Sunday 12 June 2016

MELABEL WANITA JODOH LAMBAT

Mmm…nafasku menjadi panjang.  Kenapa tiba-tiba je terasa ingin sekali menulis mengenai andartu (anak dara tua) atau andalusia (anak dara lanjut usia). Sebenarnya, label itu amat sensitif kepada mereka yang masih belum berkahwin. Amat menyakitkan yang mana memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi.
Suami-istri-siluet-640x411 - The BestHakikatnya, ramai wanita masa kini masih belum lagi bertemu jodoh. Cukup ramai dan membimbangkan. Ada seorang kenalan lelaki pernah bertanya “mengapa wanita sekarang berkerjaya, umur sudah lanjut masih tidak bertemu jodoh? Adakah mereka memang suka hidup tanpa seorang suami?.
Wanita bukannya tidak ingin berkahwin, tetapi tidak ramai lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana memikat hati banyak wanita. Tunggu punya tunggu tidak ada juga orang yang sudi, akhirnya masa berlalu. Takut juga kalau tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.
Kenapa lambat berkahwin? Bukan sebabnya terlalu memilih jauh sekali menafikan sunah Nabi SAW. Wanita tidak boleh hidup keseorangan. Amat memerlukan teman. Pernah kenalan menangis kerana kesunyian dan kesepian. Itulah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Untuk lelaki, cinta lelaki yang tidak bersedia hanya mencuri perasaan wanita walaupun niatnya baik, berdiam diri itu adalah lebih baik dari mengganggu emosi wanita. Jangan jiwang sangat. Jiwang sorang-sorang sudahlah. Yelah, bila niat lelaki itu untuk mencari calon isteri dan meluahkan perasaan kepada wanita. Tidakkah itu menganggu emosi wanita? Bila sanggup lamaran itu, lelaki senyap. Tidakkah itu amat Menyakitkan hati perasaan wanita?
Sayangnya, masyarakat mudah melabelkan wanita lewat jodoh dengan pelbagai gelaran dan tidak berusaha untuk mencarikan calon yang sesuai. Bagi mereka yang sudah berjodoh, syukuri dan manfaatkanlah sebaiknya. Sesungguhnya, sebuah perkahwinan itu terdapat banyak pahala. Wallahualam.

Friday 16 January 2015

MUNGKIN DIA LEBIH BAIK DARI KITA!!!





Kita suka menghukum orang pada pandangan pertama. Hanya melihat luarannya sahaja kita mengulas itu dan ini. Mungkin betul sangkaan kita itu. Tetapi kalau salah? Bagaimana?. Kita dapa dosa percuma. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Hujurat Ayat 49:12 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”.


Rasulullah kemudian menegaskan:
 “Jaga-jaga kamu daripada persangkaan. Sesungguhnya bersangka-sangka itu kata-kata yang paling dusta”. (Riwayat al-Bukhari)


Sayidina Umar r.a turut mengingatkan:
“Jangan kamu terus membuat sangkaan berdasarkan haya satu ucapan yang keluar daripada saudaramu yang muslim, melainkan yang baik-baik”. (Riwayat Ahmad)

Menjadi orang baik, tidak cuai solat dan puasa, lain pula strategi syaitan iblis membodohkan kita. Perangkap ujub, takbur, riya’ dan sum’ah mungkin lebih berkesan. Lalu, sifat-sifat buruk itu semakin membesar dalam diri seiring amalan yang bertambah. Maka senjata ampuh untuk menangkisnya ialah kukuhkan tawaddu’. Tawaddu’ itu kita menganggap semua orang yang kita lihat adalah lebih baik daripada kita. Bahkan mungkin mereka lebih baik daripada kita. Sesiapa sahaja yang kita bersua baik orang bodoh, orang terkenal, pengutip sampah, orang kelainan upaya daan sebagainya.

Fikirkan: “MUNGKIN MEREKA LEBIH BAIK DARI AKU”.

Friday 6 December 2013

DOA DAN CEMBURU…


Dalam sebuah laporan kajian di US, didapati salah satu perkara yang boleh menyebabkan pekerja berasa kurang seronok bekerja adalah apabila ketua mereka berkonflik dengan ketua-ketua lain.

Dalam lain perkataan, staff seronok bekerja di bawah ketua yang popular, yang disenangi ramai, yang baik dengan semua orang, yang tidak mempunyai musuh dan seteru.

Hasil kajian itu mempunyai implikasi ke atas gaya kepimpinan kita dalam sesebuah organisasi. Supaya staff kita seronok bekerja di bawah pimpinan kita, lakukan yang berikut:

·         Jangan sekali-kali berkonflik dengan sesiapa.


·         Jika ada orang yang membenci diri kita, diam sahaja. Jangan cakap apa- apa,                    supaya staff tidak tahu bahawa sebenarnya kita tahu ada orang tidak suka kita


·         Jangan sekali-kali kita mengumpat sesiapa kepada staff


·         Jangan sampai ada orang tahu siapa yang kita tidak suka


·        Apabila mendengar orang lain sedang mengumpat orang lain, kita ketap bibir rapat-            rapat!


.     Sudah menjadi sifat manusia, kita seronok bekerja dengan orang yang   popular....


Kredit: Orang Punya