Thursday, 29 April 2021

BEZA MENJELASKAN DAN 'MENERAKA'KAN ORANG



Sangat perlu dibezakan antara tindakan kita mengingatkan manusia tentang azab Allah, neraka, dosa dengan tindakan kita me'neraka'kan manusia lain.

Nabi s.a.w membawa mesej dakwah tauhid yang mengandungi galakan dan amaran, pahala dan dosa, syurga dan neraka.

Apabila kita menegur dan mengingatkan tentang dosa dan neraka, bukan bermaksud kita menuduh seseorang ahli neraka. Sebaliknya ia satu peringatan.

Sama seperti seorang ibu mengingatkan anaknya, misalnya, jangan main di tempat buang sampah, nanti terpijak kaca. Bukannya bermaksud si ibu mahukan anaknya cedera terpijak kaca.

Apabila kita ditegur, terimalah dengan keterbukaan, dan usah menuduh yang menegur itu me'neraka'kan kita.

Apabila kita dipihak menegur, pastikan teguran kita tidak melampaui batas sehingga ke tahap bercakap perkara yang tak boleh kita sebut.

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ

Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

كَانَ رَجُلاَنِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَآخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ

Ada dua orang lelaki bersaudara daripada Bani Israel. Salah seorang sering melakukan dosa dan seorang lagi bersungguh-sungguh beribadah.

فَكَانَ لاَ يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ .

Lelaki yang bersungguh-sungguh dalam ibadah ini setiap kali dia melihat saudaranya melakukan dosa dia akan berkata: Tinggalkanlah dosa ini.

فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَىَّ رَقِيبًا

Pada suatu hari, dia mendapati saudaranya sedang melakukan dosa lalu dia berkata: Tinggalkanlah dosa ini. Lalu saudaranya menjawab: Biarkan aku dan Tuhan ku. Adakah engkau diutuskan kepada ku untuk menjadi pemerhati ke atas ku?

فَقَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لاَ يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ .

Saudaranya menjawab: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni engkau, Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga

فَقُبِضَ أَرْوَاحُهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Lalu nyawa mereka dan mereka berkumpul di hadapan Tuhan sekalian alam.

فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا

Allah berkata kepada lelaki yang kuat beribadah: Adakah engkau tahu apa yang Aku tahu? Adakah engkau berkuasa atas apa yang ada pada Tangan ku?

وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي

Allah berkata kepada yang sering berdosa: Pergilah, masuklah ke dalam syurga dengan rahmat Ku.

وَقَالَ لِلآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ.

Allah berkata kepada yang lain pula: Pergilah bersamanya (iaitu lelaki yang rajin beribadah itu) ke neraka.

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ .

Abu Hurairah berkata: Demi tuhan yang diri ku di TanganNya, lelaki itu (iaitu yang kuat beribadah itu) berkata dengan satu perkataan yang memusnahkan dunia dan akhiratnya.

[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4883].

عَنْ جُنْدَبٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَدَّثَ ‏ "‏ أَنَّ رَجُلاً قَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لِفُلاَنٍ وَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ مَنْ ذَا الَّذِي يَتَأَلَّى عَلَىَّ أَنْ لاَ أَغْفِرَ لِفُلاَنٍ فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِفُلاَنٍ وَأَحْبَطْتُ عَمَلَكَ ‏"‏ ‏.‏ أَوْ كَمَا قَالَ ‏.‏

Daripada Jundab radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan bahawa seseorang telah berkata: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan. Lalu Allah berkata: Siapakah yang berani bersumpah dengan Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sesungguhnya aku telah mengampuni si fulan dan aku telah menghapuskan amalan engkau. [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah, no: 2621]

Ini merupakan amaran keras kepada kita semua. Jangan rasa macam kita pemegang kunci syurga dan neraka!

