Sunday, 2 May 2021

TADABBUR SURAH AL-BAQARAH AYAT 61


Pengajaran ayat 59;

1. Haram menukar kalimah Allah atau mengubah maksudnya. Sesiapa yang menukar atau mengubah maksudnya, dia adalah orang yang zalim. 

2. Ihsan adalah sebab kepada bertambahnya ganjaran pahala dan rahmat Allah.

3. Sesiapa yang melakukan kezaliman akan diazab oleh Allah subhanahuwata'ala samada di dunia atau di akhirat. 

Pengajaran ayat 60;

1. Dibolehkan untuk meminta apa-apa hajat termasuklah air, sebagaimana kaum Musa meminta air kepadanya. 

2. Kewajipan manusia memohon hajatnya kepada Allah subhanahuwata'ala kerana yang boleh menunaikan hajat adalah Allah subhanahuwata'ala walaupun dia seorang Nabi. 

3. Islam mensyaratkan berusaha sebelum bertawakal kepada Allah. Sebagaimana perintah Allah kepada Musa mengetuk batu dengan tongkatnya untuk mendapatkan air.

4. Hati-hati bani Israel lebih keras daripada batu kerana batu yang keras boleh mengalirkan air tapi hati-hati bani Israel sedikit pun tak mengeluarkan air. 

5. Wajib bersyukur atas nikmat Allah. 

6. Haram melakukan kerosakan kecuali dengan tujuan untuk membaiki.

-Mula-

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذْ قُلْتُمْ يٰمُوسٰى لَنْ نَّصْبِرَ عَلٰى طَعَامٍ وٰحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ الْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا  ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِى هُوَ أَدْنٰى بِالَّذِى هُوَ خَيْرٌ  ۚ اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُمْ مَّا سَأَلْتُمْ  ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ  ۗ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِئَايٰتِ اللَّهِ  وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّـۧنَ بِغَيْرِ الْحَقِّ  ۗ ذٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ

"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan timunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya. Nabi Musa menjawab: Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 61)

Sambungan cerita bani Israel yang mereka dihukum Allah kerana keingkaran mereka ikut perintah Allah. Allah hukum mereka merayau-rayau di suatu tempat.

وَإِذْ قُلْتُمْ يٰمُوسٰى لَنْ نَّصْبِرَ عَلٰى طَعَامٍ وٰحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ الْأَرْضُ

Ingatlah ketika kamu berkata, tapi ayat ni turun pada zaman Nabi. Sebab mereka berbangga dan bersetuju dengan nenek moyang mereka. Siapa tak sabar dia macam bani Israel. Makanan yang satu. Dua makanan tapi dikira satu. Pendapat kedua, manna madu, minuman, salwa burung, makanan. Allah nak jelaskan penyakit tak sabar. Nikmat Allah bagi dah terbaik. Makanan paling lazat dalam syurga adalah burung. Madu dengan kopi, madu lagi sedap. Madu mahal, makan sikit. Jadi manna dan salwa ni sangat istimewa, tapi dia boring. Kfc sedap tapi tiap-tiap hari makan boring tak? Kenapa cepat puas makan makanan yang sama? Nabi biasa 3 bulan dapur tak berasap. Kurma dan air. Nabi pernah merungut tak? Kenapa Nabi sabar dan tak boring?

Kita kalau makan makanan yang sama boring tak? Jadi sama la dengan bani Israel? Jadi apa masalah kita. Tapi kenapa Nabi tak boring? Cara kita berfikir. Kita makan untuk apa? Untuk rasa sedap. Sebab tu bila makan yang sama kita boring. Nabi makan untuk ibadat. Maka dia tak kisah makanan yang sama. Tujuan nak kenyang bukan sedap. Kadang lauk ikan kering, kenyang. Kadang kambing bakaf, tak kenyang juga.

Ada suatu masa Nabi balik tak ada makanan, tanya Aisyah. 

Kalau makan nak pelbagai tapi bab ibadat nak 3 qul je. Nampak tak kita ada penyakit. Bila Allah kata makan Allah tak sebut sedap. Bila Allah sebut sedap? Syurga. Makan sedap ni di syurga saja. Allah kata apa kat Adam? Makanlah kamu berdua dengan rasa seronok. Tapi di mana? Syurga. Kita makan tawar sikit dah mengamuk. Yang makan nak sedap ni, siapa? 

