Tuesday, 8 September 2020

RAHSIA MAKRIFATULLAH

 Alam semula jadi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Ketahuilah dengan yakin bahawa tujuan penciptaan yang paling utama dan buah fitrah yang paling agung adalah “Iman kepada Allah”.
Ketahuilah bahawa tingkatan kemanusian yang paling tinggi dan darjat basyariyah yang paling baik adalah “Mengenal Allah” (makrifatullah) yang terkandung dalam keimanan di atas.
Ketahuilah pula bahawa kebahagiaan dan nikmat terindah bagi jin dan manusia adalah “Cinta kepada Allah” yang lahir dari makrifat tadi.
Serta ketahuilah bahawa kegembiraan jiwa yang paling bening dan suka cita kalbu yang paling murni adalah “Kenikmatan Spiritual” yang tepercik dari cinta tadi.
Ya, seluruh jenis kebahagiaan sejati, kegembiraan murni, dan kenikmatan tiada tara hanya terdapat dalam ‘makrifatullah’ dan ‘cinta kepada Allah’. Tidak ada kebahagiaan, kegembiraan, dan kenikmatan yang sebenarnya tanpa makrifatullah.
Setiap orang yang benar-benar mengenal Allah lalu mengisi qalbunya dengan cahaya cinta pada-Nya, pasti ia layak mendapatkan kebahagiaan yang tak pernah berakhir, kenikmatan yang tak pernah habis, serta cahaya dan rahsia yang tak pernah pudar.
Ia akan meraihnya secara nyata, atau dalam bentuk potensi. Sementara, orang yang tidak mengenal Penciptanya dengan benar dan tidak memiliki perasaan cinta yang layak, akan sengsara secara materiil dan moril. Ia juga senantiasa mengalami penderitaan dan kesulitan yang tidak terhingga.
Ya, orang malang tersebut yang menderita akibat tidak menemukan Tuhan dan pelindungnya serta gelisah lantaran hidupnya yang hina dan tidak bermakna, sementara ia dalam kondisi lemah di tengah-tengah manusia yang tidak bahagia, apa yang boleh membantunya dalam menghadapi kondisi yang ia hadapi, meskipun ia penguasa seluruh dunia?
Betapa malangnya orang tersebut yang terombang-ambing dalam kehidupan yang fana dan berada di antara kumpulan manusia liar jika tidak menemukan Tuhan yang Mahabenar, serta tidak mengenal Pemilik dan Rabb-nya dengan benar.
Namun kalau ia menemukan Tuhannya dan mengenal pemiliknya, tentu ia menuju kepada dekapan rahmat-Nya yang luas dan bersandar pada keagungan qudrat-Nya yang mutlak, maka dunia yang buas ini akan berubah baginya menjadi taman yang menyenangkan dan pasar bisnis yang menguntungkan.
Said Nursi, Iman Kunci Kesempurnaan.

Monday, 3 August 2020

HARGAI SUAMI KELUARGA


Para Suami..sedetik dalam sehari jangan lupa untuk berfikir amanah kalian pd anak isteri di hadapan Allah. Kalau suami rajin bangun malam.. masa bangun malam tu, muhasabah bagaimana tuan-tuan sudah lakukan dengan amanah yg besar ini. Kalau tidak masa kan Rasulullah saw menyebut :" Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik pada ahli keluarganya    ( anak isterinya)". 

Apa yg kalian nak cari sebenarnya? Perjuangan untuk membahagiakan isteri dan anak-anak itu adalah ibadah di sisi Allah yang boleh mengangkat kedudukan kalian. Bahagialah dengan keluarga yg telah kalian bina, bukan mencari bahagia yang lain dengan jalan menekan jiwa isteri dan anak-anak yang setia. 

Doa isteri dan anak-anak adalah doa yang sgt tulus. Jangan sampai kalian kehilangan doa-doa ini. Hargai kehadiran para suami di luar sana yang sangat menyantuni isteri dan anak-anak. Berkorban, menjaga hati, halus jiwa untuk menyelami hati keluarga. Lurus hati dan pandangan mata untuk jaga kerukunan rumahtangga..tahu seni beralah kalau berselisih faham, tinggi nilai kesabaran. Mari kita saling nasihat menasihati, diskusi insya Allah . Ya Allah, lindungilah keluarga kami Ya Allah, dari godaan nafsu dan bisikan Syaitan yg memudaratkan .

Banyak sangat dah isu rumahtangga dan keluarga yang membimbangkan. Yang tersorok, gelombang bawah tikar pun sangat banyak. Allahul Musta'an. 

Susah rupanya amanah nak bawa anak isteri masuk syurga ni. Allahul musta'an. 
Ampuni kami Ya Allah.

Tuesday, 21 July 2020

ZAKAT MENYUCIKAN JIWA

Rasa simpati dan sifat bakhil terhadap golongan miskin boleh dijayakan melalui pengeluaran zakat. Antara himah zakat ialah bertujuan menyuci hati manusia daripada sifat kedekut kerana sifat kedekut itu suatu racun mempunahkan keimanan. Jika racun bahan boleh menghancur jasad manusia sebaliknya kedekut itu racun bisa bagi rohani insan. Orang yang menghindar dirinya daripada sifat kedekut bererti berusaha menyuburkan imannya. 