Tuesday, 20 April 2021

NIKAH TIDAK DICINTAI

 



Ditanyakan kepada Abū Uṡmān an-Naisābūri, “Amal shalih apa yang paling kau harapkan manfaatnya di akhirat?”. Abū Uṡmān lantas bercerita, “Dulu ketika muda keluargaku memaksaku untuk menikah namun aku tidak mau. Suatu hari ada seorang wanita mendatangiku dan mengatakan, “Wahai Abū ‘Uṡmān sungguh aku jatuh cinta kepadamu. Aku memintamu dengan bersumpah kepada Allah agar engkau menikahiku”. Aku pun lantas mendatangi ayahnya dan ayahnya adalah seorang yang miskin. Ayahnya lantas menikahkan aku dengan anak gadisnya dan pernikahan tersebut membuat ayah mertua gembira. Saat malam pertama aku baru pertama kali melihatnya. Ternyata wanita tersebut buta sebelah, berkaki pincang dan berwajah jelek. Karena demikian besar rasa cintanya kepadaku, dia melarangku sering keluar rumah. Aku pun rajin berada di rumah dalam rangka menjaga hatinya. Aku tidak pernah sedikit pun menampakkan rasa tidak suka kepadanya padahal sebenarnya selama berumah tangga aku seakan-akan berada di atas bara api karena hati yang sebenarnya tidak mencintainya. Demikianlah kesabarannya dengan keadaan seperti ini selama 15 tahun lamanya hingga isteriku tersebut meninggal dunia. *Tidak ada satu pun yang lebih kuharapkan manfaatnya di akhirat dibandingkan amal bersabar menjaga hatinya*”. 

Ṣaid al-Khāṭir karya Ibnul Jauzi hlm 405-406, Dār al-Qalam Damaskus.

Amal andalan, amal yang paling diharapkan manfaatnya di akhirat itu berbeda-beda antara satu orang dengan lainnya. Ada yang amal andalannya shalat, puasa, baca al-Qur’an, sedekah dll. Ada juga orang yang amal andalannya adalah bersabar.

Di antara sabar yang sangat besar nilainya adalah bersabar dengan kekurangan pasangan, suami atau isteri, bersabar untuk mempertahankan rumah tangga dengan segala pengorbanan yang harus dikeluarkan dan bersabar untuk tetap menampakkan cinta dan sayang kepada pasangan meski kondisi hati tidak demikian. Demikianlah kesabaran yang dicontohkan oleh Abū ‘Uṡmān yang menikah dengan seorang wanita yang berparas jelek, berkaki pincang, salah satu matanya buta dan berasal dari keluarga papa tidak punya apa-apa.

_Di antara amal istimewa seorang suami adalah menjaga hati dan perasaan isterinya serta menyenangkan hati isteri sebagaimana Abū Uṡmān yang menjaga hati dan perasaan isterinya serta memilih untuk jarang keluar rumah demi menyenangkan isteri._

Di antara amal shalih berpahala adalah _ibrār al-muqsim_, memenuhi permintaan seseorang yang meminta kepada kita untuk melakukan sesuatu dengan bersumpah menyebut nama Allah. Sebagaimana penjelasan Imam an-Nawawi hukum _ibrār al-muqsim_ itu sunnah muakkadah dengan syarat tidak menyusahkan orang yang dimintai karena dengan melakukannya orang yang meminta dengan nama Allah tersebut tidak terkena kewajiban membayar kaffarah sumpah. Dalam kasus Abū ‘Uṡmān, pada awalnya calon isteri nya bersumpah atas nama Allah agar Abū ‘Uṡmān berkenan menikahinya dan dalam rangka memuliakan nama Allah Abū ‘Uṡmān pun bersedia memenuhi permintaan wanita tersebut.  

Urgensinya melihat calon sebelum memutuskan untuk menikah dengannya. Kasus yang terjadi pada Abū ‘Uṡmān terjadi karena beliau memutuskan untuk memenuhi permintaan wanita tersebut untuk dinikahi sebelum beliau melihat dan mengetahui fisik dan paras muka wanita tersebut.

Seorang wanita diperbolehkan untuk mengajukan diri agar dinikahi oleh seorang laki-laki yang shalih. Hal ini bukanlah hal yang tercela. Bahkan ini adalah salah satu cara yang dibenarkan oleh syariat agar seorang muslimah mendapatkan pasangan hidup._

Semoga Allah anugerahkan kepada penulis dan semua pembaca tulisan ini pasangan hidup yang tulus mencintai. Aamiin.


Tuesday, 13 April 2021

MENGAPA BANTUAN DITERIMA DENGAN BERHATI-HATI?

 


Pada 7 Julai 2017, saya telah menulis mengenai betapa Steven Sim telah pernah diperkenalkan oleh Joshua Woo, Pegawai Khas beliau, pada 31 Disember 2005 sebagai seorang pendakyah Kristian atau, lebih tepat lagi, “a missionary (or missionary pastor to be) who just got back from a mission conference in Africa”.