Buka surah Muhammad ayat 12. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

  ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعٰمُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ

" dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."

(QS. Muhammad 47: Ayat 12)

Orang kafir matlamat hidup dia nak seronok, nak makan. Binatang ternak, nak seronok, nak makan. Sama, tak ada beza. Kalau makan nak seronok, perangai orang kafir. Orang Islam makan kerana nak beribadah, makan kerana nak bersyukur. Lihat surah Al-Baqarah ayat 172. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 172)

Lepas makan bersyukur. Ada tak makan untuk seronok? Tak ada. Jadi orang beriman makan untuk bersyukur kepada Allah. Kat Mekah kita kisah tak nak makan apa? Tak, kita makan ala kadar. Sebab kita makan untuk beribadat. Makan pun tak banyak. Sebab makan banyak mengganggu ibadat kita. Kalau makan nak sedap mengganggu tak ibadat? Ini yang lepas terawih cari tiang. Habis 8 terus nak balik. Lihat surah Al-mukminun ayat 51, Allah perintah kepada Rasul. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ وَاعْمَلُوا صٰلِحًا  ۖ إِنِّى بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

"Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 51)

Sebab tu Nabi dan sahabat tak kisah makan apa-apa. Yang paling dia kisah solat sempurna tak, khusyuk tak, bersyukur tak pada Allah. 

Nabi pernah satu hari lapar, keluar jumpa Abu Bakar yang juga sedang lapar, berjalan, jumpa Umar yang juga sedang lapar. Aku keluar sama sebab kamu keluar. Ni bukan sahabat biasa-biasa. Abu Bakar orang kaya tapi lapar.

Sahabat yakin rezeki daripada Allah. Mereka berjalan dan jumpa rumah orang ansar. Suaminya keluar, dia hidang air. Suami balik, dia hidang kambing. Lepas makan Nabi kata kat Abu Bakar dan Umar. Kita keluar perut lapar. Allah tetapkan rezeki kita kat rumah Ansar. Ingat lepas ni Allah akan tanya rezeki ini. Nabi baca ayat,

ثُمَّ لَتُسْئَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!"

(QS. At-Takasur 102: Ayat 8)

Jadi yang menakutkan Nabi dan sahabat, lepas dapat rezeki buat apa? Tak bersyukur. Kita pula, ada fikir tak makan tapi tak bersyukur. Nikmat-nikmat yang dulu pun kita tak sempat bersyukur lagi. Makan sedap mahal tapi zikir tak khusyuk. Kita duk fikir esok nak makan apa. Beza tak cara kita berfikir? 

Istimewa Bani Israel, Allah turunkan manna dan salwa. Bani Israel dengan umat Nabi muhammad mana lebih mulia? Sahabat Nabi jauh lebih mulia. Nabi dan sahabat ikat perut masa gali masa parit perang Khandak. Kenapa Allah tak bagi manna dan salwa? Jenis degil keras kepala Allah bagi manna dan salwa pula. Tapi Nabi dan sahabat yang ikat perut tak ada manna dan salwa. 

Kita kalau ada dua anak, yang dengar cakap dan degil, kita bagi makan kat anak yang dengar cakap ke yang degil? Yang dengar cakap. Tapi Allah tak. Sebab Allah nak bagitau kalau Allah sayang pada seseorang Allah uji lagi susah. Kenapa Allah sayang bagi susah? Bila seseorang itu susah dia akan bertawakal dan lebih dekat dengan Allah. Bila bagi nikmat tak bersyukur. 

فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ

Biadap bani Israel. Hajat dia, tapi dia suruh Musa yang berdoa. Dia tak yakin Tuhan tapi dia yakin Tuhan tu saja yang boleh bagi dan dia tetap minta pada Tuhan Musa. Ini penyakit. Dia lawan Tuhan tapi bila ada masalah dia minta pada Tuhan yang dia lawan tu. 

Dalam keadaan beriman. Ada keadaan mereka kata takkan beriman sehingga nampak Allah. Mereka kata Tuhan engkau bukan tuhan mereka. Dalam masa yang sama dia yakin Tuhan tu yang mampu selesaikan masalah dia. Mereka suruh Musa yang minta.

Ada tak penyakit ni di kalangan kita? Dia lawan Tuhan tapi bila ada masalah dia minta pada Tuhan yang dia lawan tu. Kadang dia tak solat, tapi bila sakit dia minta tolong ustaz suruh doa minta pada Allah.