Zakat satu daripada rukun Islam untuk mengikis sifat bakhil seperti firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan siapa yang dipelihara oleh Allah SWT daripada sifat kedekut dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah Al-Hasyr sebahagian 9).

Orang yang berjaya asuh hatinya daripada sifat kedekut harta halal mesti dicari dengan usaha yang diredai Allah SWT. Setelahdiperolehi mesti usaha kikis racun bakhil yang bahayaitu. Bagaimana hendak lari daripada sifat bakhil jika mereka tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah. Kedekut mesti dikikis kerana ia saudara sifat mazmumah yang lain seperti pemalas, penakut, takabbur, dengki dan lainnya. Antara cara mengkikisnya ialah mengganti sifat dengan sifat pemurah, penakut diganti berani. Berani mesti digabung dengan benar. Kerana perpatah mengatakan berani kerana benar oleh itu jangan takut pertahankan kebenaran. Kerana yang benar itu hakikatnya datang dari Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, jangan sekali kali kamu termasuk orang-orang yang ragu." (Surah Al-Baqarah ayat 147).

Penyakit bakhil akan lenyap sekiranya sentiasa rajin menderma kerana sayang kepada sesuatu benda itu tidak akan berakhir kecuali paksa hati berenggang dengan harta di tangan. Bisakan menderma dengan wang tanpa dilihat oleh mata, seluk kocek dan hulurkan semua orang tergenggam di tangan. Dengan demkian lama kelamaan akan hilang sifat sayang kepada harta. Dalam pengertian lain bahawa zakat itu mencucikan harta kerana zakat itu dari segi bahawa bererti "pencucu". Zakat boleh membersihkan pemiliknya daripada karat kdekut. Kedekut adalah racun yang boleh membinasakan imam pemiliknya. 

Pada hakikatnya kedekut itu Tuhan berikan seorang sedikit. Begitu juga sifat pemurah sebagai batu ujian dariNya untuk menguji sama ada benar-benar bertauhid dengan tuntutan dua kalimah syahadat. Zakat  juga sebagai tanda bersyukur atas nikmat harta yang Tuhan berikan cara bersyukur ialah menggunakan ditempat yang disetujui oleh Allah SWT. Iaitu memberikan zakat terhadap lapan asnaf yang disebut dalam Surah At-Taubah ayat 60 mengeluarkan zakat itu bererti tidak menggunakan harta untuk kepentingan diri semata-mata. Tanggungajawab orang yang hendak mengelurkan zakat. Pertama hendaklah segera keluarkan zakat meskipun belum sampai pusingan tahunnya.

Hikmah di sebalik bersegera itu ilaah untuk menzahirkan kesungguhan kepada Allah SWT mengerjakan sesuatu yang diperintahNya. Dengan demikian dapat memasukkan rasa gembira ke dalam hati golongan fakir dan miskin yang sentiasa menunggu pemberian zakat kepadanya. Dengan penerimaan zakat itu akan menerbitkan kesyukuran sertadoa "jazakallahu khaira" ertinya mencetuskan satu kebaikan di kalangan manusia miskin mendekatkan diri dengan doa kepada Allah SWT. Maka malaikat turut meraikan peristiwa mengeluarkan zakat di kalangan manusia itu dengan doanya: "Allahumma a'ati mumsikan talafa" yang bermaksud: Ya Allah berikanlah orang yang suka menderma kepada orang lain akan gantinya dan berikanlah kebinasaan kepada orang kedekut.

Menyegerakan keluar zakat untuk mendahului kehadiran halangan masa bimbang daripada terhalangnya membuat kebajikan. Kerana kemungkinan terjadi sesuatu petaka yang tidak diingini terhadap harta tersebut. Berdasarkan pengalaman lalu melambatkan mengeluarkan zakat itu banyak kebinasaannya, melambat dan menyebabkan manusia terdedah kepada keingakaran terhadapNya. Melambatkan keluar zakat kemungkinan syaitan membisikkan ke dalam hati, sifat ingkar hingga terganggu untuk mentaati Allah SWT. Apabila tercetus perasan daripada batin untuk melakukan kebaikan, rebutlah peluang daripada lintasan hati tersebut. Kerana jika tidak menjelma lagi. Kerana cetusan perasaan yang baik itu merupakan ilham daripada malaikat.

Kalau tidak dilayan ilham yang baik yang diberi malaikat, dikhuatiri bertukar menjadi sebaliknya. Kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kefakiran dan menyuruh kamu berbuat kekejian (kedekut)." (Surah Al-Baqarah ayat 268). Seandainya bisikan syaitan didengari nescaya manusia gagal dan batal untuk berkhairat serta menderma. Harta yang dimakan telah dikirim ke tandas yang dipakai sudah buruk dan reput. Padahal derma yang telah dikirim awal kepada Allah SWT itulah sebenar-benar harta yang boleh ditumpang pahalanya di akhirat kelak. Syaitan mempunyai ilham setelah satu ilham diikuti pula dengan ilham yang lain, lantas bertembung dengan ilham malaikat. Terserah kepada manusia memilih hitam putihnya dua ilham itu.