Saya juga telah menulis mengenai betapa Steven Sim dan Joshua Woo telah pernah mengulas kandungan Bajet Malaysia 2010 dari sudut agama Kristian dengan antara lainnya:

(1) Mempersoalkan keistimewaan sosio-ekonomi dan politik Bumiputera dengan menulis: “We are still seeing racial categorization in our economy. Malaysians are still divided into Bumiputera and non-Bumiputera, with the former accorded certain socio-economic and political privileges such as quotas and special subsidies.”

(2) Menyeru gereja untuk bukan sahaja mencari rekrut baru, tetapi turut terlibat dalam politik secara praktikal dengan menulis: “Our reaching out has been restricted to “reaching out to bring ’em in”, our evangelism, proclaiming of the good news, has been restricted to holy club recruitment drives. With many Christians taking up the challenge of participation rather than isolation, especially in the arena of politics, it is crucial for the Church to be able to bless their endeavors not merely with words and prayers, but also by theological praxis (actions/practices).”

Setelah PH menang dalam PRU 14 dan Steven Sim telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau telah hadir di dalam satu forum bertajuk “New Malaysia Narrative” (“Naratif Malaysia Baharu”) di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor, pada 14 September 2019.

Di dalam forum ini, Steven Sim telah melancarkan sebuah buku bertajuk “Bila Kamu Berkuasa Untuk Bertindak” (“When It Is In Your Power To Act”) yang kata pengantarnya ditulis oleh beliau sendiri dan yang kandungannya merekod dan mengumpulkan secara ‘chronicle’ kerja-kerja Kristian Malaysia di negara ini.

Di dalam forum ini juga, Steven Sim telah bercakap panjang lebar mengenai betapa indahnya Kerajaan Tuhan (how wonderful the Kingdom of God is), mengenai bentuk Kerajaan Tuhan (the shape of the Kingdom of God) dan mengenai jenis politik yang dimahukan oleh Tuhan (the kind of politics Jesus was talking about when he talked about politics).

Dinyatakan oleh Steven Sim mengenai “The Jesus Manifesto” yang didakwa terkandung di dalam Bible, lengkap dengan huraian panjang lebar mengenai empat cirinya yang didakwa terkandung di dalam salah satu surah di dalamnya.

Lebih jauh lagi, Steven Sim juga mendakwa bahawa Kerajaan Tuhan Kristian adalah satu misi yang tidak dapat dihalang dengan menyebut dua kali: 

(1) “The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it, and that is our unshakeable confidence”.

(2) “The Kingdom of God is unstoppable, and this is our answer to all the ideologies of capitalism, communism, socialism, liberalism, nationalism, God Himself is committed to act and ensure the success of His own Kingdom”.

Ekoran pendedahan saya ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah membuat satu kenyataan media pada 18 September 2019 dengan antara lainnya:

(1) Mempersoalkan tindakan DAP yang begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang diungkapkan oleh Steven Sim dalam forum “Naratif Malaysia Baharu” pada 14 September 2019 ini.

(2) Menanyakan kepada pemimpin DAP adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar.

(3) Menggesa pihak polis supaya menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.

Ekoran pendedahan saya ini juga, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, telah mengeluarkan satu komentar panjang lebar yang menghuraikan intipati kandungan forum “Naratif Malaysia Baharu” ini dengan antara lainnya:

(1) Menulis: “Dalam ucapannya, Timbalan Menteri itu (Steven Sim) memuji Negara Tuhan yang mereka hendak tegakkan di negara ini berdasarkan Manifesto Jesus. Beliau menyeru semua Cina (Kristian) untuk bertindak kerana ini adalah tahun Tuhan untuk bertindak dan Tuhan sendiri akan bertindak untuk menegakkan negara Tuhan itu.”

(2) Menulis: “Kita boleh simpulkan tujuan forum itu, iaitu: 1. Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus. 2. Untuk membangkitkan rasa tidak puas hati orang Cina Kristian supaya mereka bangun bertindak, mereka diberitahu mengenai “ketidakadilan” yang dilakukan terhadap mereka oleh Kerajaan BN.”

Dalam konteks inilah maka saya rasa adalah wajar untuk masyarakat Melayu Islam meneliti dengan lebih berhati-hati kebaikan yang ditunjukkan oleh evangelis Kristian dalam membantu mereka.

Kita sepatutnya bersyukur bahawa hayat Kerajaan Pakatan Harapan yang didukungi oleh evangelis Kristian ini tidak mampu bertahan lama, jika tidak sukar dijangka apakah yang boleh berlaku kepada negara dengan agenda Kristianisasi begini.