Monday, 21 December 2020

LELAKI BERGELAR SUAMI ATAU BAKAL SUAMI...




Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Wednesday, 16 December 2020

DAUN KELADI

Apabila kita bercerita dengan seseorang dan seseorang tidak ingat memang menyakitkan hati. Seperti perumpamaan "bagai mencurah air ke daun keladi" atau "mencurah garam ke laut" atau "masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri". Orang seperti ini memang tidak memberi perhatian sepenuhnya dan tidak memberi kesan ke dalam jiwanya. Tiada empati dalam diri.  

Monday, 7 December 2020

PERANAN AKAL


Allah SWT sengaja timbulkan perkara yang tiada dalam nas dalil, supaya minda dan akal kurniaan-Nya yang sangat bernilai dapat berperanan menyelesaikan sebahagian daripada urusan manusia. Akal menjadikan manusia sebagai ciptaan Allah SWT yang paling baik dan teristimewa yang dapat membezakan dengan makluk lain.

Apa gunanya minda dan akan jika tidak digunakan untuk berfikir. Bagaimana hendak berfikir jika semua perkara sudah diajar dan disediakan nas dengan selengkapnya oleh Allah SWT.
Kehebatan Akal Fikiran Manusia Pun Ada Batasnya? | Nukeufo89's ...

Islam agama yang sempurna diciptakan Allah SWT untuk semua manusia pada semua zaman hingga kiamat, Nabi SAW sebagai utusan-Nya daripada jenis manusia yang wajib menempuh kematian. Nabi SAW tinggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan Sunnahnya, jika manusia berpegang dan beramal dengannya serta digunakan akal dalam perkara yang diperlukan. Nescaya akan selamat dapat bertemu Nabi SAW di pinggir telaga Khausar di akhirat kelak.


Dengan kebijaksanaan Allah SWT, sengaja ditakdirkan wjud perkara yang tidak mempunyai dalil nas selepas kewafatan Nabi SAW. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada akal manusia berperanan, menyelesaikan masalah yang berbangkit lantaran tiada nas dalil.


Justeru timbul kewajipan bermesyuarat seperti yang ditegaskan dalam Surah Ali Imran ayat 159, tetapi Tuhan tidak menyatakan peraturan bagaimana cara mesyuarat itu dilaksanakan. Untuk melaksanakan kewajipan mesyuarat itu sekali lagi akal manusia diberi peranan, untuk memikirkan cara dan peraturannya. Sama ada hendak mencipta sendiri atau bebas memilih daripada peraturan yang sedia ada dikalangan manusia sejagat. Maka, ambillah peraturan yang lebih beradab sejajar dengan peranannya untuk membawa Islam hingga ke hari kiamat.


Demikianlah peranan akal manusia untuk membincangkan apa jua perkara yang timbul dalam masyarakat manusia agar tidak jumud dan salah anggap terhadap perkara yang baruha muncul, yang tidak terdapat ketika hayat Nabi SAW.