Allah SWT berfirman bermaksud:
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Al-Israa' 17:31)
Jangan kamu takut tentang kekurangan harta benda, kesukaran untuk memperoleh rezeki kerana semua makhluknya dan menentukannya untuk diberikan kepada mereka, bukan makhluk tu sendiri bukan mana-mana kumpulan, parti atau pun kerajaan yang menentukannya.
Oleh itu, yakin rezeki daripada Allah SWT, jangan sekali-kali buruk sangka terhadap Allah SWT. Ini kerana melahirkan anak takut rezeki kurang kerana memelihara anak, takut susah, sempit rezeki, semua itu perasaan mereka yang tidak beriman bahawa Allah Pemberi Rezeki kepada makhluk Nya.
Maka, terimalah pemberian kurniaan Allah dengan penuh ikhlas dan reda atas segala ketentuan Allah sama ada kita berada dalam keadaan miskin atau sebaliknya.
Berusahalah mencari kurniaan dan rezeki Allah dengan mengharapkan pertolongan daripadanya, sesungguhnya Allah mendengar permohonan hambanya.
Allah SWT berfirman bermaksud:
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Al-An'aam 6:151)
Allah lah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka yang membunuh anak-anak mereka kerana takut fakir dan lapar itu. Allah mengetahui apa yang diperlukan oleh makhluknya dan memberi rezeki kepada mereka tanpa mengira sama ada mereka berakal atau tidak, kafir atau beriman.
Seterusnya Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu hampiri perbuatan keji (zina) kerana ia adalah satu dosa yang besar dan seburuk-buruk jalan. Menghampiri jalan perzinaan pun berdosa apa lagi berzina. Kedua-duanya mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan orang yang masih beriman kepada Allah SWT.
Justeru jauhilah jalan yang menghampiri seseorang itu kepada lembah perzinaan. Hindarilah perbuatan terkutuk ini dengan galakkan perkahwinan di kalangan umat Islam.
No comments:
Post a Comment