Saturday, 5 June 2021

AKU JATUH CINTA PADAMU AZZAM


"Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. 
Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesucian lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita.
 Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Perancis itu bagi saya sudah termasuk kategori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita..

"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. 
Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. 
Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."

"Itulah prinsip yang caya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya.
"

 
Aku jatuh cinta padamu  Azzam.. :)

JODOH : DIPILIH ATAU MEMILIH?

 




Pertama : Satu hal yang sering dilupakan oleh wanita adalah kemuliaan wanita tidak bergantung pada lelaki yang mendampinginya. Kenapa? Allah meletakkan nama dua wanita mulia dalam Al-Quran, Maryam dan Asiah. Kita tahu, Maryam adalah wanita suci yang tidak memiliki suami, dan Asiah adalah isteri dari manusia yang sangat kejam, Firaun. Apakah pangkat itu mengurangi kemuliaan mereka? Tidak.

Kedua : Bicara jodoh adalah bicara tentang hal yang jauh ; akhirat, syurga, redha Allah, bukan semata-mata dunia.

Ketiga : Jodoh itu sudah tertulis. Tak akan tertukar. Yang kemudian menjadi ujian bagi kita adalah bagaimana cara menjemputnya. Beza cara, beza rasa. Dan tentu saja, beza keberkatannya.

Keempat : Dalam hal rezeki, urusan kita adalah bekerja/usaha. Soal Allah mahu meletakkan rezeki itu dimana, itu kerja Allah. Dan jodoh, urusan kita adalah ikhtiar/berusaha. Tentang Allah mahu mempertemukan di mana, itu kerja Allah.

Kelima : Cara Allah memberi jodoh bergantung cara kita menjemputnya. Satu hal yang Allah janjikan, bahawa yang baik untuk yang baik. So, jadilah yang terbaik!

Keenam : Dalam urusan jodoh, ta'aruf adalah proses seumur hidup. Dan yang penting, jangan expect berlebihan dan jangan merasa sudah sangat mengenal sehingga berhak menafsirkan tentang pasangan.

Ketujuh : Salah satu cara terbaik mengenali calon pasangan yang baik adalah melihat caranya dengan empat pihak; iaitu Allah, agama, keluarga, dan kawan-kawannya.

Ada lagi?

Tanyakan pada hati sendiri. Mana di antara semua faktor itu yang paling mungkin membawa kamu dan keluarga kamu ke syurga?

Ada satu perkara yang sering orang lupa tentang jodoh; iaitu jodoh bukan hanya mencari dan menunggu, tetapi ketika memang sudah waktunya, walaupun dengan apa cara dan keadaannya, dua insan itu akan Allah pertemukan. Jodoh memang rahsia; sekali pun begitu tak perlu risau menantinya, kerana janji Allah itu pasti. - Gadis Monolog.

Antara nasihat saya untuk kalian;

Buat kaum Adam yang mencari cinta Hawwa'k.

Buat kaum Hawwa'k yang menanti cinta Adam.

Adam, andai mahu mencari Hawwa'k.

1. Jangan dilihat pada purdah mahu pun tudung semata, kerana Hawwa'k hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. "Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki / wanita yang boleh kita kahwini." .

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahu pun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Hawwa'k, andai mahu menerima Adam.

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya tika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti dahulu.

Tenang-tenanglah.

Semakin hebat amal dan pendekatan seseorang kepada Allah, semakin Allah sayang. Bila Allah semakin sayang, pastinya Allah nak serahkan diri kita pada jodoh yang paling terbaik. Yang akan menyayangi dan menghargai kita sepenuh hati kelak.

Friday, 4 June 2021

TADABBUR SURAH AS SAJDAH AYAT 18-19

 


Ayat 18, Surah As Sajdah, Allah khabarkan tentang keadilan layanan kepada orang beriman dan orang fasiq. Seperti dalam ayat 21, Surah Al Jaasiyah. 