Kadang orang tu tak solat tapi bila anak nak exam minta pada Tuhan mana? Nak kata apa macam ni? Bodoh, bengong, bangang. Pelik. 

Musa Nabi terbaik dalam bani Israel. Ranking ke 3 selepas Nabi muhammad dan Nabi Ibrahim. Ulul azmi. Tapi tengok pengikut dia macam mana. Cakap depan-depan tu. Kita Nabi terbaik tapi pengikut kita tak dengar cakap, degil, biadap. Kalau kita, kita belah atau bunuh dia. Tapi Nabi Musa sabar. 

Sebab tu bila Nabi muhammad diuji, Nabi ingat pada Nabi Musa. Musa diuji dengan siapa? Dengan kaumnya sendiri yang tak dengar cakap, biadap dengan dia. Yang paling banyak menyakiti Nabi Musa bukan Firaun tapi kaumnya. Firaun walaupun jahat dia ada jasa pada Nabi Musa. 

يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ الْأَرْضُ

Suruh Tuhanmu keluarkan untuk kami. Biadap. 

مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا 

Baqliha, sayur, tumbuhan yang tak ada batang. وَقِثَّآئِهَا timun,وَفُومِهَا bawang putih, وَعَدَسِهَا kacang dal, وَبَصَلِهَا bawang merah. 

Allah nak bagitau, kalau tak sabar dia macam keturunan bani Israel. Penyakit biadap, kurang ajar. Manna dan salwa makanan terbaik tapi minta macam-macam. Ini penyakit.

Bila dah dapat makanan sedap minta makanan yang tak sedap. Ada masalah, otak tak betul. Bawang, tak sedap, kena tanam, siram, tunggu. Manna dan salwa tak payah tanam, tak payah tunggu. Allah nak bagitau, otak manusia sampai satu tahap sangat teruk. Makanan sedap dan makanan basi, dia ambil yang basi. 

Ada benda halal tapi tinggal ambil benda haram. Air murah ada, dia ambil arak yang mahal. Isteri ada tapi pergi berzina. Termasuklah orang yang buat bid'ah tak nak ikut sunnah. Amal sunnah dengan tak sunnah tak ada bandingan. Tapi dia tetap buat. Dalam keadaan dia ada pilihan. Kalau tak tahu tak apa. Macam ada makanan sedap dia pilih makanan basi. 

Ada Al-Quran, ada game, dia pilih game. Lihat surah al-Zumar ayat 18. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ  ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدٰىهُمُ اللَّهُ  ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمْ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."

(QS. Az-Zumar 39: Ayat 18)

Orang yang mendengar kata-kata lalu dia ikut yang terbaik. Pemikiran orang sihat, bila dengar banyak, dia pilih yang terbaik. Manna dan salwa tak terbaik, dia pilih bawang.

Itulah orang yang diberi hidayat oleh Allah. Hadis sahih dan daif mana yang terbaik? Sahih. Sunnah dengan bid'ah mana lebih baik? Sunnah. Itulah orang yang waras. Pelik sesetengah masyarakat kita, bila kita bawa sunnah dia tolak. Dia bawa makanan basi, kita bawa kfc, dia kata kita sesat. 

قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِى هُوَ أَدْنٰى بِالَّذِى هُوَ خَيْرٌ  ۚ 

Adakah patut kamu menukar kepada yang lebih buruk daripada yang terbaik. Apa dia? Bawang, timun,bawang putih. Yang lebih baik, manna dan salwa. Pelik lah kamu ni. Manna dan salwa tak payah bekerja keras. Solat subuh 2 rakaat tapi kamu pilih panjat gunung. 

اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُمْ مَّا سَأَلْتُمْ  ۗ 

Turunlah ke Misra, bukan mesir. Ada tanwin. Maksudnya, mana-mana tempat. Bagi kamu apa yang kamu minta. Bani Israel minta bawang. Nabi Musa perkenan tak permintaan dia? Tak. Kalau kamu nak bawang pergi cari sendiri lah.

