Friday 4 June 2021

TADABBUR SURAH AS SAJDAH AYAT 18-19

 


Ayat 18, Surah As Sajdah, Allah khabarkan tentang keadilan layanan kepada orang beriman dan orang fasiq. Seperti dalam ayat 21, Surah Al Jaasiyah. 

Ayat ini berkenaan Ali Bin Abi Thalib dan Uqbah Bin Abi Mu'ith. Satu hari berlaku pergeseran antara Saidina Ali dan Uqbah. Saidina Ali cuma seorang pemuda miskin, namun dia berani pertahankan Islam. Uqbah persoalkan aku orang kaya, orang berpengaruh, kau siapa? Lalu Saidina Ali jawab aku mukmin, kau fasiq. Lalu turunlah ayat ini. Allah sebut la yastraun, di sebut satu tapi merujuk kepada banyak.

Fasiq dari perkataan fasaqa bererti tersembul keluar, orang fasiq bererti orang yang keluar dari landasan kebenaran.

Uqbah mati selepas balik dari perang Badar, ada pendapat mengatakan dia mati di bunuh, ada yang kata dia mati di panah petir. Uqbah orang kedua berpengaruh seperti Abu Lahab yang sama-sama menentang Nabi Muhammad SAW. Pernah di tanya kepada sahabat Abdullah Bin Amru Bin al Asr, apakah ujian yang besar yang Nabi SAW pernah lalui, Nabi SAW pernah di cekik oleh Uqbah ketika Nabi SAW sedang solat sehingga kelemasan Nabi SAW dan datanglah Abu Bakar melepaskan kain tersebut. Pernah juga Uqbah ini ingin meludah Nabi SAW tapi dengan mukjizat Nabi SAW termasuk kembali ludah itu ke dalam mulutnya dan terbakar lidah dan mulutnya sehingga hari matinya. Uqbah pernah berpura-pura masuk Islam. Datanglah Ubay Bin Khalaf mengatakan apa bodoh kau masuk Islam. Uqbah kata, tak aku cuma berpura-pura kau tengok nanti aku ludah Muhammad.

Uqbah pernah buat jamuan dan nak jemput Nabi SAW sebab itu dia berpura-pura masuk Islam. Dia mahu memperangkap Nabi SAW agar orang lihat dia mampu mengajak Nabi SAW sebab nama Nabi SAW salah satu nama orang berpengaruh, dia nak tunjuk yang dia seorang yang kaya dan berpengaruh. Dia mahu mempamerkan kekayaannya.

Uqbah ni bukan dari keturunan yang betul, dia anak luar nikah, datuknya pernah berzina dengan perempuan (hamba) yang ada suami di Shams. Lalu di bawa pulang anak itu ke Mekah dan lahirlah Uqbah.

Imam Shafie seorang yang mahir dalam bab nasab. Muhammad Bin Ishak pernah mengajak Iman shafue bincang bab nasab lelaki, Imam shafie ajak bincang bab nasab orang perempuan. Terkejut Muhammad Bin Ishak, lalu dia berkata mulai hari ini aku tak akan persoalkan lagi ilmu Muhammad Bin Idris merujuk kepada Imam Shafie.

Abdullah ibn Mas'ud adalah hamba kepada Uqbah Bin Abi Mu'ith pada zaman awal Islam yang akhirnya Abdullah ibn Mas'ud di bebaskan oleh Saidina Abu Bakar.

Abdullah Bin Mas'ud menjaga kambing Uqbah ketika pertama kali berjumpa Nabi SAW. Abdullah ibn Mas'ud di panggil oleh Nabi SAW untuk bawa seekor kambing untuk di ambil susunya, Abdullah ibn Mas'ud ketika itu belum Islam beliau berkata kepada Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidak, saya seorang pemegang amanah Satu hari semasa dia menjaga.

Nabi SAW berkata, baik,  bawakan pada Aku kambing yang masih dara. Dengan mukjizat Nabi SAW, Nabi SAW berdoa, besarlah susu kambing dara itu dan keluarlah susu. Nabi SAW minum dengan Abu bakar, Nabi SAW baca doa semula surut kembali susu itu. Salah satu mukjizat Nabi SAW.

Ayat 19, di sebut jannatul makwa, makwa merujuk tempat tinggal yang baik, sebuah syurga duduk di kanan Arasy kata Ibnu Abbas, syurga firdaus duduk di arasy Allah.

Nuzul, ertinya turun, sambutan untuk orang beriman.

No comments: