعون). Kenapa aku mesti disini, diberi usia, ada masa didunia. Sebab Allah ingin melihat manusia menjadi hamba. Manusia diuji senang dan susah. Apabila susah sabar dan apabila senang syukur. Semuanya untuk menjadi hamba Allah SWT yang sebenar. Kembali dengan hati yang sejahtera (qalbun saleem). Banyak puji-puji Allah SWT.