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ 

Ditimpa ke atas kamu kehinaan dan kemiskinan. Sakana, tenang. Kenapa miskin kait dengan tenang? Sebab orang miskin duduk situ je mana ada pergi melancong. Allah timpakan kemiskinan dan kehinaan. Sesuai dengan amalan bani Israel. Hina. Orang mulia waras nak pindah ke rumah yang lebih baik. Tak waras, duduk dalam banglo tiba-tiba nak duduk bawah jambatan. Jadi tak salah untuk tinggal di tempat yang baik.

وَبَآءُو بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ  ۗ 

Mereka kembali dengan kemurkaan Allah. Ada pendapat kata kembali ke akhirat. Siapa yang redha dengan ujian dia dapat redha Allah. Siapa yang marah dengan takdir Allah, dia dapat kemurkaan Allah. Bani Israel setuju tak dengan takdir Allah? Tak setuju. Dia nak yang lagi teruk. 

Makna غَضَبٍ dimurkai macam dalam Al-Fatihah.

 ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِئَايٰتِ اللَّهِ

Demikian itu disebabkan mereka kufur dengan ayat Allah. Ayat ada 2. Ayat kauniyyah dan ayat syar'iyyah. Bani Israel kufur dengan ayat syar'iyyah. Siapa cipta langit dia kata Allah. 

وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّـۧنَ بِغَيْرِ الْحَقِّ  ۗ 

Mereka membunuh Nabi tanpa sebab. Bani Israel terkenal dengan perangai suka membunuh Nabi. Ada kata 70 Nabi. Nabi Zakaria, Nabi Yahya. Nabi yang mereka cuba bunuh tapi gagal, Nabi Isa. Mereka bunuh tanpa sebab. Tapi kalau bunuh ada sebab boleh tak? Contoh orang yang berzina dah kahwin boleh bunuh. 

Nabi tak boleh dibunuh tapi kenapa Allah kata mereka bunuh Nabi tanpa sebab? Seolah-olah kalau ada sebab boleh bunuh Nabi. Ulama kata, ini simbolik je. Tak mungkin mereka bunuh Nabi bersebab. Nak menunjukkan bani Israel ni memang jahat. Tak ada sebab pun mereka bunuh.

ذٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ

Demikian itu disebabkan mereka derhaka atau maksiat, dan adalah mereka melampaui batas.

Apa beza عَصَوا dengan يَعْتَدُونَ? يَعْتَدُونَ melampaui hak manusia, عَصَوا derhaka pada Allah. عَصَوا maksudnya tinggal perkara wajib. يَعْتَدُونَ maksudnya langgar perkara haram. Sifat bani Israel dalam ayat ni. 1. Kufur ayat Allah. 2. Bunuh Nabi. 3. Suka maksiat. 4. Suka melampau. Apa penyakit bani Israel /manusia yang Allah nak rawat; 

1. Tak sabar.

2. Makan nak sedap.

3. Otak sewel, daripada elok dia nak minta lebih teruk.

4. Percaya Allah tapi tak sembah. Contoh, anak percaya ayah yang membesarkan dia tapi tak nak dengar cakap ayah.

5. Allah akan balas manusia ikut perbuatan dia. Dia hina diri dia sendiri. Daripada makanan yang elok dia minta yang tak elok. 

Surah Al-Baqarah ayat 62-63

1. Antara ciri kebodohan bani Israel, mereka nak bawang, timun, kacang dal berbanding manna dan salwa. 

2. Siapa yang nak perkara baik berbanding perkara yang lebih baik, dia menyerupai Yahudi. Ciri orang yang baik, sentiasa mencari yang lebih baik daripada apa yang dimiliki. 

3. Orang yang tak beriman makan untuk seronok dan kepuasan semata-mata. Orang beriman makan untuk bersyukur kepada Allah.

4. Nabi Musa mencela sikap bani Israel yang minta perkara yang baik daripada yang lebih baik. 

5. Allah menimpakan kemiskinan pada bani Israel sesuai dengan perbuatan mereka yang hina diri mereka sendiri. 

6. Pada bani Israel terkumpul 2 sifat yang buruk. Suka buat maksiat dan suka melampau. 

-Mula-

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصٰرٰى وَالصّٰبِئِينَ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْأَاخِرِ وَعَمِلَ صٰلِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 62)

Kehinaan, kemiskinan dan kemurkaan Allah. Bani Israel degil, sombong dan kufur nikmat. Kita tergambar tak mereka ni semuanya jahat? Allah nak betulkan, jangan bayangkan semua jahat. Bila menghukum kena adil. Ada 3 orang pencuri di Bukit Jelutong. Lepas tu kita kata, budak-budak bukit jelutong memang jahat.