Ayat ini berkenaan Ali Bin Abi Thalib dan Uqbah Bin Abi Mu'ith. Satu hari berlaku pergeseran antara Saidina Ali dan Uqbah. Saidina Ali cuma seorang pemuda miskin, namun dia berani pertahankan Islam. Uqbah persoalkan aku orang kaya, orang berpengaruh, kau siapa? Lalu Saidina Ali jawab aku mukmin, kau fasiq. Lalu turunlah ayat ini. Allah sebut la yastraun, di sebut satu tapi merujuk kepada banyak.

Fasiq dari perkataan fasaqa bererti tersembul keluar, orang fasiq bererti orang yang keluar dari landasan kebenaran.

Uqbah mati selepas balik dari perang Badar, ada pendapat mengatakan dia mati di bunuh, ada yang kata dia mati di panah petir. Uqbah orang kedua berpengaruh seperti Abu Lahab yang sama-sama menentang Nabi Muhammad SAW. Pernah di tanya kepada sahabat Abdullah Bin Amru Bin al Asr, apakah ujian yang besar yang Nabi SAW pernah lalui, Nabi SAW pernah di cekik oleh Uqbah ketika Nabi SAW sedang solat sehingga kelemasan Nabi SAW dan datanglah Abu Bakar melepaskan kain tersebut. Pernah juga Uqbah ini ingin meludah Nabi SAW tapi dengan mukjizat Nabi SAW termasuk kembali ludah itu ke dalam mulutnya dan terbakar lidah dan mulutnya sehingga hari matinya. Uqbah pernah berpura-pura masuk Islam. Datanglah Ubay Bin Khalaf mengatakan apa bodoh kau masuk Islam. Uqbah kata, tak aku cuma berpura-pura kau tengok nanti aku ludah Muhammad.

Uqbah pernah buat jamuan dan nak jemput Nabi SAW sebab itu dia berpura-pura masuk Islam. Dia mahu memperangkap Nabi SAW agar orang lihat dia mampu mengajak Nabi SAW sebab nama Nabi SAW salah satu nama orang berpengaruh, dia nak tunjuk yang dia seorang yang kaya dan berpengaruh. Dia mahu mempamerkan kekayaannya.

Uqbah ni bukan dari keturunan yang betul, dia anak luar nikah, datuknya pernah berzina dengan perempuan (hamba) yang ada suami di Shams. Lalu di bawa pulang anak itu ke Mekah dan lahirlah Uqbah.

Imam Shafie seorang yang mahir dalam bab nasab. Muhammad Bin Ishak pernah mengajak Iman shafue bincang bab nasab lelaki, Imam shafie ajak bincang bab nasab orang perempuan. Terkejut Muhammad Bin Ishak, lalu dia berkata mulai hari ini aku tak akan persoalkan lagi ilmu Muhammad Bin Idris merujuk kepada Imam Shafie.

Abdullah ibn Mas'ud adalah hamba kepada Uqbah Bin Abi Mu'ith pada zaman awal Islam yang akhirnya Abdullah ibn Mas'ud di bebaskan oleh Saidina Abu Bakar.

Abdullah Bin Mas'ud menjaga kambing Uqbah ketika pertama kali berjumpa Nabi SAW. Abdullah ibn Mas'ud di panggil oleh Nabi SAW untuk bawa seekor kambing untuk di ambil susunya, Abdullah ibn Mas'ud ketika itu belum Islam beliau berkata kepada Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidak, saya seorang pemegang amanah Satu hari semasa dia menjaga.

Nabi SAW berkata, baik,  bawakan pada Aku kambing yang masih dara. Dengan mukjizat Nabi SAW, Nabi SAW berdoa, besarlah susu kambing dara itu dan keluarlah susu. Nabi SAW minum dengan Abu bakar, Nabi SAW baca doa semula surut kembali susu itu. Salah satu mukjizat Nabi SAW.

Ayat 19, di sebut jannatul makwa, makwa merujuk tempat tinggal yang baik, sebuah syurga duduk di kanan Arasy kata Ibnu Abbas, syurga firdaus duduk di arasy Allah.

Nuzul, ertinya turun, sambutan untuk orang beriman.