Siapa yang beriman? الَّذِينَ ءَامَنُوا, sahabat Nabi. هَادُوا orang-orang yang beragama Yahudi. 1. Asal perkataan Yahudi ialah kembali kepada Allah. 2. Yahudi diambil daripada Yahuza, anak Nabi Yaakob. وَالنَّصٰرٰى. Jamak kepada nasraniyyu. 1. Nama tempat yang bernama Al-Nasirah. Tempat lahir Maryam, mak Nabi Isa. 2. Ansar. Makna ansar, penolong. Dalilnya dalam surah Saf ayat terakhir.

Sobiin. Daripada perkataan soba'a. Yang keluar daripada yang asal. Sesat, keluar kepada kebenaran. Kebenaran, keluar kepada kesesatan. Orang musyrikin kata Nabi al-sobi', keluar daripada agama asal mereka. Begitu juga Umar keluar daripada jahiliah, mereka kata, soba'ta. Umar jawab aslamtu.

Sobiin. 1. Pengikut agama Nasrani. 2. Pengikut agama Yahudi. 3. Penyembah bintang. 4. Saki baki pengikut Nabi Nuh. 

مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْأَاخِرِ وَعَمِلَ صٰلِحًا

Siapa yang beriman dengan Allah, hari akhirat dan beramal soleh.

Bila amalan dikatakan soleh? Bila amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah.

فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Bagi mereka upah di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak takut dan tidak sedih. 

Mereka ni kalau beriman dengan Allah dan dilengkapkan dengan amal soleh, mereka akan dapat upah. Kalau pahala, sawaab. Tapi Allah tak guna sawaab. Allah guna أَجْرُ, upah. Kenapa? Sebab Allah tahu manusia suka apa. Sukarela ke suka upah. Gotong royong tanpa upah. Allah tahu mereka suka upah. Apa kerja mereka? Beriman dan beramal soleh. 

Kenapa kita rajin pergi kerja? Sebab gaji. Esok pergi lagi, minggu depan pergi lagi? Kalau bos kata sukarela, pergi tak? Ada gaji, jadi rajin. Kalau terkena penyakit, operate, lepas baik pergi lagi. Tapi bila Allah kata upah, solat lambat. Allah kata رَبِّهِمْ, pencipta mereka. Kenapa? 

Apa yang nak bagitau sebenarnya. Kita pilih kerja kita tengok apa? Syarikat tu. Kalau syarikat goreng pisang besar tak gaji? Allah nak kita fikir sama je. Yang nak bagi gaji kat kamu pencipta kamu. Kita sedap cakap tapi bila buat slow je.

Pencipta langit dan bumi tak kan nak bagi 5 ribu. Ramai yang tak faham. Kerja untuk manusia, pagi petang. Buat kerja Allah sangat berkira. Nabi dan sahabat sanggup tinggal apa saja. Sebab Nabi dan sahabat yakin, balasannya jauh lebih baik daripada apa yang kita tinggal. Kalau aku buat kerja Allah ni terlepas satu projek. 

Kerja apa yang Allah janji nak bagi gaji besar ni? Sahabat bila Nabi nak pergi berperang, berebut nak pergi. Dunia semua nampak kecil. Tapi bila dunia masih menebal kita nampak buat amal soleh ni part time saja.

Berapa upah? Bila kita akan dapat? Di akhirat. Upahnya, tak takut, tak sedih, kat dunia. Mana kita nak? Kat Akhirat dapat syurga seluas langit dan bumi. Kat dunia tak takut, tak sedih. Kalau kita diberi pilihan, kita pilih upah 5 juta ke tak takut dan tak sedih?

Katalah saya kata, siapa yang bekerja dengan Ghulam, upahnya tak takut, tak sedih. Elaun rumahnya, tak takut dan tak sedih. Kenapa ramai tak nak bekerja dengan Allah. Sedngkan ini Allah yang cakap! Hasil daripada dunia dia nak bahagia. Tapi betul tak dunia, pangkat, boleh membahagiakan dia? Duit hanya perantaraan. Duit banyak? Rumah besar? Tak. Tapi kita bahagia bila kita tak takut dan tak sedih. Caranya, beriman dan beramal soleh. Kadang duit tak ada tapi bahagia.

Kalau kita masih tamak dengan dunia kita masih tak yakin dengan janji Allah. Mus'ab b. Umair. Tali kasut pun daripada emas. Kalau pakai minyak wangi dah tau siapa. Tapi bila masuk islam dia tinggal semua. Harta semua mak bapa dia ambil. Pakai baju koyak. Nabi hantar ke Madinah jadi pendakwah pertama di Madinah. Agak-agak Nabi mampu tak bagi elaun? Kerja berisiko, susah cari makan. Tapi kenapa dia pergi? Sebab dia yakin! Salah satu amal soleh yang paling mulia ialah berdakwah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّنْ دَعَآ إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صٰلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

(QS. Fussilat 41: Ayat 33)

Ini yang masuk dalam kepala dia. Dia mati kafan tak cukup kain, miskin. Tapi dia antara orang yang paling bahagia. 

Sebenarnya apa yang Allah nak bagitau? Apa kaitan dengan ayat ni? Yahudi kalau beriman kepada Allah dia jadi baik. Abdullah b. Salam. Nasrani, Suhayb al-Rumi. Kedua, Allah nak bagitau. Yahudi ni dihina oleh Allah tapi tetap ada peluang bertaubat, dapat pahala sama macam orang lain. Itulah rahmat Allah. 

Ada tak cerita pasal Nasrani, Sobi'in sebelum ni? Tiba-tiba Allah masukkan dalam ayat ni, kenapa? Allah marah sebelum ni Yahudi, zaman Nabi. Kenapa Allah tambah lagi? Ini Tadabbur. Menurut Tafsir ibn 'Asyur, Allah nak pujuk hati bani Israel, dia lawan, taubat, Allah pujuk lagi. Allah nak kata yang jahat ni bukan Yahudi saja. Nasrani, Sobi'in pun jahat juga. Nak pujuk orang Bukit Jelutong yang jahat. Contoh, kita kata, mana-mana orang Bukit Jelutong, dan mana-mana orang lain kalau nak bertaubat saya maafkan. Kalau cakap dengan anak, nak bagi motivasi minta maaf. Abang, adik dan mana-mana adik beradik kalau minta maaf, ayah maafkan.

Beriman dengan hari akhirat. Kenapa tak sebut beriman dengan Rasul? Kita hafal 6, tapi Allah sebut 2. Beriman dengan rasul bermaksud beriman dengan Allah, kitab Allah. Kalau tak beriman dengan Allah, yang lain sia-sia. Kalau beriman dengan Allah, tapi tak beriman dengan hari akhirat, dia tak beramal soleh. Malas beribadah punca tak nampak pahala. Bila yakin dia sanggup buat apa saja. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثٰقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُوا مَآ ءَاتَيْنٰكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa."

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 63)

Maksud مِيثٰقَ perjanjian yang kuat.الطُّورَ bukit Thur di Mesir. Sinin atau sina. خُذُوا makna dia, ambil, baca, tadabbur dan amal. Ambil apa yang kami berikan kepada kamu, kitab Taurat. Ambil macam mana? Biquwwah, sungguh-sungguh. Baca sungguh-sungguh, tadabbur sungguh-sungguh, dakwah sungguh-sungguh. Gambaran biquwwah, dakwah Nabi Nuh. Siang malam. Nabi Muhamad bila turun ayat iqra Nabi tak pernah rehat, tak pernah bercuti.

Lepas buat satu kerja, buat kerja lain sampai penat dan letih. Kita, bila buat kerja lepas tu rehat. Nabi, siang berdakwah, malam solat malam. Jauh beza dengan kita. Puasa belum tentu diterima tapi raya dah sakan. 

وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Bukan ingatlah tapi beramallah sungguh apa yang ada dalam kitab. Wajib faham. Semua isi kandungam Al-Quran. Wajib faham, wajib amal. Amal pula bukan main-main tapi biquwwah, dengan sungguh-sungguh. Dah 11 hari Ramadan, berapa kali dah khatam?

Ini Bala. Sepatutnya paling kurang 2 juzuk satu hari. Teruknya kita. Tapi kita tak rasa teruk sebab tengok orang lain pun tak khatam.

Makna لَعَلَّكُمْ supaya kamu bertaqwa. Sebelum tu baca sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh, amal sungguh-sungguh, baru jadi orang bertaqwa. 

Apa yang Allah nak bagitau? Betul ke Allah angkat atau simbolik? Ada ayat lebih jelas, Allah cabut. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُۥ ظُلَّةٌ وَظَنُّوٓا أَنَّهُۥ وَاقِعٌۢ بِهِمْ خُذُوا مَآ ءَاتَيْنٰكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"

(QS. Al-A'raf 7: Ayat 171)

Yahudi bila gunung atas kepala dia, dia beriman. Yahudi sujud sambil tengok ke atas bermula peristiwa ni. Ayat ni seolah-olah Allah paksa orang supaya beriman. Boleh ke?

Kadang kita kena paksa sebab sayang. Kedua, lepas Allah letak balik gunung dia kufur balik. Inilah perangai kebanyakan manusia. Mereka akan balik seperti asal. Selagi ada sombong, ego macam ni lah perangai. 

Kenapa dia ego? Sebab dia rasa dia bangsa terbaik. Kedua, sebab dengki. Dua penyakit manusia yang susah nak dapat hidayat. Dengki dengan Muhamad. Ini penghalang Yahudi yang jadikan mereka sangat degil. Degil pula depan-depan Nabi Musa.

Contoh, mana lebih teruk, pelajar online degil dengan pelajar yang belajar berdepan degil?

Pengajaran, hebatnya Nabi Musa sebab dia sabar. 

NAFSU PUASA GELORA


Puasa wajib dan puasa-puasa sunat dituntut dilaksanakan untuk saham akhirat. Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat bersifat batiniah mengenai puasa terdapat enam perkara, ia perlu dilakukan semasa berpuasa.
Tujuan puasa adalah untuk menundukkan syahwat supaya tidak menjadi jambatan syaitan musuh manusia dan musuh Allah SWT. Sebenarnya hikmah dan rahsia puasa untuk melemahkan segala kekuatan syahwat yang menjadi kuda tunggangan  syaitan dorong manusia untuk melakukan kejahatan. Justeru, sesiapa yang meletakkkan karung makanan di antara dada dan hati, orang itu pasti terdinding daripada cahaya malakut.
Pertama, ikhtiar kawal pandangan mata daripada melihat sekehendak hati kepada perkara dimarahi dan dicela syarak yang boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT serta membawa kepada haram.
Kedua, kawal lidah semasa berpuasa daripada perkara yang tergolong bahaya, antaranya menutur kata-kata yang tidak berfaedah seperti bercakap bohong, mengumpat, mengadu domba, menyumpah seranah, bertutur dan berkelakuan kasar, berbalah dan menunjuk-nunjuk.
Ketiga, kawal telinga daripada mendengar segala perkara yang tidak dipersetujui Allah SWT sama ada yang makruh apatah lagi diharamkan-Nya. Justeru, Allah SWT menyamakan antara orang yang mendengar perkara yang tidak baik dengan orang yang makan barang haram. Dari segi Ubudiyah terhadap Allah SWT bahawa lidah dan telinga fungsinya sama, justeru setiap yang dilarang menuturnya maka dilarang juga mendengar.
Keempat, pelihara tangan dan kaki daripada segala aktiviti dosa, tangan tidak menjamah dan melangkah ke tempat yang terlarang. Kawal perut daripada barang syubhah waktu berbuka puasa. Makan yang haram sudah semestinya wajib dihindari kerana bagaimana seseorang itu berfikir sedangkan disiang hari makanan yang halal pun dijauhi. Tidak ada gunanya sanggup berlapar sepanjang  hari kerana berpuasa, tiba-tiba disediakan juadah berbuka daripada sumber yang haram.
Kelima, meskipun makanan yang dihidang untuk berbuka adalah daripada hidangan yang halal tetapi masih memakannya dengan banyak hingga kenyang. Jika nasihat Nabi SAW jadi amalan dalam makan, supaya berhenti makan sebelum kenyang ia memberi kesan yang baik kepada tubuh badan. Kenyang terutamanya waktu berbuka ia akan mengakibatkan mengantuk dan malas, seterusnya akan menjejaskan  ibadah bagi menghidupkan malam yang penuh misteri.
Bagaimana orang berpuasa mendapat fadilat jika tidak mengawal nafsu makan bagi memerangi syaitan, jika dia kaut semua hidangan untuk membalas dendam setelah seharian berlapar.
Keenam, setiap kalli berbuka puasa hendaklah ada perasaan antara takut dan menaruh harap, semoga puasanya dan ibadah lainnya diterima Allah SWT. Setiap manusia tidak tahu apakah puasanya diterima lalu dirinya jadi orang yang rapat dengan Tuhan ataupun ditolak dan amalannya dilempar semula lalu jadi orang yang dimurkaiNya.
Fikir kembali ibadah yang dilaksanakan adakah mengikut seperti yang disyariatkan. Oleh itu, prinsip belajar sepanjang hayat dituntut setiap orang hatta sudah memiliki PhD!.

Saturday, 1 May 2021

BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA

 .


Rekod

...,......

Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.

Dalam video pendek itu ( https://youtu.be/iCrwdr6pkII) , Prof Muhaya membangkitkan beberapa perkara :

1. Perlunya menghargai dan meraikan (celebrate) kepimpinan lelaki sebagai ketua, walau setinggi mana pun kedudukan  dan berpangkat besarnya  seorang wanita. Alasan yg diberikan :  Lelaki tetap menjadi imam dalam solat berjamaah (walaupun pangkat rendah) dan semua Nabi2 juga adalah lelaki.

2. Larangan kepada wanita supaya jangan sibuk2 nak bebaskan diri (liberate) dan mahu demand kedudukan supaya sama dan setaraf dengan lelaki.

3. Pandangan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat. Bila testosteron tinggi – wanita nak drive, nak achieve dan nak independent, akhirnya menyebabkan wanita itu lambat bertemu jodoh.

4. Lelaki suka wanita yg lembut2, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh2 sikit.

5. Siapa yang lambat jodoh tu, kena tengok karakter masing2.

______________________________________________

Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan. 

Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung. 

Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan. 

Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dr Har tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut. 

Dr Har memberitahu  Prof Muhaya yang Dr Har akan memberikan respon kepada isu yg hangat diperkatakan. Beliau sedia maklum dan tidak menghalang Dr Har berbuat demikian. Dr Har hargai sifat keterbukaan Prof Muhaya dan yakin beliau sudi menerima maklum balas konstruktif Dr Har ini dengan lapang dada, inshaa Allah.

______________________________________________

Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :

1. Kepimpinan adalah amanah yg dipikul secara kolektif oleh semua lelaki & wanita. Rujukan hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim : “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Dlm beberapa urusan khusus yg telah digariskan di dalam AlQuran & Hadis - lelaki diberi tanggungjawab memimpin keluarga (qawama) - sbg suami dan bapa yang menjaga dan menyediakan keperluan ahli keluarganya, menjadi ketua pembangunan spiritual famili sebagi imam solat berjamaah ; kewajipan yg mesti dilaksana dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Qawama bukanlah keistimewaan & kelebihan utk disalah guna dan alasan untuk menindas atau menganiaya.

2. Selepas tgjwb kepimpinan dan setiap peranan dilaksanakan dengan sebaiknya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapatkan pengiktirafan terhadap sumbangan masing2. Hak2 ini mesti dipenuhi dan dihormati pula oleh orang lain. Kesetaraan dan kesaksamaan ini yang amat perlu digapai dalam keluarga sehingga lahir hubungan harmoni yang berdasarkan rasa percaya-mempercayai dan saling hormat yang tinggi terhadap potensi dan kebolehan setiap seorang – baik lelaki mahupun wanita. Kesetaraan, kesaksamaan dan keadilan ini yang mesti diperjuangkan oleh setiap individu.

3. Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina, yang dianggap jauh lebih baik, mulia dan hebat.  Emansipasi, liberasi  atau usaha pembebasan wanita seperti itu sudah lapuk ditelan zaman. Kaedah ini berasaskan tanggapan lelaki lebih baik dari wanita, sehingga formula utk wanita berjaya, mestilah bersifat dengan ciri-ciri kelelakian. Lelaki & wanita sepatutnya saling membantu, berkolaborasi dan memanfaatkan kekuatan masing2 utk kebajikan semua.

4. Pernyataan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat – ini belum pernah Dr Har temui dalam pembacaan ilmu perubatan dan pengalaman klinikal Dr Har setakat ini. 

5. Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Lambat & cepat jodoh seseorang itu juga dlm ketentuan-Nya. Faktor tarikan & penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.

Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya. 

Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)

Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan  jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.

Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. 

Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata. 

Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa.

Wallahu a’lam